Saturday, July 24, 2010

TAT COKLAT BLUEBERI

Assalamualaikum..Salam buat semua. Hari cuti2 beginilah masa untuk akak melayan tekak anak2. Semalam tiba2 anak akak, Ceny tanya, mama kenapa dah lama tak buat kuih tat? Padahalnya tak la lama mana pun. Tu taktik depa la nak suruh mama buat. So, untuk tidak menghampakan anak2, petang tadi setelah selesai semua urusan akak pun mulalah membuat kuih tat. Bahagian kulit tat semua anak2 akak yang buat, depa ni suka sangat la buat benda2 macam ni..tengok2 balik semua doh dah siap ditekan pada acuannya. Resepi ni akak buat ikut apa yang terlintas di kepala je, jangan la takut pulak nak cuba ok! BAHAN BAHAN Bahagian kulit tat
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan gula halus
  • 1/4 sudu teh garam
  • 180 gm mentega

Caranya:

  1. Campurkan semua bahan dan gaul guna tangan dengan cara putaran.
  2. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya masih lembik sehngga menjadi doh.
  3. Tekan dalam acuan tat dengan kemas dan bakar 180C selama 15 minit. Keluarkan dengan cermat dari acuannya. Seeloknya tunggu ia sejuk sedikit.

Bahagian chocolate filling

  • 2 cawan krim putar
  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 biji telur
  • 12o gm mentega

CARA MEMBUATNYA

  1. Masakkan krim putar bersama coklat masakan dan mentega sehingga cair kesemuanya. Tak perlu tunggu ia mendidih.
  2. Dalam satu bekas lain, pecahkan 2 biji telur dan masukkan esen vanila dan pukul sebentar.
  3. Masukkan adunan coklat tadi ke dalam bekas adunan telur dan gaul sebati.
  4. Masukkan adunan ini kedalam jag kecil supaya senang untuk dituang kedalam kulit tat yang dah siap dibakar tadi.
  5. Bakar semula tat dengan suhu yang sama selama 10 minit. Boleh la dihias ikut kreativiti masing2. Akak letak sedikit bluberi filling diatas tat coklat tu untuk rasa yang berbeza.

No comments:

Post a Comment