Thursday, October 20, 2011

KUIH CARA BERLAUK


Assalamualaikum...Kuih cara berlauk ni merupakan salah satu kuih yang akak buat untuk jamuan di SK Toh Tandewa Sakti, Tapah baru2 ini. Malam tu diadakan forum perdana dengan panel jemputannya dari Pahang. Untuk hidangan selepas Maghrib menu utamanya adalah nasi biryani, ayam golek, dalca tulang & jelatah. Alhamdulillah kenyang penceramah makan sampai cerita masakan kami pun boleh terkeluar dari mulut penceramah di awal forum tersebut.

Selepas selesai forum perdana kami hidangkan pula 3 jenis kuih muih iaitu karipap pusing, cara berlauk & puding warna warni. Agak kepenatan malam tu, tapi yang penting semua orang berpuashati. Sesekali bila buat kuih untuk jamuan sebegini dapat la jugak merasa makan, kalau saja2 nak buat kuih cara berlauk macam ni tak mungkin rasanya sebab anak2 kurang berminat bila tengok ada cili & daun bwg di atasnya tuu. Apa2 pun di bawah ni resepinya...



BAHAN BAHAN

  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 cawan santan sederhana pekat
  • 1 biji telur gred A
  • Beberapa titik pewarna kuning
  • 3/4 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan di carik2 dan diikat*
  • 1 senduk minyak masak*
Untuk Intinya
  • 300 g daging kisar / daging dicincang2 kecil (rebus sampai empuk)
  • 2 labu bawang besar dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 sudu besar rempah biryani / rempah kari daging
  •  sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

  1. Untuk intinya : Tumiskan bawang besar & bawang putih dengan sedikit minyak masak sehingga naik bau, masukkan rempah biryani dan tambah sedikit air supaya tak terlalu kering
  2. Masukkan daging kisar atau daging yang sudah direbus, masakkan sebentar
  3. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa dan kacau lagi sehingga inti menjadi kering
  4. Untuk bahagian tepungnya, masukkan kesemua bahan2 (kecuali yg bertanda *) ke dalam mesin pengisar dan kisarkan sehingga sebati
  5. Tuangkan ke dalam jag terlebih dahulu untuk memudahkan kerja menuangkan ke dalam acuan itu nanti
  6. Sebelum itu, sapukan minyak masak menggunakan daun pandan yang dicarik & diikatkan ke lubang2 acuan cara supaya tak melekat
  7. Seterusnya, tuangkan adunan tepung ke dalam acuan kuih cara satu persatu sehingga selesai, guna api perlahan & tutup dengan tudung periuk
  8. Keluarkan kuih dengan menggunakan hujung sudu yang nipis.

8 comments:

  1. Assalam ina, akk pun suka cara berlauk, nak buat anak2 tak mkn, kuih ni mcm rumit sikit, kalo nak mkn akk beli jelah, terliur sangat tgk kuih cara berlauk ni

    ReplyDelete
  2. salam...kuih fv seisi keluarga kuih cara...kalau mkn sampai x hingat terutama sekali ank bujang suka mkn kuih ni ingat ada masa nnt nak buat lah...

    ReplyDelete
  3. EmbunRosaliza..Waalaikumussalam, haa tu la kan, sama mcm budak2 kat rumah ni, yg pelik2 x reti mkn. kalau kat sini mmg tak penah jumpa org jual kuih ni..

    Sheila Shafeareen..Mmg sedap kuih ni bila sesekali dpt mkn..berbaloi buatnye kalau ramai yg mkn, x la mcm kat rumah ni, yg mkn boleh dikira 1-2 org je yg suke... :)

    ReplyDelete
  4. salam...pernah buat seklai tp cam xder sambutan jer ngan anak2..hihi
    Terima kasih atas doanya tuk adik atie.Semoga semuanya selamat..Aminnn

    ReplyDelete
  5. Azlina....

    Suka kuih cara ni...cara manis ke berlauk ke...suka sumenya...:D

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikumwbh Kak Azlina.....winduuuuuuuuuuuuuuuuu ar!!

    Always amazed me with ur amazing air tangan.


    Kak Apa khabar? Ayu memang busy tak leh blah. Insya'Allah, nanti free Ayu BW. Tp mmg la ni tak dan....but will always get us in touch:)

    ReplyDelete
  7. kak ina..tengok cara berlauk terliur cara berlauk..tengok rendang tok pun teringin gak...huhu

    ReplyDelete
  8. Azatiesayang..Haaa, sama mcm anak2 akak la, tu yg malas rasa nk buat dh kan!! Mudah2an selamat semuanya..Amin

    Cik Cek..Boleh geng la camni..haha..memang peminat kuih cara la kita ni kan!! :)

    AyuSafieza@Humaira'..Waalaikumussalam, Aiii pun linduuu laaa..hik2..Takpe, dahulukan yg lebih penting, itu yg terbaik sebenarnye....ehm2 suke tengok ustaz kecik tu... :)

    Surisolehah..Cam tu laa kalau tengah berbadan dua ni. kalau dekat leh la akak anto sepiring dua, cian la pulak... :)

    ReplyDelete