Sunday, January 9, 2011

IKAN PATIN MASAK ASAM PEDAS MELAKA


Salam Ahad.....puashati betul sebab semua urusan kerja rumah dah pun selesai, so malam2 cam ni dapat rehat2kan diri, manja2kan diri. Sambil2 tu jeling2 jugak kat TV tu tengah siaran langsung AJL, tambah Shahir AF pulak yang tengah dok nyanyi..hehe..tetiba teringat pulak Shahir ni masa kecik2 dulu, al maklumlah 1 kampung... 

Kat gambo tu lauk asam pedas yang memang sangat2 akak gemari. Kalau tengah takde selera bila nampak lauk asam pedas terus datang selera. Ikan patin ni selain dari masak lemak tempoyak sesuai jugak dimasak asam pedas. Kalau masak asam pedas ni kena la betul2 pedas baru lah terangkat kan, kalau setakat bubuh cili sikit2 tu lebih baik tak payah. Bukannya apa cuma akak rasa pelik bila tengok ada orang nak makan asam pedas tapi tak nak pedas...Akak letak resepinya kat bawah ni ya..... 

 
BAHAN BAHANNYA
  • Seekor ikan patin
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar belacan
  • 5 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu besar kerisik
  • Sedikit kunyit hidup
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • Sedikit halba (5 biji je dah cukup)
  • Garam secukupnya
  • Sedikit daun keson
  • 1 bunga kantan dibelah 4
  • Kacang bendi secukupnya
CARA MEMBUATNYA
  1. Mula2 kisarkan bersama2 bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan belacan sehingga lumat semuanya
  2. Panaskan minyak dan tumiskan halba sehingga wangi baunya
  3. Masukkan bawang2 kisar tadi diikuti cili kering kisar dan kacau2kan selalu
  4. Bila dah agak garing cilinya tu masukkan kerisik dan masak atas api perlahan je
  5. Masukkan daun kesom dan bunga kantan dan kacau2kan lagi
  6. Tunggu sebentar baru masukkan air asam jawa dan tambahkan air masak secukupnya ikut kesesuaian, jangan terlalu cair kuahnya nanti tak sedap rasanya
  7. Bila air tu dah mendidih masukkan ikan patin dan garam secukup rasa
  8. Masukkan juga kacang bendi pula dan tunggu hingga ikan betul2 masak, baru ditutup apinya dan sedia untuk dimakan

3 comments:

  1. Salam Azlina,
    lauk ikan patin ni memang sedap kalau dimasak asam pedas. Masak tempoyak pun sedap gak

    ReplyDelete
  2. Wsalam kak Aidah, famili sya ni mmg gemarkan ikan patin ni, kalau goreng garing2 je pon laju jer...msk apa pon sedap kan kalau dah suka..

    ReplyDelete
  3. Assalam AZlina..

    mula2 saya bingung gak sebab ikan patin ni hangya utk msk tempoyak..puas la sy cari tempoyak tapi x jumpa ..anyway thank sbb paparkan resepi ni..suami saya kat sedap gak ikan patin msk asam pedas..thank a lot..for this resepi..

    ReplyDelete