Saturday, August 21, 2010

KUIH LOPES TRIANGLE

Assalamualaikum....didoakan semoga kita semua sihat sejahtera disamping keluarga tercinta menjalani ibadah puasa tahun ni. Hehe..akhirnya terbuat jugak kuih lopes yang tak pernah akak buat selama 30 tahun lebih hidup di bumi Allah ini. Itupun sebab bengang dengan kuih lopes yang hubby beli di pasar Ramadhan. Udah le nipis, kuahnya pun cair jer. Hello...ini bukan mengata tau, tapi kenyataan. Kepada penjualnya akak nak pesan kalau nak untung banyak jangan jual kuih, tapi jual emas ok! (macam la dia ada baca blog nie...) Yang akak pun 1 hal, kenapa tak pernah nak cuba membuatnya ek? Finally, terbuka jugak hati bila akak jenguk kuih lopes kat rumah Bdaria. Resepi dari blog Bdaria. Terima kasih akak ucapkan pada Bdaria atas idea dan tunjukajar yang diberikan. Kalau tengok resepi Bdaria ni semuanya best dan sedap2 belaka. Resepi asal kuih lopes, kat SINI BAHAN BAHAN
  • 500 g pulut
  • 1 sudu makan air kapur
  • 5 daun pandan dikisar dengan sedikit air lalu ditapis dan dicampur sedikit pandan paste
  • Secubit garam dimasukkan ke dalam air pandan
  • Air secukupnya untuk mengukus dan merebus
  • Daun pisang yang cukup lebar
  • Tali rafia untuk mengikat di kedua2 hujung
  • Kelapa parut putih dari setengah biji kelapa gaul dengan secubit garam, kukuskan 5 minit
Untuk Kuahnya :
  • 300 g gula melaka
  • 2 helai daun pandan di carik2 dan disimpulkan
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 300 ml air (boleh tambah jika perlu)
  • 1 sudu makan tepung gandum / jagung (utk pekatkan kuah)
  • Campurkan semua bahan dan masak sehingga larut dan pekat
  • Bila dah mendidih tutup api.
Cara menyediakan pulut :
  1. Mula2 rendam pulut + air kapur selama 3 -4 jam.
  2. Basuh pulut seperti membasuh beras dan tos kering.
  3. Masukkan pulut kedalam bekas dan masukkan air pati pandan dan tambah sedikit air supaya sama paras pulut dengan airnya lalu ditanak seperti masak nasi.
  4. Kacau selalu sehingga kering air dan betul2 masak pulutnya.
  5. Layurkan daun pisang. Daun yang digunakan mesti lebar supaya boleh gulung 2 atau 3 kali.
  6. Sendukkan pulut yang dah siap ditanak tu keatas daun pisang. Banyaknya pulut yang disendukkan haruslah bersesuaian dengan daun pisang. Gulungkan ia memanjang.
  7. Ikat di satu hujung dengan tali rafia.
  8. Padatkan pulut dengan menekan2nya dengan sudu atau apa saja yang boleh membantu yang penting ia mampat.
  9. Ikat di satu hujung lagi.
  10. Masukkan ia kedalam periuk dan masukkan air ikut paras pulut dan rebus selama 1 jam atau hingga kering airnya.
  11. Untuk potongan yang cantik, sila gunakan benang untuk memotongnya.
  12. Bila dah siap dipotong, gaulkan dengan kelapa parut.
  13. Hidangkan dengan kuah gula melaka semasa hendak dimakan.

No comments:

Post a Comment