Sunday, December 2, 2012

TAK ABIS2 LAGI KE DENGAN CREPE DURIAN ?


Assalamualaikum, Yuppp...begitulah nampaknya. Tak abis2 lagi dengan crepe nan satu ini & anak2 macam tak reti jemu menghadapnya.  Kan dah citer aritu kat rumah akak ni dah ditimbuni dengan buah2 durian. So, crepe durian manjang le, selagi ada request from my children apa salahnya...bukannya susah pun nak buat kan!

I gunakan resepi yang pernah digunakan sebelum ini. Selain dari inti kastad durian tu, I tambah pula isi durian yg fresh didalamnya. Meaning ada 2 inti la konon2nya...1 inti yg dah dicampur whipping cream and 1 lagi inti yg betul2 isi durian saja.

 Kali ni buat saiz yang agak besar2. Baru susun 3 ketul dah penuh 1 pinggan tu. Bila anak2 nak makan, depa pandai2 la potong sendiri. Memang pun buat especially for them.  Ok lah ya, sebenarnya ada banyak kerja sedang menanti akak tu. Bagi anda yang ingin mencuba, boleh semak resepinya di bawah ya...:))


SUMBER : KAK WAN @ CITARASAWAN

Bahan Dadar

  • 100 gm tepung gandum
  • 1/4 sudu teh garam
  • 3 biji telur di pukul ringan
  • 250ml susu cair
  • 1 sudu besar mentega cair
  • beberapa titik pewarna kuning

Cara-cara Membuat Dadar :
  1.  Satukan bahan dadar dan whisk hingga rata, kemudian tapis.
  2. Panaskan kuali non-stick kecil tanpa perlu meleserkannya dengan minyak, ambil satu sendok adunan dan buat dadar yang nipis.  Pastikan setiap kali menuang adunan, kuali di angkat dari dapur supaya tidak hangus.
  3. Biarkan bahagian bawah masak, kemudian terus angkat dan terbalikkan dengan permukaan yang licin berada di bawah.  Buat hingga habis.
Inti (1) Yg ini saya tambah :

Ambil beberapa ulas durian, asingkan isinya dari biji. Ambil isinya sahaja

Inti (2) :
  
Inti Kastard Durian
  • 250ml susu cair
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 kuning telur
  • 150gm isi durian
  • 2 cawan whipping cream (yg ni saya tambah)
CARA MENYEDIAKAN INTI KASTAD :
  1. Larutkan tepung jagung dan susu segar hingga rata.  
  2. Kemudian satukan dengan bahan-bahan yang lain di dalam periuk dan masak hingga inti menjadi kental.  Sejukkan dahulu di dalam fridge.
  3. Putar whipping cream hingga betul2 kental
  4. Campurkan krim kastad ke dalam whipping cream dan putar sekali lagi sampai sebati
CARA PENYEDIAAN CREPE DURIAN :

Letak 2 sudu kecil inti kastad durian di bahagian tengah dadar, letak pula 1 sudu kecil isi durian diatasnya, letak lagi 2 sudu inti kastad durian diatas isi durian dan lipat seperti biasa dengan permukaan yang licin di bahagian luar.


10 comments:

  1. assalamualaikum hem cantik...sdp tu mmg x jemu2 mkn doyan crepe,, manggo crepe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Sheila, anak2 yg suka so mama pun buatkan je..mango crepe x sampai seru lg nak buat..hehe

      Delete
  2. Salam..nampak gayanya selagi ada musim durian selagi itulah berjalannya musim durian crepe ni..nyum nyum nyum sedapnyaaaaaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa2nya mcm tu lah kan...tukang masak pun dah jemu buat tp rakyat di rumah ni minat nk mkn..layan je la tekak depa :))

      Delete
  3. as salam..cantik & terserlah keanggunan crepe durian ni...
    kalau kita yg ngadap x cukup 4 ketul....sbb mevelssss sangat..
    klau dekat,orang x ajak pun kita dah sampai depan pintu umah kak lina..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Badariah, apa salahnya kalau dekat rumah..boleh bertukar2 dgn pinggan..hehe.. :))

      Delete
  4. salam...memang sedap dan cukup menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Deena, Alhamdulillah boleh la buat jika free..kalau tgh sibuk mmg xkan ada masa utk crepe2 ni. :))

      Delete
  5. Saya tak pernah lagi rasa crepe durian...teringin sangatlah pula nak rasa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diana, tengah musim durian ni boleh la merasa.kalau nak senang order je, ramai yg brniaga online crepe durian ni. siap boleh hantar ke pintu rumah..:))

      Delete