Tuesday, August 2, 2011

SOTONG MASALA


Assalamualaikum....Didoakan semoga kita semua dikurniakan Allah kesihatan yang baik & mantap sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. Terima kasih buat teman2 yang sudi singgah, Insya Allah sekiranya ada kesempatan akak akan berkunjung balas yea...

Emmm...dah lama tak mengintai dapur kawan2, dalam bulan puasa ni tentu anda semua lebih bersemangat memasak pelbagai menu untuk dijadikan hidangan keluarga untuk berbuka puasa kan! Beruntung lah sangat anak2 & suami yang mendapat isteri yang sanggup turun ke dapur memasak, tambah lagi jika isteri yang berkerjaya...Sememangnya banyak juadah yang boleh dibeli di pasar Ramadhan tapi mana boleh lawan dengan air tangan isteri tercinta, betul tak?

Sotong masala sesuai juga dimakan dengan nasi minyak atau nasi biryani. Ada sesetengah orang dah muak berlaukkan ayam ataupun daging, so boleh la tukar selera kepada sotong pula. Udang pun sesuai dimasak begini...Resepi ada di bawah..jika ada yang teringin nak mencuba, sila lah....

BAHAN BAHAN
  • 1 kg sotong sederhana besar (dibersihkan & ditoskan)
  • 1 sudu besar garam masala
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 1/2 sudu teh jintan putih
  • 1 bawang besar dihiris nipis
  • 1 batang serai diketuk
  • Rempah 4 sekawan (1 kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 pelaga & 4 cengkih)
  • 12 ulas bawang merah dikisar
  • 6 ulas bawang putih dikisar
  • Seinci halia dikisar
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 buah tomato dibelah 4 setiap satu 
  • 2 biji cili hijau dibelah tengah
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan rempah 4 sekawan, daun kari, hirisan bawang besar & serai sehingga agak layu
  2. Masukkan semua bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih & halia dan kacau2kan sebentar
  3. Diikuti dengan rempah kari, garam masala, serbuk cili, jintan manis & jintan putih, kacau2kan sehingga agak garing
  4. Masukkan pula air asam jawa & belahan tomato & cili hijau, kacau biar sebati
  5. Tunggu sehingga kuah agak pekat barulah dimasukkan sotong, kuatkan api & kacau sekejap biar mesra dengan kuahnya
  6. Terakhir baru masukkan gula dan sedikit garam, kacau lagi sebelum ditutup api, sotong janganlah masak terlalu lama. Sedia untuk dihidangkan

5 comments:

  1. Salam K.ina..nampak sedap bila sotong di masak masala,biasa atie buat sambal/kari jer.

    ReplyDelete
  2. posa2 ni semua pun teringinkan kak..nanti nak cubalah kak.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikumwbh kak Azlina comel.........


    Sadiiiiiiiiis tol....sob sob sob...menagis sbb 4 kedai dah cari this weekend, suntun tak beranak2 lagi...hik3......:)

    Manu akak ni kalu makan cm tu je, dgn nasi sejuk pun sedap.....jgn duk dlm roce cookes dah la yer....:)

    What will be for iftar hari ini kak?

    ReplyDelete
  4. Anisalya..Sememangnya sedap bagi yang memang suka makan sotong..Terima kasih sudi tengok sotong yg akak masak ni... :)

    Azatiesayang..akak ni sememangnya peminat sotong, tak kisah masak apa pun semua akak suka..masala ni pun ala2 kari jugak kan... :)

    Surisolehah..Memang betul tu, tengok masakan apa pun boleh jadi terliur..godaannn...nnt bila2 suri try la yea :)

    Ayu Safieza@Humaira...Waalaikumussalam cik Ayu yg kiut miut..hehe..laa kat sana sutun x reti beranak pinak la pulak!! Ala ciannya..kalau kat sini berlambak2 mcm2 saiz. Meh jemput mkn di sini, akak leh jamu sutun banyak2... :)

    ReplyDelete