Wednesday, July 11, 2012

HATI LEMBU KICAP BEREMPAH


Assalamualaikum....Baru malam ni sempat singgah ke sini. Sememangnya agak sukar nak cari masa untuk mengupdate buat ketika ini. Aktiviti mengemas rumah pun masih belum selesai sepenuhnya. Ada 4-5 kotak besar barang2 yang masih belum "sampai seru" untuk disentuh. Agaknya bilalah seru tu sampai ya!! Tak sabar rasanya nak tengok rumah ni siap sempurna dikemas sepenuhnya...bila lah masa tu akan tiba ya...hu3

Banyak jugak gambar2 masakan yang telah akak ambil baru2 ini, so tanpa mengikut giliran..gambar diatas tu adalah masak hati lembu yang merupakan salah satu menu yang disukai pelanggan. Tapi akak takde la memasaknya setiap hari sebab bergantung pada stok jugak. Masakan berkicap ni akak ikut cara mama akak, dimana dia kalau memasak jenis berkicap pasti diletakkan sedikit rempah sup. Masak kicap ni kena la kuahnya pekat2 baru best kan!  Dan kalau nakkan kuahnya pekat, masukkan bawang besar dikisar lebih sikit, pasti kuahnya menjadi pekat, ok...Akak nyatakan disini sebab selalu jugak orang yang bertanya macamana nak pekatkan masakan kicapnya (macam la orang2 tu baca blog akak ni kan..kah3)

Tanpa membuang masa resepinya ada di bawah ni...Jika tak makan hati lembu, boleh saja ditukar ke daging ataupun ayam. Selamat memasak buat anda semua...Salam sayang dari kak Ina...muahhhh


BAHAN BAHANNYA
  • 1 kg hati lembu (dipotong sederhana kecil, cuci & toskan)
  • 1 sudu besar rempah sup
  • 1/4 cawan santan pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • 2 tangkai cili merah dihiris serong
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat
  • 1 tomato dibelah 6

BAHAN KISAR
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • Seinci halia

BAHAN PENUMIS
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 1 tangkai daun kari
  • Rempah 4 sekawan (1 inci kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 pelaga & 3 cengkih)



CARA MENYEDIAKANNYA

  1. Mula2, kita tumiskan terlebih dahulu bahan2 penumis dan apabila sudah agak kekuningan, masukkan bahan2 yang dikisar pula
  2. Diikuti dengan rempah sup tanpa perlu dicampur air, kacau2kan sebentar baru masukkan sedikit air apabila nampak agak kering
  3. Biarkan rempah agak garing barulah dimasukkan sedikit sos tiram, kicap pekat & kicap lemak manis, kacau2kan sebentar dan kemudian masukkan pula santan. Masak sehingga kuahnya memekat
  4. Apabila sudah pekat, masukkan hati lembu dan kacau2kan biar sebati dengan kuah kicap.
  5. Hati lembu tak perlu dimasak masak, jika masak terlalu lama hati jadi keras dan tak sedap. 1 kg hati ni ambil masa 5-7 minit sahaja.
  6. Yang terakhir masukkan garam dan gula secukup rasa diikuti dengan hirisan cili merah, bawang besar & tomato, kacau2kan sebentar baru ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.

8 comments:

  1. Assalam ina, sedap nmpk hati kicap tu, oh ada secret recipi rupanya nk msk kicap ni, tq kongsi resipi ina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..mana pulak ada secret2 recipe, masakan yg simple2 je tu. kalau kak rosa masak tentu lebih sedap nih..:))

      Delete
  2. Salam Kak Ina...
    wahh sedapnya hati lembu nie..nak pulak kalau kuah kicap tu manis2 sikit, huii sampai menjilat jari jemari..
    mmm akak masuk umah baru ekk???
    bila nak buat house warming :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sgt tu nasya, kena la manis2 sikit baru best sampai jilat jari & siku..haha..meh la dtg sini tolong kemas rumah, nanti akak bg upah nak ke? :))

      Delete
  3. woww..bestnye makan hati..uiks best ker?? hahaha..yg penting lauk hati mmg menu feveret kita tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiseymen...puan doc pun suka mkn hati lembu ni ya! sama la dgn kita..hehe..jgn "makan hati" yg satu lg tu udah la ya kak ina..peace :))

      Delete
  4. Assalam kak ina,selamat menyambut bulan ramadhan,semoga kite suma beroleh kberkatan di bulan yg suci ni

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam lina..mudah2an Allah memberi kita kekuatan untuk menjlnkan ibadah sepanjang ramadhan ini ya..Insya Allah, amin

    ReplyDelete