Monday, December 5, 2011

BIRYANI KAMBING ISTIMEWA


Assalamualaikum semua.....Mudah2an kita sentiasa dalam lindungan Allah & diberkati didalam apa jua yang dilakukan. Insya Allah, niat yang baik pasti mendapat keredhaan dari Nya. Buat mereka yang suka berniat jahat, dengki mendengki sesama bangsa & agama, didoakan semoga satu hari mereka ini akan mendapat hidayah Allah. Kesian pun ada jugak pada golongan sebegini, pantang tengok orang Melayu nak maju sikit, mulalah depa tak senang hati, panas jiwa & raga kot...Menabur fitnah usah dicakaplah...biarkan ajelah depa2 ni kan! Jangan kita pun turut sama terikut2 perangai syaitan sebegini. Lebih baik kita jaga diri & peribadi, perbaikilah segala kelemahan diri sendiri kerana ada spesis tertentu ini nanti akan mencari2 kelemahan kita ini untuk menjatuhkan kita...Wallahualam....

Arini seronok rasanya sebab akak sempat nak singgah ke alam blog ni, actually tujuan asal untuk search resepi bubur Asyura. Bukannya tak reti memasaknya cuma nak mencari ilham & kelainan. Insya Allah, esok ada tempahan bubur Asyura di kampung hubby. Berbalik pada yang kat gambar tu adalah masakan kegemaran akak iaitu biryani kambing yang dimasak tak berapa lama dulu. Antara banyak2 masakan biryani, akak paling suka daging kambing. Cuma kalau makan tu jangan la makan banyak2 walau sesedap mana pun sebab nanti mengundang penyakit pulak, especially di usia sebegini..angka 4 dah muncul didepan... ;)  Seperti biasa resepinya ada dibawah ni yea, selamat mencuba bagi yang sudi....


BAHAN BAHANNYA
  • 2kg daging kambing dipotong kiub sederhana besar
  • 3 sudu besar rempah biryani ( dijadikan pes dgn mencampurkan sedikit air)
  • 1 labu bawang besar dihiris nipis
  • 4 sekawan - 2cm kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 buah pelaga & 4 cengkih)
  • 2 helai daun pandan ( dicarik & disimpulkan kemas)
  • 1 cawan yogurt
  • 6 tangkai cili hijau dibelah tengahnya
  • 3 biji tomato dibelah 4 setiap satu
  • 2 sudu besar minyak sapi Ghee
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa

BAHAN2 UNTUK DIKISAR BERSAMA2
  • 15 ulas bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 6 biji buah gajus
  • 2 tangkai daun ketumbar (dgn batangnya sekali)

CARA MEMBUATNYA
  1. Gaulkan sebati daging kambing dengan 2 sudu besar tepung, tujuan untuk menghilangkan bau (sekiranya ada), cucikan daging bersih2 lalu ditoskan sebentar
  2. Panaskan minyak sapi & minyak masak didalam periuk yang bersesuaian, tumiskan bawang hiris, rempah 4 sekawan & daun pandan sehingga agak layu
  3. Diikuti pula dengan bahan2 yang dikisar bersama dan pes rempah biryani, kacau2kan biar sebati dan agak garing serta naik aromanya
  4. Masukkan daging kambing dan kacau2kan terlebih dahulu biar sebati dengan rempahnya. Apabila sudah sebati masukkan 1/2 liter air dan biarkan daging kambing merenih sampai empuk
  5. Setelah agak empuk, masukkan cili hijau, tomato dan yogurt dan kacau2kan lagi. Biarkan lagi dimasak sehingga cili & tomato hancur & sebati dalam kuah rempahnya
  6. Yang terakhir kita masukkan gula dan garam secukupnya dan masak lagi sehingga agak pekat kuahnya. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.

3 comments:

  1. assalam kak Ina hehehe xpe life begin at 40 hik3..
    sedapnya beriani kambing ni
    Rempah beriani mmg sentiasa ada kat dapur, kena cr dgg lak.Daging lembu pun buleh gak kan?ngences ni..nnt nk wat jugak

    ReplyDelete
  2. Assalam ina, nmpk sedap beriani kambing tu, akk kalo yg tak bau kambing n lembut sangat boleh mkn, tp yg keras tu xleh msk mulut hehe, beriani kambing ni mahalkan

    ReplyDelete
  3. Lina_pg..Waalaikumussalam, ha ahh laa..apa la ada pd angka tu kan..heheh..Akak pun biasa buat dgn daging lembu, rasa sedap jugak. cuma kalau kambing tu terasa lebih2 lagi la sedapnya..nanti bila2 cuba la yea..:)

    EmbunRosaliza..Waalaikumussalam, mmg ada sesetengah org yg jual ada semcm kuat bau kambingnya tu..mcm tu mmg x lalu nak jamah kan! Tapi so far kalau msk sendiri xde la pulak bau...Harga biryani kambing mmg mahal dr yg lain sbb hrg se kg pun dh mencecah RM20++, tp org x kisah janji sodap.. :)

    ReplyDelete