Monday, May 31, 2010

NOSTALGIA NASI LEMAK DAUN PISANG

Assalamualaikum....setiap kali melihatkan nasi lemak siap berbungkus sebegini fikiran akak akan teringat kisah dulu2. Alkisahnya dulu akak pernah berniaga nasi lemak daun pisang semenjak masih bekerja di bank lagi. Masih teringat lagi setiap pagi sebelum subuh akak n hubby akan mula start membuatnya. Memang seronok masa tu...walaupun dapur bersepah which I really don't like :((  tapi nasib baik ada tukang bersih (maid la sape ke lagi..) So waktu hantar anak2 ke sekolah hubby dengan selambanya akan hantar ke restoran2 cina berdekatan. Setiap hari laku le antara 60-80 bungkus. Kira banyak le tu..... 

Yang paling seronok sekali bila masuk kerja akak nampak ada le staf bank tengah makan nasi lemak akak tu yang dia beli di restoran betul2 depan bank je..Tersenyum akak tanya dia.."sedap ke nasi lemak tu?" jawapannya "sedaaap"..sampai la akak dah berhenti kerja takde sape pun staf yang tahu akak pernah jual nasi lemak daun pisang ni kecuali seorang je..itu pun sebab dia ternampak hubby tengah dok hantar nasi lemak tu, kantoi..Bukannya apa, masa tu akak masih tak mesra dengan alam berniaga ni, segala2nya terasa malu bila bab berniaga ni..Tapi walaupun perasaan malu tu begitu tebal, macam2 benda yang akak dah jual..bukan nasi lemak je tau! Itu lah ya kalau dah jiwa dan semangat usahawan ni walaupun masa tu dah ada gaji tetap yang lebih dari cukup tapi tak pernah kering idea untuk berniaga.. 
  Sememeh je rupa nasi lemak ni bila dibuka daun pisangnya,tapi yang paling penting sedaaaap..

Friday, May 28, 2010

DADIH STRAWBERI

Cuaca panas terik begini dapat makan dadih sejuk terasa nyaman je tekak..Anak-anak akak amat menyukai makanan sebegini, kalau buat sekejap je licin. Dengan bahan-bahan yang amat mudah dicari semua ibu boleh menyediakan dadih di rumah, lebih jimat kosnya, rasa pun lebih sedap dan yang penting berkhasiat. Actually ada macam2 jenis resepi dadih tapi yang ini lebih menjadi bagi akak..

BAHAN2NYA
  • 11 g agar-agar serbuk
  • 2 liter air
  • 100 g susu tepung
  • 60 g coffee mate (boleh je tukar susu tepung)
  • 250 g gula
  • Perisa emulco strawberi (atau apa2 perisa pun boleh)

    CARA MEMBUATNYA
  1. Masak agar2 hingga larut, masukkkan gula dan biar mendidih. Perlahankan api.
  2. Masukkan susu tepung dan hendaklah dikacau selalu.
  3. Tutup api setelah mendidih. Tapiskan.
  4. Masukkan perisa yang digemari secukupnya.
  5. Tuang dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.
  6. Dah sejuk boleh la makan.

Tuesday, May 25, 2010

WARNA DISEBALIK WAKTU SOLAT


Asyik cerita pasal makanan, masakan sesekali elok juga diselitkan sesuatu yang dapat kita renungkan bersama. Jom baca... 

  Subuh 
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. 

Zuhur  
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. 

Asar  
Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. 

Maghrib  
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. 

Isyak  
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamulail.

NASI AYAM PENYET

Sebelum ini akak selalu bayangkan macamana la rupa dan rasa ayam penyet ni. Setiap kali kalau lalu dihadapan restoran yang ada hidangan ni pun tak pernah terbuka hati nak mencubanya. Entah kenapa..mungkin sebab bunyinya "penyet" tak menarik hati akak ni. Tapi sekali terpandang di fotopages kak Amal Hayati tiba-tiba teringin pulak nak mencubanya dan hasilnya amatlah memuaskan. Hidangan ni lengkap serba-serbinya, ada ayam, sayur2, tempe, tauhu dan yang paling terangkat sambalnya tu..tambah pulak sup ayam...laju je makan. 

Sesiapa yang nak resepinya jom la pergi ke http://amal5041.fotopages.com/ . Banyak resepi yang menarik kat sana. Oh ya, kak Mal ni pun tengah meletup dengan bisnes keknya yang cantik2 semuanya : http://amalbizblog.blogspot.com/ Terima kasih ya kak Mal, resepi ayam penyet tu memang sedap dan tak rugi mencubanya. Kalau jadi salah satu menu kat RTH pun ok rasanya ni...

Sunday, May 23, 2010

KISAH ANAK2 DAN KEK HARIJADI - PART II

Hari Ahad yang indah..dah masuk hari Isnin daa..seperti biasa n3 pasti melangkau hari dek kesibukan saya. Sambungan kisah anak2 dengan rancangan membuat kek harijadi..nampak kesungguhan mereka sewaktu proses mengadun choc moist cake itu, Muzany yang usianya baru 7 tahun tolong mix kan gula & butter, Aqif yang 14 tahun tu tolong ayakkan tepung sebanyak 2 x & Wajdi tolong pecahkan telur, Amsyar pula yg baru 3 tahun tu tolong huru harakan semua bahan2 kat dapur..sabo je lah..Ceny si 12 tahun tu pulak menyiapkan bahan fondant.

Mula2 tu nak guna buttercream akhirnya akak tukar ke fondant utk lebih mudah. Ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari...Tiba time deko depa dah mula hilang minat..Seorang demi seorang telah menghilangkan diri entah ke mana. So sape lagi yang kena siapkan kalau bukan akak?

Ini je la cupcakes yang termampu...
Beef steak with black pepper sauce... 2 set Chicken chop...5 set

Macaroni gratin...my favourite.. Tak lupa hadiah2nya..gelap je gambar tu kan! Suka semuanya...

Tuesday, May 18, 2010

KISAH ANAK2 DAN KEK HARIJADI - PART 1

Setiba saja di rumah, seperti biasa saya akan melayan kerenah anak2 yg masih belum tidur lagi. Pelbagai cerita yang keluar termasuklah rancangan mereka untuk membuat birthday cake utk seseorg pada 23 Mei ni iaitu besok & dgn selambanya meminta saya resepi kek dan sedikit panduan untuk menghias kek itu nanti.. Nak tergelak saya mendengarkan planning depa tu, tapi fikir2 balik eh apa salahnya, kan kreatif tu! Seperti selalu saya akan cuba penuhi keinginan mereka selagi tidak menyalahi agama & undang2..Satu persatu gambar kek yg pernah saya buat ditunjukkan pada mereka sehingga mereka berpuashati. Saya memang minat kerja deko mendeko kek cuma masa yg terhad membataskan saya utk jadi lebih mahir. Saya katakan pada mereka, tengok & pilih la nak buat kek yg mcm mana. Nanti mama bagi resepi kek tu dan cara buat buttercreamnya ya! Yang selebihnya terpulanglah nak buat apa pun. Dalam hati saya berkata2 sendiri entah macam mana rupa birthday cake hasil buatan tangan anak2 lelaki saya nanti. Tunggu je la esok...
Ini sebahagian lagi kek2 yang pernah saya buat..
Sebagai org yg baru belajar saya akui banyak kelemahannya, deko kek ni kena banyak latihan dan berguru..Apa2 pun saya tetap puashati sebab sekarang dah tak main beli birthday cake lagi, semua hasil buatan tangan sendiri..Feedback dr family pun ok, anak2 kata rasa kek sedap dan cantik sgt bagi mereka (walaupun yg sebenonye tak la secantik mana pun!) tapi itu pun dah cukup memberi semangat untuk mama ni..Teringin jugak rasa dihati ni nak attend kelas2 kek tambahan sekarang ni mcm2 rupa kek yg terkini, hissh geram akak tengok! Tunggu la nanti...akak pun tgh dok intai sifu2 kek kat situ sana sini! Mama..mama..kami nak buat sendiri birthday cake esok, mama jangan tolong tau!

Sunday, May 16, 2010

SUSU SOYA SEGAR & TAU FU FAH

Pukul 3 pagi semalam sebelum nak melelapkan mata seperti biasa akak akan plan apa yang nak dibuat untuk keesokan harinya. Tetiba akak teringatkan kacang soya yang dibeli tempohari. Dah lama tak buat ni, so akak pun terus turun ke bawah semula dan mulakan proses merendam kacang supaya esok boleh proses awal2. Akak buat se kg kacang soya dapat lah berliter2 air dan tau fu fah. Kalau sesapa nak bisnes yang menguntungkan dengan modal yang amat minima cubalah bisnes soya ni. Ada seorang pakcik tu asal dari Indonesia, dia supply air soya ke gerai2 berdekatan. Sekarang dah kaya raya pun dia. Selain dari untuk makan sendiri akak turut letak depan restoran. Ramai gak yang makan nasi tengahari sambil minum soya segar. Soya ni memang banyak khasiatnya. Bagi ibu yang mengandung memang elok amalkan minum air soya nanti dapat anak2 yang cerah kulitnya secerah susu soya tu..

Saturday, May 15, 2010

DAH 15 TAHUN...

Pejam celik dah 15 tahun usia perkahwinan saya, dikurniakan Allah 5 orang anak lelaki..saya amat bersyukur! Dalam tempoh 15 tahun ini menipu lah jika saya katakan yang semuanya manis2 belaka. Ya, yang manis memang ada, terlalu banyak tapi tak lupa jugak yang pahit, masam, masin pun banyak juga melanda. Semua ini sebagai asam garam dalam kehidupan. Macam dalam masakan juga, ada perencahnya kan! Setiap manusia di muka bumi Allah pasti akan diuji dengan pelbagai cara. Alhamdulillah, saya pernah melalui ujian yang amat hebat dan redha atas apa yang berlaku. Pasti ada hikmah disebaliknya dan Allah takkan menguji saya sekiranya saya tidak mampu melaluinya. 

Alhamdullillah, Allah memberikan kekuatan pada diri saya untuk meneruskan apa yang saya rancangkan selama ini. Dengan kehadiran suami di sisi, kami saling melengkapi antara satu sama lain. Memang kita berdua bukan manusia yang sempurna tapi gandingan antara kita telah menyempurnakan semua kekurangan itu... Sambutan ulangtahun di restoran kami je, dalam suasana kelam kabut dan jeritan anak2 yang dah penat menunggu sempat jugak kami siapkan serba sedikit untuk hidangan sekeluarga.. 
 
Ayam golek air tangan hubby...

Pulut kuning...

Wednesday, May 12, 2010

PUDING IKAN EMAS

Hari ni memang agak meletihkan disebabkan aktiviti mengemas kedai Hijrah yang lama tak diberi perhatian especially bahagian membuang sawang, menyusun atur barangan dan keceriaan..kita mati2 ingatkan pekerja dah buat rupa2nya amatlah mengecewakan. Alhamdulillah siap walaupun terpaksa buat seorang diri..huhuhu..sedih...Pengajaran bagi diri akak ialah jangan harapkan pekerja, buat je sendiri kalau taknak sakit hati. Lepas ni sesiapa bagi sepah taknak kemas siaplah..akak tarik telinga depa..hahaha.. Balik rumah makan puding ikan ni emmm nyaman tekak rasanya. Acuan ni dah berusia lebih kurang 30 tahun. Macam umur akak je..(sebenonye lebihhh..) Ehh, apasal melalut pulak ke umur ni..tension pasal kerja tadi kot..lebih baik makan je puding ni, jom! 
  Dua ekor ikan emas tengah berposing sebelum dipotong2 badannya...

Sunday, May 9, 2010

SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG

  • Dah lama rasanya tak makan sotong kembang. Tiba2 teringin la pulak..so apalagi akak pun tinjau stok dlm freezer maka terjumpalah sotong2 kembang yang kebekuan. Dalam masa 1/2 jam dah siap. Normally hari Sabtu & Ahad kami akan kurangkan sedikit hidangan lauk pauk atas faktor bukan hari bekerja tapi hari ini bukan saja hubby, akak pun terlebih rajin pulak. Selain nasi beryani ayam & sotong kembang ni, lauk pauk lain adalah ayam masak merah, kari ayam, kurma telur, acar ikan keli, pecal, ayam goreng berempah, daging black pepper, masak lemak nangka muda ikan kering, sawi tumis dan dalca ayam. Ni resepi sambal sotong yang akak masak hari ini...

Bahan bahannya

  • 3 ekor sotong kembang
  • 3 senduk cili kering yg dikisar
  • 12 biji bawang merah )
  • 1 biji bawang besar )
  • 6 biji bawang putih ) dikisar
  • 2 inci belacan bakar )
  • 3 biji buah keras )
  • 2 sudu makan santan pekat
  • 3 biji tomato dibelah 4
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 sudu makan gula
  • 1 sudu teh garam
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA

  1. Sotong di potong ikut sesuka hati kita. Macam akak potong yg kat dlm gambar tu lah..
  2. Dah dibersihkan toslah kering2.
  3. Masukkan ia dalam kuali dan masaklah sehingga keluar semua air sotong.
  4. Kacau2kan dan bila dah kering airnya keluarkan sotong tu.
  5. Tumiskan bawang2 , belacan & buah keras hingga garing
  6. Masukkan cili kisar, tambah air sikit dan masak perlahan2
  7. Bila dah pekat baru masukkan sotong diikuti tomato dan air asam jawa.
  8. Akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa. Tak perlu tunggu lama sebab sotong memang dah masak. Kalau terlebih masak sotong akan jadi keras macam getah.

Monday, May 3, 2010

AYAM PANGGANG MADU BEREMPAH

Masakan ala western adalah kegemaran anak2 akak yang mana kesemuanya adalah hero2 belaka. Setiap kali ada permintaan dari anak2 maka akak akan cuba luangkan masa untuk menyediakannya. Memang dah jadi kemestian bagi keluarga akak semenjak dulu lagi waktu hujung minggu anak2 boleh minta apa sahaja makanan yang mereka idamkan dan mama ini akan sentiasa memenuhi permintaan mereka. Ha...inilah rupa ayam panggang kegemaran anak2 akak. Seronok tengok anak2 berselera makan menghadap ayam panggang ni. Nak memasaknya pun senang sangat, cuma kena tunggu lama la sikit waktu proses memanggangnya.. Kepada sesiapa yang suka makan ayam cubalah resepi ini.. BAHAN2NYA
  • Seekor ayam
  • 5 biji bawang putih dilumatkan
  • 3 biji bawang besar Holland dihiris ikut style masing2
  • 2 biji tomato dibelah2
  • Cili benggala merah & hijau (ikut suka nak bubuh banyak mana)
  • 3 sudu sos tiram
  • 1 sudu besar sos BBQ
  • 1 sudu kicap pekat
  • 2 sudu kicap manis
  • 5 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 sudu besar lada hitam dikisar (jgn terlalu halus)
  • 1 sudu besar oregano
  • 1 sudu besar rosemary kering
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar minyak zaitun ) campurkan
  • 2 sudu besar mentega dicairkan ) sekali
  1. Ayam dibersihkan & ditoskan sehingga betul2 dah kering.
  2. Gaulkan semua bahan2 kecuali sayur2an, minyak zaitun dan mentega.
  3. Lumurkan pada ayam dan diperap selama 2 jam.
  4. Simpan sikit bahan lumuran untuk diperap bersama sayur2an
  5. Waktu nak dipanggang, sapukan dengan berus minyak zaitun dan mentega pada keseluruhan ayam dan pangganglah selama 1 jam.
  6. 5 - 10 minit terakhir baru dimasukkan bahan sayur2an yang telah diperap.
  7. Nampak dah garing tu cepat2lah keluarkan dari oven, nanti terhangus pulak..
  8. * Kalau rajin sapulah minyak zaitun dan mentega berkali2 sepanjang proses memanggang.
Sedap dimakan dengan kentang putar... Tambah coleslaw, lagi terangkat... Mama, buat lagi ayam panggang ya...Amsyar sukaaa...