Wednesday, January 26, 2011

MEE REBUS DAGING MAMA

Assalamualaikum ! Wah3 lama nye tak mai sini gara2 kesibukan yang melanda akak semenjak dua menjak nih...Finally, sempat la jugak akak datang menjenguk...rindunya kat blog sendiri...perasan!!! :)

 Oh ya, TQVM buat semua kawan2 yang sudi hadir di blog yang tak seberapa ni ya...Insya Allah nanti akak akan buat jejak kasih pulak & untuk follower yang baru hadir di sini TQ so muchhhh...appreciate sgt tapi kalau boleh diberikan link supaya akak boleh jejaki & follow balik tanda yg akak amat appreciate kehadiran u all di sini...

Terharu bila ada yang sudi nak follow, tandanya ada insan2 diluar sana tu yang menyedari kewujudan blog akak nih, tambah pulak akak ni jarang nak ada masa utk blogwalking...huhu :( 

 Kat gambo tu mee rebus yang akak masak untuk salah satu tempahan petang tadi. Sempat la jugak ambik sikit untuk sendiri makan. Dan part yang paling best sebab sempat diambik gambonye tu. Banyak tempahan2 lain yang akak terima sepanjang kebizian tu memang tak sempat posing & diambik gambo, maka takde la nak tunjuk kat sini...

Dari pagi akak tak sempat makan tau, asyik minum je sampai kembong dah perut ni...sekali makan nah ambik semangkuk beso mee rebusnya!!! Resepi dia ada di bawah ni, selamat mencuba :))

 SUMBER : MY MAMA 

 BAHAN BAHAN
  • 1kg daging (dipotong kecil & direbus sehingga empuk)
  • 350g udang segar
  • 10 ulas bawang merah *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 2cm halia *
  • 2 ulas bawang merah, 2ulas bawang putih & sedikit halia dimayang halus
  • Rempah 4 sekawan : 1kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 3 pelaga & 4 cengkih
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 kg ubi keledek merah
  • 10 biji buah tomato
  • 1/2 botol sos tomato
  • 1 sudu besar pati ayam
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
 * Bahan2 yang perlu dikisar terlebih dahulu

BAHAN2 LAIN
  • Mee kuning secukupnya dicelur sebentar & ditoskan
  • Sayur sawi dipotong kecil2 & dicelur juga sebentar & ditoskan
  • Tauhu digoreng & dipotong kecil
  • Telur direbus
  • Daun bawang & daun sup dihiris2kan
  • Cili merah dihiris nipis
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi dibelah 2 & buangkan bijinya
CARA MEMBUATNYA
  1. Ubi keledek dikupas kulitnya,dipotong kecil & direbus sehingga empuk. Kisarkan ia sehingga betul2 lumat = 5 mangkuk
  2. Udang segar dibasuh bersih2 dan dikisar betul2 lumat tanpa dibuang bahagian kepala & kulitnya = 2 mangkuk (ditapis dahulu)
  3. Buah tomato dipotong kecil2, dikisar & ditapis ambil jusnya sahaja = 1 mangkuk
  4. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan daun kari, bahan2 yg dimayang halus & rempah 4 sekawan sehingga kekuningan
  5. Masukkan pula bawang kisar diikuti rempah kari daging dan gaulkan supaya sebati
  6. Apabila sudah garing & naik aromanya masukkan kisaran udang tadi dan kacau2kan lagi
  7. Masukkan pula daging & air rebusannya diikuti jus tomato & kisaran ubi keledek dan kacau sebati
  8. Apabila kuah mendidih masukkan sos tomato, pati ayam, gula & garam secukup rasa dan kacau2kan lagi
  9. Tunggu mendidih lagi dan boleh la ditutup apinya
  10. Tuangkan kuah secukupnya di atas mee kuning bersama bahan2 lain dan taburkan bawang goreng, daun sup & daun bawang diatasnya. Perahkan sedikit jus limau kasturi sebelum dimakan.

7 comments:

  1. As salam kak...sedapnya mee ni...terliur dh mlm2 ni..memang my fav ni ...:)

    ReplyDelete
  2. salam, azlina..inilah kehebatan berblog..
    syokkan..

    wah..mee rebus..lama ayu mengidam lah..hahah...nak sikit..ada baki atau periuk kosong>

    ReplyDelete
  3. Nieza, mee ni pon fav akak jugak tp jrg dpt mkn, slalu msk utk org je...kdg2 tu bila dh penat memasak takde mood nk mkn pulak!

    Salam Ayu, kalau dkt boleh je akak hulurkan semangkuk utk org mengidam ni, cian nanti meleleh air liur dia..heheh..

    ReplyDelete
  4. Salam kak azlina,
    Macam kenal jer mee rebus tu. Mee macam ni la yang saya teringin sangat2 nak makan! huhu... Kuah pekat, ada daging seme. nampak lengkap. wah kak.. kalu la dapat sepinggan. :D

    ReplyDelete
  5. Salam nur, masa dulu2 time kecik2 mak akak slalu buat mee ni, boleh kata 1 x sebulan mst ada. Skrg bila akak dh bisnes makanan ni akak pulak yg slalu buat, bila buat je mee ni mst tringat kat mak. Kalau la dpt bg kat dia mkn..lps ni nur buat la mst hubby suka mkn...:)

    ReplyDelete
  6. sedapnya mi rebus, krna lak kuah pekat2 cenggini..best

    ReplyDelete
  7. Salam Lina, kuah mee rebus kena la buat pekat2 baru best kan!!! Kalau cair kuahnya mcm x bermakna je nk mkn, iye tak ?

    ReplyDelete