Saturday, March 2, 2013

KEK MENTEGA TELUR ITIK DENGAN PARUTAN KULIT OREN




Assalamualaikum buat semua tidak kira di mana saja anda berada & didoakan semoga berbahagia & sukses di dalam apa jua yang anda lakukan. Lama jugak la tak berkesempatan ke sini..apakan daya lately memang tersangat2  la busy. Alhamdulillah...setakat ini segala urusan yang dilaksanakan berjalan dengan lancar sekali.

Dalam kebizian tu, tarikh2 penting anak2 tetap tak dilupakan. Buat my eldest son yang sambut birthday tempohari sempat jugak mama buatkan kek untuknya. Disebabkan kami semua dah muak dengan kek beraising makanya kek mentega jadi pilihan. Anak2 bila dah besar sikit ni bukannya heran pun kek2 beraising ni tambah anak lelaki. Any simple cake pun depa akan accept janji ada kek...tapi depa akan request jugak nak makan yang agak special on their birthday.  

So, kek mentega ni kek yang biasa2 saja cuma akak menggunakan telur itik dan ada juga ditambah sedikit parutan kulit oren so that takde la plain sangat kek tu, iye tak! Seperti yang dijangkakan kek ni licin dalam sekelip mata je...Alhamdulillah anak2 memang suka, cerr kalau kek aising semua buat muka tak berkenan. Apa2 je la, yang penting kerja mama pun jadi lebih mudah. Resepi seperti berikut, bagi sesiapa yang teringin mencubanya selamat mencuba untuk keluarga tercinta....  :))


BAHAN BAHANNYA


  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 1/4 cawan gula halus
  • 1 ketulan mentega (250g)
  • 3 biji telur itik
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu besar parutan kulit oren
  • 1 sudu teh esen vanila

CARA MEMBUATNYA

  1. Didalam mangkuk pengadun satukan mentega dan gula halus, putarkan sehingga gebu & berkrim
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putarkan biar sebati
  3. Diikuti dengan esen vanila dan parutan kulit oren, putarkan sebentar saja 
  4. Tuangkan susu cair perlahan2 sambil diputarkan lagi
  5. Terakhir masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum yang sudah diayak dengan baking powder terlebih dahulu.
  6. Putar sebentar saja dan tuangkan ke dalam loyang bersaiz 8 atau 9 in yang sudah digriskan dengan mentega
  7. Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan dengan suhu 180C selama 1 jam atau sehingga betul2 masak.

6 comments:

  1. Amboiiiii.....busy sampai x sempat komen dtg blog kita yeeee?
    Birthday anak akk pun minggu ni. Hadiah dah bg. Anak lelaki ni dia mmg tak kisah kek, asal ada je, ok. Telor itik boleh ganti telor ayam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kurang dpt nak bw semenjak 2menjak ni kak zana..kdg2 bila nak bw je sempat la nak terjah 2-3 blog lepas tu intenet dah meragam, line buat hal la pulak...jap ada jap xde...boleh je nak ganti telur ayam gred A. betul3..anak2 lelaki senang jaga..:))

      Delete
  2. Thanks for visiting my blog and I am looking forward to visit your website too :))

    ReplyDelete
  3. mmg nmpk sedap sngt kek nie tmbh lgi gune telo itik nie...mmg mnjilat jari la....nk sepotong....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.

    Menyelerakan sungguh.

    ReplyDelete
  5. hi,singgah baca entry dan follow awak :)

    ReplyDelete