Thursday, January 5, 2012

RINDUNYAAA........


Assalamualaikum pembuka bicara setelah agak lama tak bersiaran di sini. Semoga kita semua sentiasa diberi keberkatan & dilindungi Allah selalu didalam menjalani kehidupan sehari hari. Ketiadaan akak dengan n3 terbaru disini agak lama juga kali ini. Sepanjang cuti yang lepas akak mendapat tempahan demi tempahan katering yang boleh dikatakan tak putus2 jugak.

Ada untuk kenduri kawin, kenduri balik dari menunaikan haji, kenduri naik buai dll..Ada sekali tu kena memasak untuk kenduri 2 hari berturut2, tak tidur malam dibuatnya. Memang penat tapi seronok jugak dapat pengalaman sebegini kerana dengan pengalaman inilah kita dapat pergi melangkah lebih jauh lagi, Insya Alllah...Petang tadi pun  baru selesai memasak untuk tempahan dari Tapah Road. Alhamdulillah, rezeki di bidang katering nampaknya...

Kalau tengok tajuk RINDUNYAAA, memang akak rindu nak berblog semula. Hanya orang yang ada blog yang tahu rindunya tu kan!! Dengan berblog ni bagi akak la kan dapat meningkatkan daya kreativiti seseorang dalam apa jua bidang yang dipilih atau diminatinya. Rindu jugak nak bw ke dapur2 sahabat. Insya Allah, nanti nak jalan2 jenguk dapur la pulak, jangan marah yea kalau nanti akak geledah dapur anda semua..haha...

Selain itu, akak jugak sangat2 rindukan anak akak yang dah masuk sekolah asrama baru2 ini. Dah 3 hari tak dengar gelak tawanya yang special bunyinya tu, teringat2 dia suka letak kepala atas peha mama bila tengah duduk di sofa. Bila memasak pun terasa sedih bila mengenangkan anak yang sorang tu tak dapat merasai masakan yang disukainya...emmmm mcm2 lagilah gelagat anak yang bermain2 di mata.

 Begitulah perasaan seorang emak & akak pasti semua ibu2 berperasaan begini bila terpaksa berjauhan dengan anak2 kan! Semoga Wajdi dapat mengekalkan rekod akademik terbaiknya di sekolah menengah pula.



Oklah, berbalik pada gambar ni pulak adalah cupcakes pertunangan yang sempat akak buat di musim cuti sekolah baru2 ini. Tempahannya berupa cupcakes hantaran, kek steam buttercream & puding. Ada jugak beberapa kek lain yang akak buat atas permintaan dalam kesibukan musim cuti sekolah.


Teknik yang baru dipelajari, buat bunga ros tanpa guna kon. Bila buat deko atas kek hati berbunga2 cerianya seperti bunga ros itu...:))

8 comments:

  1. kak lin.. selamat tahun baru..
    wahhhhhh
    mmg rindu sangat pada kak.
    alhamdullilah.. bila tengok cupcake dan cake buatan kak terus rasa hilang rindu nan mengebu.

    kak.. kak study sendiri atau kak belajar dr sesiapa buat teknik bunga tu??

    ReplyDelete
  2. Salam rindu kak, lamanya tak dgr khabar akak. selamat thn baru juga. alhamdulillah murah rezeki byk tempahan tu kak yer.

    cantikla deco kek tu:)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaykumwbh kak...

    :) seronok dgr cerita n kisah rezeki akak. Cantik2 semua kek....akak ni mesti tgn menjadi ni...catering wat..baking pun ye....

    Smg akak bersabar berpisah sementara dgn wajdi dan semoga menjadi anak yg soleh mendoakan akak suami isteri. Ayu balik minggu depan...:)

    Owh, teknik buat rose petals tak pakai kon? Waaaaaaaaaaaaaa....nak belajar......jika akak sudiiiii nanti ada masa wat la tutorial....hu3...permintaan yg mengada2 ni...;p

    Anyway....missed akak sgt2...jg dir ya....best year ahead for u....

    Love;
    Ayu

    ReplyDelete
  4. rinduuu juga..kat akak.duk datang dua tiga kali akak takdak..nasib baik akak rindu kt blog akak..leh suri lepas rindu kat akak hehe

    ReplyDelete
  5. Salamk.ina...selamat menyambut tahun baru 2012.
    Semoga ditahun baru ini kehidupan kita akan sentiasa 'manisssss' & memperbykkan amalan2 berbanding tahun2 seblmnya.InsyaAllah

    ReplyDelete
  6. Citarasa Rinduan..Akak pun rinduuu jugak ni, dh lama tak gi ngendap Ayu..hehehe..

    Akak belajar dr youtube teknik buat ros tu, seronok bila cuba terus menjadi..Nak gi kelas pun bukannya ada masa sgt..Maceh Ayu sudi dtg sini... :)

    Nieza...Salam rindu di angin lalu juga buatmu yg jauh di Helsinki. Rindu jugak nak menatap masakan air tgn Nieza yg bermcm2 jenis tu, nanti sat2 lg nak terbang ke sana ..maceh yea :)

    Ayu Safieza@Humaira'..Waalaikumussalam, terubat rindu bila Ayu dtg sini. Owh dh nak balik ke..cepat sgt masa berlalu kan! Ha ah Ayu, lebih senang buat roses x guna kon ni..nak wat tutorial mcm x layak la pulakkk..Tapi utk Ayu akak akan usahakan one day yea.

    Ayu take care jugak tau..Update selalu ur latest news yea!! Lots of luv....

    ReplyDelete
  7. SuriSolehah..Terima kasih la sudi dtg w/pun xde n3 terbaru. Akak pun rindu nak gi jln2 dapur suri, baby dah pandai apa ehh? Ok2, nnt akak nak terjah sana pulak.. :)

    AzatieSayang...Salam 2012 jugak utk Atie. Itulah jugak harapan akak mudah2an tercapai..Amin! Terima kasih atas ingatan yea.. :))

    ReplyDelete
  8. Cantik sangat ina cup cake n kek tu, pandai dan sangat menjadi bunga ros tu, kalo akk yg pandai begitu mmg hati pun berbunga riang heheh

    ReplyDelete