Assalamualaikum buat semua yang singgah kat sini...Nasib baik akak okay je lepas disuntik semalam. Masih boleh memasak seperti biasa. Buat semua teman2 yang selalu mengucapkan rindu bertemu akak tu harap2 dah terubat la rindu tu walaupun hanya dengan menatap gambar kat blog ni ya ! Masuk je kat tempat ni, akak akan sentiasa ada disini.. Insya Allah, sekiranya dipermudahkan olehNya dapat la kita bertemu semula.
Buat masa ini, akak memang tak dapat menjanjikan apa2 sebab takut tak tertunai. Tapi, yang pasti akak pun memendam rindu kat korang semua. Sekiranya ada sms dan phone call yang tak dijawap akak mohon maaf sesangat2 ya. Bukannya berlagak sombong atau melupakan kawan2 lama, bukan juga sebab akak dah bebas dari dunia teman2 dan bukan juga atas sebab tak mahu mendengar keluhan atau masalah yang ingin teman2 kongsikan dengan akak seperti dulu..Akak tetap Kak Ina yang sama, okay!
Kadang2 macam terdengar2 je suara2 memanggil akak "Kak Ina...Kak Ina..." Kat bank dulu boleh dikatakan semua memanggil akak dengan nama nie...dari Manager sampai cleaner! Waah, tiba2 sebak tau...Cukuplah tu. Tuuuu...kat gambar lauk yang akak masak boleh dikatakan hari2 kat RTH. Siput sedut ni ramai peminatnya. Kalau lunch time tu terdengar bunyi sooot..sooot...bunyi menyedut siput tu sampai ke dapur akak membuatkan akak gelihati la pulak bila mendengarnya..Resepinya, so simple. Tu yang masak hari2 tu..
Bahan2nya :
- 2 kg siput sedut
- 20 - 30 biji cili padi *(nak kurang or nak tambah lagi pun boleh je)
- 10 biji cili merah *
- 3 biji bawang putih *
- 2 cm kunyit hidup *
- 2 batang serai dititik2 *
- 1 keping asam gelugur
- Pucuk paku secukupnya
- Santan pekat dari 1 1/2 biji kelapa ( dapat 4 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
- Garam dan gula secukupnya ( Yang bertanda * dikisar bersama2 )
CARA MEMBUATNYA
- Mula2 potong hujung semua siput2 tu (bab ni yang leceh sikit). Lepas tu gaulkan siput2 tu dengan hampas kelapa parut supaya bersih semua siput2 tu. Menurut kawan akak dengan cara begini siput2 tu akan memuntahkan semua kotoran dan menghasilkan siput yang bersih.
- Biarkan dalam sejam, cuci bersih2 dan ditoskan.
- Dalam periuk masukkan semua bahan kisar dan serai ,masak kejap.
- Masukkan 2 cawan santan cair, mendidih je sikit terus masukkan pucuk paku.
- Tunggu sebentar hingga pucuk paku separuh masak baru masukkan santan pekat.
- Diikuti dengan siput sedut.Api sederhana.
- Biarkan 2 kali mendidih santan, harus dikacau2 selalu supaya tak pecah minyak.
- Sesuaikan rasa garam dan gula ikut citarasa masing2 la.
- Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment