Tuesday, February 8, 2011

BERANGAN TALAM LABU YG DPT LEPAT LABU...

Assalamualaikum...Dah berminggu2 berangan nak buat talam labu, konon nak cuba resepi dari Yatiememories, sudahnya yang jadi lepat. Tu la kan tak baik berangan2 ni....yang penting tingkatkan usaha supaya tercapai apa yang dihajati. Memang salah akak lah ni sebab tak jadi kuih talamkan, tapi lepat pon sedap apa!!! Dah nak habis dah pon ni...(sebab tak buat banyak pon....)
Syarat nak buat kuih lepat ni bagi akak & tukang makan lepat kat rumah ni...no 1 inti kelapa parutnya mestila berlambak2 banyaknye. Cuba tengok kat gambo tu..banyak kelapa dari labu kan! Tapi takpe la sebab dah yang macam tu yang disukai oleh rakyat rumah ni...Tapi ada jugak orang yang buat lepat tak bubuh kelapa kat dalamnya tu. Tu pulak kes tak suka makan kelapa parut lah ehhhh?? Tak kisah lah kan, janji kita bahagia semasa memakan lepat tuu kannnnn.....
Resepi lepat labu akak, kot2 ada yang tak reti nak buat boleh tengok sini.....
BAHAN BAHANNYA
  • 1/2 biji labu dikupas kulit, dipotong kecil & direbus
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 biji kelapa parut digaul sedikit garam (kalau dpt yg muda lg sedap)
  • Daun pisang secukupnya dilayur atas api sekejap

CARA MEMBUATNYA

  1. Lenyek2kan labu yang sudah direbus tadi
  2. Masukkan gula dan kacaukan supaya gula sebati dengan labu
  3. Diikuti tepung gandum dan gaulkan sehingga betul2 sebati
  4. Ambil daun pisang secukup besar mana yang dikehendaki, sudukan secukupnya adunan labu diatas daun pisang dan ratakan
  5. Letakkan pula kelapa parut secukupnya dibahagian atas adunan labu tadi secukupnya dan cantumkan adunan labu dengan kemas supaya inti berada betul2 dibahagian tengah, lipatkan dihujung kedua2 bahagian dan kemaskan
  6. Masukkan air secukupnya ke dalam pengukus dan kukuskan lepat2 yang sudah siap tadi selama 2o minit.

3 comments:

  1. akak..nak lepat labu..sedappnya..
    lawak la tajuk n3 akak ni....

    ReplyDelete
  2. salam..
    kak azlina..kiranya menjadi gak tu,,tak apa..tak dapat talam...kira okeylah nie....


    tiba-tiba ayu teringin nak makan lepat...wah!!! minta2 di kafe hospital ada jual...

    ReplyDelete
  3. Mas, nak buat camnekan...dah tu yg terdaya. Buat masa ni mmg sgt2 sibuk, jd supir pon akak jugak...dok berangan je la nak mkn kuih talam tu!!!

    Wsalam Ayu, ok tak ok mkn je lah kan! Nasib baik semua org mkn x bnyk songeh..hrp2 Ayu dpt mkn lepat esok, kalau xde gi buat sendiri ok!!!

    ReplyDelete