Assalamualaikum....Di petang2 begini mungkin ada yang tengah sibuk di dapur membuat juadah untuk minum petang. Bagi akak, untuk makan2 waktu petang memang banyak pilihan sebab waktu cuti sekolah ini akak dah frozenkan banyak jugak kuih yang dibuat sendiri. Antara stok kuih muih yang masih berbaki dalam freezer tu adalah kuih bom keledek ni. Selain dari itu, ada juga kuih karipap, cucur badak & roti canai. Senang la sikit kerja bila ada kuih muih frozen.
Sewaktu anak2 masih kecil2 lagi, kuih sebegini memang tiada dalam list hidangan kat rumah. Sekiranya akak & hubby teringin kami akan beli saja. Depa tak suka semua kuih yg ada bijan2, inti2 kelapa, jangan harap la anak2 akak nak makan. Itu time dulu2, sekarang bila dah meningkat remaja, semua depa dah reti makan. Ni pun tinggal lagi 2 orang lagi anak2 yang masih kecil, 5 & 8 tahun tu, sama jugak mcm abang2 depa dulu tak reti makan kuih sebegini.
Resepi kuih bom keledek ni akak salin dari koleksi buku Senangnya Memasak Kuih Muih Bersama Chef Hanieliza. Resepi yang cukup ringkas & mudah difahami. Yang paling penting dijamin sedap. Memang berbaloi beli kesemua buku Senangnya Memasak kak Liza. Terima kasih banyak2 diucapkan buat Kak Liza.. :)
BAHAN BAHANNYA
- 500 gm ubi keledek
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan bijan
- 1 sudu kecil garam
- Minyak secukupnya bagi menggoreng
BAHAN INTI
- 1 cawan kelapa parut muda
- 1/2 cawan gula merah
- 1/2 cawan air
CARA MEMBUAT INTI : Kacaukan kesemua bahan inti dengan api sederhana sehingga pekat.
CARA MEMBUATNYA
- Ubi keledek di buang kulit dan di potong kecil2. Rebuskan dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Toskan lebihan airnya.
- Lumatkan keledek dan gaulkan dengan tepung sehingga betul2 sebati.
- Masukkan kesemua bahan inti ke dalam kuali dan masak sehingga kering.
- Leperkan adunan keledek dan masukkan satu sudu kecil inti diatasnya.
- Uli/bentukkan ia menjadi bebola kecil dan golekkan di atas bijan. Tekan2kan dengan telapak tangan supaya bijan melekat kuat & tak tertanggal semasa digoreng
- Goreng dengan api sederhana sehingga warna bijan menjadi kuning keemasan.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba... :))