Wednesday, January 18, 2012

AYAM MASAK KANDAR


Assalamualaikum....Masakan2 jenis mamak atau kandar sangat digemari oleh kami seisi keluarga. Memang boleh  layan lauk pauk kandar ni setiap hari pun takpe...( faktor keturunan pun iye jugak nie.. ;p ) Actually akak pun selalu masak lauk2 kandar ni dengan resepi yang berbeza2 (masa je tak mengizinkan untuk akak update selalu resepi disini) Tambah pulak sekarang dah involve dengan bisnes makanan secara full time maka memang wajiblah akak selalu mencuba beraneka resepi dan cuba kekalkan resepi yang terbaik.

Baiklah, resepi yang akak gunakan untuk ayam masak kandar ni adalah dari dapur Nieza yang menetap buat sementara waktu ni di Helsinki, Finland. Memang banyak resepi2 kandar yang menyelerakan didapurnya tu. Manakan tidak, kedua2nya Nieza & suami berasal dari Pulau Pinang, negeri yang sememangnya terkenal dengan pelbagai masakan kandarnya. Bila akak dah try resepi ni memang terasa2 kelainannya. Memang terangkat, apalagi bila ada hidangan menu kandar lain seperti kari, emmmm memang berpeluh2 la waktu makan tu. 

So, buat peminat2 masakan kandar boleh la cuba resepi Nieza ni & izinkan akak copy resepinya untuk dikongsi2 sesama kita. Terima kasih Nieza.. :))



Bahan-bahan
1/2 ekor ayam dipotong kecil
15 biji cili kering dimesin atau boleh juga gunakan serbuk cili
3 labu bawang merah besar dimesin
3 ulas bawang putih dimesin
1 inci halia dimesin
1 s/k jintan manis dimesin
1 s/k jintan putih dimesin
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
Minyak masak..saya campurkan dengan  mentega sikit
1/2 cawan kicap pekat
1s/k gula merah
2 s/b kerisik
3 keping asam keping ataupun boleh gunakan sedikit air asam jawa jika suka
3 s/b rempah kari ayam
2 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
2 sudu mkn sos tiram
2 s/b plain yogurt
2 biji ubi kentang dipotong 4
1 biji buah tomato dipotong 4
2 tangkai cili hijau dibelah tengah  (ni akak tambah)
1 kiub ayam
garam secukup rasa


Cara-cara masak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis serta bawang merah dan semua bahan yang dimesin tadi.....masukkan rempah dan cili merah yg dimesin halus...dan masakkan hingga masak dan pecah minyak.

2. Masukkan ayam dan ubi kentang. Biarkan sehingga ayam dan ubi lembut. Jika kuah kering tambahkan sedikit air.

3. Bila sudah lembut masukkan kicap dan kerisik, sos tiram,sos tomato,sos cili dan plain yogurt.

4. Masukkan lebihan bawang yg diblender tadi untuk pekatkan kuah....dan masakkan sehingga pekat dan naik minyak.Masukkan kiub ayam dan  perisakan garamnya.

6. Masukkan buat tomato & cili hijau yg dipotong tadi dan tutupkan api...siap dihidang.



4 comments:

  1. salam lina....kecur air liur liza tgk ayam kandar ni...nnt nk try jugak la...masuk list dulu....hihiihhi

    ReplyDelete
  2. nmpk sedap tu..menu ayam kompom laku kat umah ni..masuk list dulu

    Semoga bisnes makanan kak Ina akan terus maju dan memenuhi selera pelanggan

    ReplyDelete
  3. mmng sedapkan kak ayam masak kandar ni..yatie pun dah pernah buat..semuanya suka..

    ReplyDelete
  4. Assalam kak Azlina,
    maaflah kak bz jer lately ni nk bw pun tak sempat... lagi pun mood nk bercuti next week ni malas tul nk mskx2...hehe

    tq yer kak sudi mencuba resepi masak kandar ni..asalnya resepi MIL tapi saya derhaka juga ikut citarasa saya.alhamdulillah kalau memenuhi citarasa akak sekeluarga.sama-sama kita berkongsi resepi ya:)

    ReplyDelete