Sunday, February 27, 2011

APAM PISANG...KENAPA LA APAM NI SEDAP SANGAT? :))


Assalamualaikum semua!!! Petang ni baru berpeluang ke sini setelah beberapa hari menyepikan diri lantaran kesibukan yang melanda. Alhamdulillah segala urusan tempahan katering sudah pun selesai dan Alhamdulillah kerana pihak yang menempah pun berpuashati dengan segala hidangan yang telah akak sediakan. 

Akak nak cerita about kuih apam yang kat gambo tu. Actuallykan, sebelum ni kuih apam bukan la kuih favourite famili akak, sebab tu la jarang buat kuih ni. Bila tengok ramai sangat yang dah buat apam labu di sana sini & bercerita tentang keenakannya timbullah keinginan nak cuba. Tapi memikirkan labu tu bukan makanan kegemaran anak2 akak pun tukarkan kepada pisang yang sememangnya diminati anak2. Seronoknya hati akak bila apam tu berjaya memikat selera anak2 akak...(mama & babah depa usah ditanya la...) Akak buat lepas Isyak, malam tu jugak habis kami kenduri apam anak beranak.

Resepi asal apam ni asalnya dari Madihaa. Terima kasih banyak2 yea Madihaa atas resepi apam yang tersangat lah sedap & gebu sehingga berjaya menawan hati anak2 akak yang sebelum ni tak minat apam. Terima kasih juga pada blogger masak2 seperti Yatie, Hana, Izah, Mas dll (maaf sesangat kalau tak tersebut nama disini) sebab mencetuskan keinginan akak untuk meng"apam" nie. 

Akak copy resipi ni dari Madihaa fotopages untuk future reference. 

Bahan2 A
  • 3 tbsp Tepong gandum
  • 2 tsp yis segera
  • 1 tsp gula kastor
  • 3 tbsp air suam
Bahan2 B
  • 200 gm keledek (dikukus) akak tukar ke 230 gm pisang
  • 150 gm gula kastor
  • 1 biji telur
  • 150 ml santan pekat
Bahan C (di ayak bersama)
  • 200 gm Tepong gandum
  • 1 tsp D.A.B. Powder (double action baking powder )
Cara2 Membuatnya
  1. Campurkan bahan2 A dan kacau sampai sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 min
  2. Campurkan semua bahan2 B dan dikisar halus.
  3. Masukkan bahan C ke dalam adunan yang dikisar sedikit demi sedikit dan dikacau rata.
  4. Masukkan pula bahan2 A dan kacau lagi hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam.
  5. Panaskan kukusan dan bolehlah dikukus apam tadi samada dlm loyang besar atau acuan kecil2 sehingga masak. (pastikan sapukan sedikit minyak masak pada dasar loyang atau acuan) Akak kukus selama 20 minit
Sengaja buat warna hijau ni untuk tarik perhatian anak2....


Alhamdulillah...anak2 sangat suka apam ni, gebu tersangat2....

5 comments:

  1. salam,

    apam ni nmpak gebus sgt2...tp yg xleh tahan ialah kaler ijo tu..sgt memikat selera..hehe

    ReplyDelete
  2. DJ, mmg gebus sesgt & puashati dpt mkn apam camni..betui tu, tujuan akak bg kaler ijo bior anak2 berselera nak mkn... :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya nengok apam ni..kreatifla kak..boleh cuba bubuh pisang tu....:)

    ReplyDelete
  4. wah jelas nampak gebunya tu, menawn sungguh. er..ada lagi ke kak? nak mintak seketul hehe..

    ReplyDelete
  5. Nieza, nanti cuba la bubuh pisang, sedap rasa dia & baunya pon wangi semerbak... :)

    Umi, alahai udah lama abisnya apam tu..lain kali akak buat lg yea.. :)

    ReplyDelete