Thursday, March 1, 2012

PULUT SERIKAYA


Assalamualaikum...Dah makan malam ke tu? Seronok kan bila dapat berehat dengan famili waktu malam gini. Tapi sekarang ni rumah akak tengah sunyi sepi sebab babah dah bawak anak2 makan kenduri. Bersih la dapur sepanjang malam ni nampaknya..Besok pagi start main masak2 lagi, ada yang menempah masakan untuk di hantar ke Sekolah Anak Yatim Darul Aitam, Temoh untuk makan tengahari.

Pulut serikaya ni terpaksa dibuat setelah melihat tayangan di dapur kak Rosa tempohari. Teringat yang akak pun dah lama tak merasa kuih serimuka yang betul2 sedap. Ada la jugak yang suami beli tapi selalunya memang tak boleh nak habis makan. Bila dapat kuih2 yang tak best ni mula la rasa geram, kadang2 tu teringat kuih serimuka yang mama akak buat waktu dulu2. Bahagian atas tu biasanya dia buat lembik2 gitu, emmmmm lemak & serba serbi semua cukup rasa. Bila dah buat ni baru puas hati makan berkali2, lagi seronok bila tengok suami makan banyak. Kuih ni dah kena potong sebelum betul2 sejuk oleh ada la sorang tu, emmm nak kena babab tangan tu ehhhh....Ni mesti gara2 tak tahan godaan la ni...hi3

Resepinya akak copy dari kak Rosa. Resepi asalnya pulak dari Yatie. Terima kasih ya kak Rosa sebab menimbulkan keinginan & kerajinan aii untuk buat kuih ni & terima kasih buat Yatie kerana sudi berkongsi resepinya. Suka sangat rasanya...sedapppp!! Bagi yang teringin nak rasa tu buat la sendiri ya, boleh tengok resepinya di bawah ni...Selamat Malammm :))

RESEPI ASAL : YATIE MEMORIES
SUMBER        : EMBUN ROSALIZA


Bahan-bahan

* Bahan lapisan bawah
 
* 2 cawan beras pulut
* 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
* 1/2 sk garam
* 1 sb minyak

Cara Untuk Lapisan Bawah

  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dngn plastik.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.

* Bahan lapisan atas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung beras
* 3/4 cwn gula merah/brown sugar/gula melaka
* 1/2 cwn gula pasir
* 2 biji telur
* 2 cwn santan pekat
* 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir) - akk tambah daun pandan
* 1/2 sk garam
* sedikit coklat emulco(warna gelap sikit)


CARA UNTUK LAPISAN ATAS
  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
  2. Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
  4. Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
  7. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  8. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin. 

6 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Azlina,
    alahai sekali lagi buat Yatie terliur lerrr...mesti kena wat gak ni esok...tq kak sudi mencuba dan menepati citarasa akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Yatie, tu la akak pun bila dah terliur tu cepat2 kena buat bila tengah free ni. Sedap sangat2, mesti buat selalu lepas ni..thanks Yatie.. :))

      Delete
  2. sedapnya tgk pulut serikaya akak ni...kepala tebal mcm tu la yg saya suka sgt.tapi baru jer buat serimuka nantilah cuba buat ni pula:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best kan bahagian kepala tu tebal..selalu yg org jual tu nipis je, x lemak pulak tu.nanti nieza cuba la resepi Yatie ni tentu puashati..:))

      Delete
  3. Assalam Ina, mmg bestkan pulut serikaya yatie ni, pagi ni pun akk tgh rendam pulut nak buat lagi, teman fb nak rasa pulak heheh, bila mkn sekali memang jatuh chenta ngan resipi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam kak Rosa, wah makin berseri2 la muka bila selalu mkn kuih ni..hehe..Resepi Yatie ni dah cukup perfect dah kan...semua cukup rasa..thanks ya! :))

      Delete