Tuesday, January 31, 2012

IKAN SEBELAH GORENG TOMYAM


Assalamualaikum...Tentu anda semua sudah pun kekenyangan setelah mengadap hidangan makan tengahari kan! Akak pun...Menu kat atas tu salah satu hidangan for lunch baru kejap tadi. Biasa tak makan ikan sebelah atau dikenali juga dengan nama ikan sisa nabi? Apek si penjual ikan ni pun reti sebut nama ikan sisa nabi ni..Masa akak kecil2 dulu emak selalu sangat beli ikan ni tapi dulu2 saiznya kecil2 & comel2 je. Ni sekali hubby beli yang besar saiznya, terkejut pulak bila tengok, tak sangka ada sebesar gini..

Bagi akak yang paling best ikan ni kalau digoreng garing2. So, kali ni akak masak style tomyam sikit. Waaa, memang best tau udah la isinya manis sekali, kena pulak rasa tomyam dgn serai & cili padinya, memang sangat menyelerakan.. Kalau tak caya, cuba laa....


BAHAN BAHANNYA

  • 3 ekor ikan sebelah dibersihkan seperti biasa
  • 2 batang serai dihiris halus2
  • 10 tangkai cili padi dihiris memanjang
  • 2 tangkai cili merah dihiris memanjang
  • 2 buah tomato dibelah 4 setiap satu
  • 2 labu bawang besar dihiris nipis
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 kiub perencah tom yam dihancurkan
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Sedikit gula
  • Garam & serbuk kunyit secukupnya

CARA MEMBUATNYA

  1. Lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit secukupnya pada keseluruhan ikan dan gorengkan ia agak garing, angkat & ketepikan
  2. Ambil 2 sudu minyak lebihan goreng ikan tadi dan panaskan, tumis kesemua bahan2 yang dihiris seperti serai, cili padi, cili merah, tomato, bawang bersar & serai, biarkan ia agak layu
  3. Diikuti dengan kiub perencah tom yam & sos ikan, kacau2kan biar rata
  4. Apabila sudah rata, masukkan sedikit gula dan daun limau purut, kacau2kan sebentar saja & tutup api
  5. Tuangkan sos tomyam  ni ke atas ikan goreng tadi dan sedia untuk dihidangkan


Monday, January 30, 2012

JAWAPAN & PEMENANGNYA IALAH ........


Assalamulaikum & anda semua apa khabar? Semoga anda semua sentiasa sihat sejahtera disamping keluarga tercinta. Alhamdulillah, baru ada kelapangan maka dapatlah akak kembali lagi disini dengan jawapan kepada soalan teka meneka di n3 lalu. Eloklah terlebih dahulu akak ucapkan terima kasih kepada kesemua anda yang sudi datang meneka. Ramai yang teka gulai telur ikan, dan ada juga diantaranya yang meneka dengan betul.  Dan jawapannya adalah GULAI TEMBUSU iaitu salah satu masakan Padang.

Yang pasti pemenang sudah dipilih, iaitu yang paling terawal meneka sekali sahaja dengan tepat. Pada awalnya ingat nak bagi seorang je jadi pemenang, tapi setelah diambilkira ketepatan nampaknya ada 2 pemenang. Nama peneka yang bertuah tu ialah  

  1. MADIHAA AKA RATNA
  2. NOR ZEE 


Hadiah akan dikirimkan secepat mungkin tapi eloklah akak berhubung terus dengan mereka supaya dapat dipilih dahulu yang mana satu berkenan dihati, lagi best kan dapat pilih2... ;) Nanti bila dah dipilih, hadiah tu akan akak tunjukkan disini...Harap dapatlah segera hubungi akak dgn memberikan alamat email yea.. :))



GULAI TEMBUSU

SUMBER : SISIPAN MAJALAH MINGGUAN WANITA

Bahan bahannya

  • 250 g tembusu / usus lembu
  • 5 biji telur
  • 10 biji bawang merah
  • 30 ulas bawang putih
- semua bahan diatas dikisarkan
Bahan bahan lain
  •  2 sudu cili giling
  • 2 cawan santan
  • 8 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 2 helai daun kunyit
  • 5 helai daun limau purut
  • 4 helai daun salam
  • 2 batang serai
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 3 bunga cengkih
  • 3 buah pelaga
  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 1 liter air
  • Garam & gula secukup rasa

Cara Penyediaan Usus :
  1. Keluarkan isi usus
  2. Kemudian, cuci usus lembu hingga bersih
  3. Ikatkan hujung usus dengan tali plastik (sebelah sahaja)
  4. Masukkan bahan yang dikisar
  5. Setelah diisi penuh, ikat hujung usus di sebelah lagi
  6. Rebus usus tadi hingga menjadi keras
  7. Setelah itu, tos dan potong mengikut citarasa
Cara Membuatnya
  1. Tumiskan bahan2 yang dikisar hingga kekuningan
  2. Masukkan daun-daun hingga terbit bau wangi
  3. Masukkan rempah ratus dan serbuk ketumbar bersama cili giling. Tunggu hingga keluar minyak
  4. Tuangkan air
  5. Setelah mendidih, masukkan tembusu
  6. Tuangkan santan dan masukkan garam serta gula
  7. Tunggu seketika agar ia masak sepenuhnya

Friday, January 20, 2012

CERR TEKA GULAI APA....KALAU BETUL DAPAT HADIAH :))


Assalamualaikum....Bertemu semula di tengahari Jumaat, mudah2an kita semua dilimpahi keberkatan hidup oleh Allah Yang Maha Esa. Anda semua dah makan tengahari ke? Mungkin ada yang masih berada di dapur menyiapkan hidangan untuk keluarga tercinta. Buat akak, tengahari ni kami makan nasi ayam je. Tak yah tunjuk la, lagi pun dah pernah ada entry nasi ayam kat sini. Yang akak nak tunjukkan disini adalah gulai seperti di dalam gambar di atas. 

Rasa2nya anda tahu tak gulai apakah itu? Emmmm...cerr fikir betul2 sebab mungkin apa yang bermain di fikiran anda tu salah sebenarnya, atau boleh jadi betul jugak ehhh!! Alang2 akak dah suruh teka tu & nak bagi hadiah pulak baiklah akak bagi clue sikit yang lauk ni adalah sejenis masakan yang jarang2 dijumpai. Apa2 pun, jika anda berminat nak teka gulai apakah ini boleh la post comment dan bagitahu akak. Kalau betul tekaannya tu, ADA HADIAH MENANTI ANDA!!! Tarikh tutupnya hanya apabila akak dah update entry terbaru di sini nanti. Hadiah hanya diberikan pada yang terawal meneka dengan betul tau. Selamat meneka!!!

Actually dalam beberapa hari ni akak akan kesibukan dalam menyiapkan tempahan kenduri kawin. Terlalu banyak benda yang perlu disiapkan memandangkan kendurinya agak besar. Nanti kita bertemu lagi & take care semua.... :))

Wednesday, January 18, 2012

AYAM MASAK KANDAR


Assalamualaikum....Masakan2 jenis mamak atau kandar sangat digemari oleh kami seisi keluarga. Memang boleh  layan lauk pauk kandar ni setiap hari pun takpe...( faktor keturunan pun iye jugak nie.. ;p ) Actually akak pun selalu masak lauk2 kandar ni dengan resepi yang berbeza2 (masa je tak mengizinkan untuk akak update selalu resepi disini) Tambah pulak sekarang dah involve dengan bisnes makanan secara full time maka memang wajiblah akak selalu mencuba beraneka resepi dan cuba kekalkan resepi yang terbaik.

Baiklah, resepi yang akak gunakan untuk ayam masak kandar ni adalah dari dapur Nieza yang menetap buat sementara waktu ni di Helsinki, Finland. Memang banyak resepi2 kandar yang menyelerakan didapurnya tu. Manakan tidak, kedua2nya Nieza & suami berasal dari Pulau Pinang, negeri yang sememangnya terkenal dengan pelbagai masakan kandarnya. Bila akak dah try resepi ni memang terasa2 kelainannya. Memang terangkat, apalagi bila ada hidangan menu kandar lain seperti kari, emmmm memang berpeluh2 la waktu makan tu. 

So, buat peminat2 masakan kandar boleh la cuba resepi Nieza ni & izinkan akak copy resepinya untuk dikongsi2 sesama kita. Terima kasih Nieza.. :))



Bahan-bahan
1/2 ekor ayam dipotong kecil
15 biji cili kering dimesin atau boleh juga gunakan serbuk cili
3 labu bawang merah besar dimesin
3 ulas bawang putih dimesin
1 inci halia dimesin
1 s/k jintan manis dimesin
1 s/k jintan putih dimesin
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
Minyak masak..saya campurkan dengan  mentega sikit
1/2 cawan kicap pekat
1s/k gula merah
2 s/b kerisik
3 keping asam keping ataupun boleh gunakan sedikit air asam jawa jika suka
3 s/b rempah kari ayam
2 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
2 sudu mkn sos tiram
2 s/b plain yogurt
2 biji ubi kentang dipotong 4
1 biji buah tomato dipotong 4
2 tangkai cili hijau dibelah tengah  (ni akak tambah)
1 kiub ayam
garam secukup rasa


Cara-cara masak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis serta bawang merah dan semua bahan yang dimesin tadi.....masukkan rempah dan cili merah yg dimesin halus...dan masakkan hingga masak dan pecah minyak.

2. Masukkan ayam dan ubi kentang. Biarkan sehingga ayam dan ubi lembut. Jika kuah kering tambahkan sedikit air.

3. Bila sudah lembut masukkan kicap dan kerisik, sos tiram,sos tomato,sos cili dan plain yogurt.

4. Masukkan lebihan bawang yg diblender tadi untuk pekatkan kuah....dan masakkan sehingga pekat dan naik minyak.Masukkan kiub ayam dan  perisakan garamnya.

6. Masukkan buat tomato & cili hijau yg dipotong tadi dan tutupkan api...siap dihidang.



Tuesday, January 17, 2012

QUICHE AYAM BERKEJU


Assalamualaikum....Kembali semula setelah beberapa hari menghilang. Selsema, sakit tekak & demam yang bersilih ganti, buatkan akak lebih rela menghabiskan masa diatas katil je. Alhamdulillah, petang ni dah macam biasa dan dapatlah akak sambung semula kerja2 yang terbengkalai selama ini.

Hidangan kali ini adalah quiche ayam yang dibuat beberapa hari yang lalu. Mula timbul keinginan buat quiche ni bila tengok Chef Jo menghidangkan sajian quiche belut panggangnya dalam Masterchef tak berapa lama dulu. Resepinya akak ambil dari buku masakan Chef Wan tapi akak telah diubahsuaikan sedikit. Apa kata kita tengok je bahan2nya yang simple & senang pulak membuatnya.


SUMBER : BUKU MASAKAN SEDAPNYAAA : CHEF WAN

BAHAN BAHAN

  • 125 g mentega sejuk, dipotong dadu
  • 250 g tepung gandum
  • 1 sudu teh air lemon
  • Air secukupnya
Intinya: 
  • 1 ketul isi ayam bahagian dada dicincang
  • 1 bawang besar dipotong dadu kecil2
  • 1 sudu besar rempah pes tom yam
  • 2 sudu besar minyak masak 
  • 2 kepingan keju cheddar yang dipotong kecil2

KASTARD
  • 3 biji telur 
  • 1 cawan susu
  • 1/2 cawan krim putar
  • Sedikit garam

BAHAN TABUR
  • 1 biji tomato dihiris bulat2
  • 2 tangkai daun ketumbar dihiris halus

CARA MEMBUATNYA
  1. Gaul dan ramas mentega dengan tepung dan air lemon sehingga menyerupai serbuk roti. Tambah air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh. Tutup doh dengan plastik dan dinginkan di dalam peti sejuk selama 1 jam
  2. Canai doh dan masukkan menutupi dasar loyang 8". Tutup dengan kertas timah dan bubuh kekacang di atasnya. Tujuan  buat begini supaya doh cantik dan sekata.
  3. Bakar kosong didalam yang telah dipanaskan pada 180C. Setelah 20 minit angkat kertas timah dan kekacang tadi & ketepikan
  4. Untuk intinya : Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar sehingga kekuningan
  5. Masukkan rempah tomyam dan isi ayam dan kacau2kan selama 2 minit. Sejukkan
  6. Untuk kastardnya : Pukul telur sehingga ringan. Masukkan susu, krim putar dan garam, pukul sehingga gebu & tapiskan
  7. Letakkan inti ayam ke dalam kulit pastri, taburkan keju dan tuangkan kastard sehingga penuh
  8. Susunkan hirisan tomato dibahagian atasnya, diikuti dengan hirisan daun ketumbar. Bakar selama 180C selama 25 minit atau sehingga nampak garing.



Thursday, January 12, 2012

LALA TUMIS BAYAM


Assalamualaikum & Salam sejahtera buat semua yang hadir disini. Semenjak pagi sampai tengahari hujan tak berhenti, nyaman betul la suasana. Rasa macam nak lepak2 je, malas nak masuk dapur, tapi bila memikirkan hero2 yang bakal balik dari sekolah, emmmm tak jadi malas...

So, inilah lala tumis bayam yang menjadi menu pilihan tengahari ini. Selain itu akak juga masak kari ikan & ayam goreng berjintan. Dalam dah cemuih masak ayam terpaksa masak juga untuk anak2. Lala ni favourite anak2, kalau dah tak tahu masak apa, lala selalu jadi pilihan. Semenjak 2 menjak ni dah macam no idea nak masak apa. Hubby pulak setiap hari sebelum ke pasar dia akan tanya nak beli lauk apa untuk famili. Fenin la kepala nak jawap kalau hari2 kena tanya soalan yg sama kan..so hari ni akak suruh dia beli yang pelik2. Tapi bila tengok takde pun yang pelik2 dibawak baliknya....rasanyakan hubby pun dah naik bosan kerja gi pasar. Mungkin kerja tu kena serah kat aii kot? :(

Oklah, resepi yang amat simple, main campak2 je segalanya. Selamat makan tengahari :) :)

BAHAN BAHAN
  • 1 kg sipu lala (direndam sebentar utk membuang kotoran & basuh berkali2 biar betul2 bersih & toskan)
  • RM 2.00 sayur bayam (agak banyak juga sebab anak2 suka, nak jadi kuat macam popeye kot..ngeh3)
  • 2 ulas bawang besar dimayang nipis2
  • 4 ulas bawang putih dicincang halus2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar serbuk lada putih
  • 1 kiub ikan bilis
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

  1. Tumiskan bawang merah & bawang putih sehingga agak layu, masukkan sos tiram, serbuk lada putih & kiub ikan bilis, kacau2kan 
  2. Kemudian masukkan siput lala dan kacau2 kan selalu sehingga masak. Apabila semua siput sudah terbuka menandakan ia sudah masak
  3. Diikuti pula dengan sayur bayam, kali ini kuatkan api dan kacau2kan beberapa kali biar sebati dengan lala, jangan masak terlalu lama sayur ni, nanti lembik pula dah tak sedap kan!
  4. Tutup api, angkat & sedia dihidangkan.


Wednesday, January 11, 2012

HAPPY BIRTHDAY AMSYARKU SAYANG....


Senang bebenor buat kek padang bola ni. Terbalikkan saja kek tu dah jadi mcm padang...
                                                                            

                                                                          

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 5 buat sayang mama...Azfarul Amsyar......cayangggg diaaaa

Tuesday, January 10, 2012

APAM GANDUM ROSE YANG MENAWAN


Assalamualaikum...Bertemu sekali lagi dengan juadah yang sempat akak masak untuk minum petang tadi. Sempurna jugak hajat nak mencuba resepi apam dari dapur Ayu Safieza @ Kitchen Colours, adik yang amat akak kagumi atas kerajinannya di dapur 
& rajin jugak sambung study lagi. Terus terang akak nyatakan disini memang akak jarang buat kuih apam, tapi sekali bila tengok yang Ayu buat tu cantiknya, warna pink pulak tu, mula la terbit rasa nak meng"apam". At first tu risau jugak takut apam tak menjadi naiknya sebab sepanjang hari ni cuaca mendung tapi Alhamdulillah, naik cantik sangat sampai nak terkeluar dari loyang dah pulak.

Apam ni dah tak dan tunggu betul2 sejuk, after 30 minutes keluar dr steamer akak pun terus potong & hidang untuk makan petang. Siap dengan kopi susu lagi...Nampaknya seisi keluarga sukakan apam ni, tengok hubby makan pun tak putus2, actually kan hubby akak ni cerewet jugak pasal kuih2 ni, tapi yang ni nampaknya berselera dia makan walaupun kami semua lambat lunch sekitar 3.30 petang tadi.

Ayu, thanks yea sebab sharekan resepinya, izinkan akak copy resepi apam yang sedap ni disini pulak utk my future reference & berkongsi jugak dgn yang lain. Thanks again.. :))


Apam Gandum Rose 

Ingredient:

  • 500 g of flour
  • Rose paste
  • 3 / 4 cup castor sugar
  • 2 cups water
  • 11 g instant yeast
  • 1 / 2 cup water, dissolve
  • Grated white coconut pinch of salt
Methods:

  1. Mix all the dry ingredients at one time in a mixing bowl. 
  2. Add water in small portion by portion together with the rose paste. 
  3. Leave to rest for ½ hr and pour in food mixer. Blend till smooth.  
  4. Grease steam pan with cooking oil and pour the smoothed batter. Leave to rise in 1 hour or up to double amount. 
  5. Steam over  the boiling water for 40-45 minutes (wrap the cover with kitchen towel). 
  6. Cool apam completely before cutting. Serve with grated coconut.


IKAN BAUNG MASAK LEMAK BELIMBING BULUH


Assalamualaikum....Apa menu anda untuk lunch tadi? Tentu dah cukup menyelerakan dan menambat hati insan tersayang. Dah tak larat rasanya memasak lauk ayam (walaupun anak2 tak reti cemuih memakannya) so kita tukar pulak dengan lauk ikan. Ikan ni namanya ikan baung, rasanya sangat2 la manis & sangat2 sedap bagi penggemarnya. Harganya pulak, memang agak mahal tapi sesekali makan apa salahnya kan! Memang sedap dimasak cili api, setengah dari bahagian isinya akak goreng biasa saja untuk anak2 yang masih kecil. Goreng saja pun sedap, kulitnya tu garing emmmmm.....

Resepi yang simple tapi cukup menyelerakan bagi yang meminati masakan lemak cili padi. Lagi pedas lagi ummphh, kalau masak lemak tak cukup pedasnya memang tak berselera la nak makan...Apa2 pun kita memasak harus mengikut tekak & selera masing2, kalau tak suka pedas jangan diletak cili padi, tukar la ke cili merah. Selamat memasak... :))


BAHAN BAHAN

  • 3 ekor ikan baung sederhana besar (dipotong kepada beberapa bahagian)
  • 6 buah belimbing buluh dibelah 2 setiap satu
  • 2 tangkai cili merah dibelah tengah
  • 2 batang serai diketuk2
  • 1 mangkuk santan sederhana pekat dari sebiji kelapa
  • 1 asam keping
  • Garam secukup rasa

BAHAN2 DIKISAR BERSAMA 

  • 15 tangkai cili padi 
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • Kunyit hidup sebesar ibu jari

CARA MEMASAKNYA

  1. Tumiskan kesemua bahan yang dikisar & serai dengan sedikit minyak sampai naik aromanya
  2. Masukkan santan, asam keping, belimbing  & cili merah, kacau2kan selalu, api sederhana perlahan 
  3. Apabila hampir mendidih, masukkan kesemua ikan diikuti dengan garam secukupnya, tunggu hingga mendidih sebentar dan boleh la ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.


Monday, January 9, 2012

KEREPEK NGAKU @ ARROWHEAD


Assalamualaikum....Semestinya anda semua sudah minum petang kan! Akak pun, petang ni kita mengunyah kerepek ni je lah. Kerepek bukan sebarang kerepek tau! Bak kata makcik cina yang sama2 dengan akak dok memilih ngaku ni di Tesco tempohari...."Ini haa satu tahun satu kali balu ada jual...manyak sidap goreng hoooo...." Akak dalam hati berkata2 balik pada dia."Apa yuuu ingat aii tak tahu ke? Aii ni blogger masakan tau, dah pernah tengok ramai blogger buat kerepek laaa...(ececehhh..bunyi gaya cakap macam eksyen je aii ni kan! Tapi tu kan dalam hati je...hahaha...

Kerepek ngaku ni memang sedap, memang rangup, memang berbeza dari kerepek2 lain dari segi rasanya, silap2 sekali hadap boleh habis 1 balang. Bagi sesiapa yang teringin nak tahu macamana rasanya boleh la mencubanya sendiri.  Dapatkanlah ngaku di Tesco atau di mana2 pasaraya yang berhampiran anda sekarang juga...Kalau tak kenal rupanya boleh tengok kat bawah ni sebagai panduan...Selamat mencuba !



BAHAN BAHAN
  • Ubi ngaku @ arrowhead
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
  • Sedikit garam halus

CARA MEMBUATNYA
  1. Mula2 kupaskan kulit ngaku sehingga betul2 bersih. Kulitnya nipis saja. Tak perlu dibuang bahagian atas yang macam jambulnya tu untuk memudahkan semasa proses menyagatnya nanti
  2. Sagatkan menjadi kepingan2 nipis, pegang bahagian atas jambul & sagat perlahan2, hati2 jangan sampai tercedera tangan...
  3. Rendamkan di dalam air sehingga selesai kesemuanya, toskan
  4. Panaskan minyak secukupnya, minyak mestilah betul2 banyak & mencukupi
  5. Apabila minyak sudah betul2 panas, masukkan kesemua ubi ngaku yang siap disagat dan gorengkan sehingga betul2 garing, tapi jangan sampai terlebih garing nanti tak sedap pulak..
  6. Angkat dari minyak & toskan. Kemudian bolehlah ditaburkan sedikit saja garam halus jika suka. Akak letak sikit saja untuk menaikkan rasa lemaknya.

Sunday, January 8, 2012

GRILLED CHICKEN CHOP


Assalamualaikum buat semua dan semoga anda semua berbahagia selalu disamping keluarga tercinta. Selesai je solat Isyak terus online sebab ada resepi yang dihajatkan. Sementara tu dapat jugak mengupdate n3 disini. Grilled chicken chop ni dibuat sempena birthday hubby pada 01-01-2012 yang lalu. Takde birthday cake nampaknya sebab sepanjang December dah jenuh makan macam2 kek. Selalunya kalau kek2 birthday yang manis2 ni pun hubby tak berapa nak layan, begitu juga dgn akak.

Resepi ni akak dapat dari dapur Wana @ Potret Kasih. Waktu ternampak resepinya tu memang dah terasa2 kesedapan chicken chop ni, apalagi bila digrillkan sehingga garing, memang happening la sangat! Anak2 makan pun tak cukup satu, dan sememangnya akak dah buat extra untuk depa semua. Untungkan bila buat sendiri ni boleh makan sampai puas, dari segi rasa pun dah tentu sedap apalagi air tangan emak yang memasaknya...ceewahhh (puji lebih2 pulak, jgn marahhhh..) 

Okay lah, buat peminat2 chicken chop macam akak sekeluarga boleh la mencuba resepi di bawah ni yang akak copy dari dapur Wana. Thank you so much to Wana for sharing this recipe. Selamat mencuba  :))



  • 1 ekor ayam  ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam –  dapat 4 keping )
  • 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu makan kicap masin
  • 1 sudu makan jus limau
  • 1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
  • 1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)

Cara Penyediaan

  1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
  2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je  lebih mudah!

Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam

  • 1 labu bawang besar ( potong dadu)
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
  • 1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
  • 1 sudu makan sos tomato atau sos chili
  • 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
  • 1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
  • Sedikit garam

Cara membuatnya

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.


Friday, January 6, 2012

KURMA TULANG DAGING LEMBU


Assalamualaikum....Sekejap saja dah hampir seminggu kita berada di tahun 2012 . Emmmm....2012,  suka la nombor ni..cerrr kita campurkan 2 + 0 + 1 + 2 = 5 !!! Saja2 nak citer, akak sememangnya suka sangat nombor 5. Kalau ada yang suruh pilih dari no 1 ke 10 pasti no 5 jadi pilihan hati. Kebanyakan tarikh berkaitan diri akak pun akan berbalik pada nombor 5. Contohnya.......

Akak dilahirkan pada 23 hb...2 + 3 = 5....lahir bulan Mei @ 5. 
Anak yang ke 5 dari 5 adik beradik, yg bongsu ok! Manja??? Owh...sudah tentu, sgt2 manja tapi bertempat & so jgn ada orang yg berani nak marah2 anak manja ni tau especially jika xde sebab...(reminder nih..haha :)) 
Bertemu jodoh pada 14hb... 1 + 4 = 5, pada bulan Mei @ 5. 
Sekarang telah pun dikurniakan cahayamata seramai 5 orang, hero2 semuanya... :) :))

Ni hanyalah suker2 je tau, jgn sangka yg bukan2, yg karut marut pulak ok! Kesimpulannya akak rasa excited jugak melangkah ke tahun 2012 ni...walaupun akak memang takde la celebrate new year pun.. ;).. Insya Allah, langkah kali ini lebih berhati2 & yang paling utama mohon perlindungan & pertolongan Allah sentiasa. Minta dijauhkan dari manusia yang berhasad dengki & spesis yang tak boleh tengok orang lain hidup senang.   

Tengok gambar masakan akak kali ni, ada tak yang suka? Yang tak suka pulak ada tak? Inilah salah satu masakan yang akak sangat2 suka memasaknya iaitu kurma. Kali ini akak masak kurma dari tulang lembu, tapi memang banyak isi dagingnya jugak. Kalau nak beli tulang tu pilih la yang ada banyak isi dagingnya baru lah puas dpt makan, cerr kalau tulang semata2, apahal la pulak nak makan nanti kan! Baru2 ini akak pun ada memasak kurma kambing untuk kenduri aqiqah cucu sulung Penghulu Tapah. Kalau customer request menu kurma, haiii senyum sampai ke telinga la akak sepanjang hari..Jengok2 la resepinya di bawah yea...selamat memasak!



 BAHAN BAHANNYA

  • 1 1/2 kg tulang lembu berserta isi daging
  • 3 sudu besar rempah kurma 
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
  • 3 biji tomato (dibelah 4 setiap satunya)
  • 2 tangkai cili hijau (dibelah tengah x putus)
  • 5 biji ubi kentang (dikupas kulitnya & dipotong 4 setiap satu)
  • 1 batang lobak merah (dikerat2 & potong memanjang)..kali ni akak lupa nak letak!
  • 1 serai dititik (x letak pun x mengapa)
  • 1 labu bawang besar (dikupas & dibelah 4)
  • Sebiji kelapa = 1 liter santan sederhana pekat
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula (jika suka)

BAHAN PENUMIS
  • 6 ulas bawang merah dihiris nipis
  • 4 ulas bawang putih dihiris nipis
  • Halia sebesar ibu jari dihiris nipis & diracik halus2
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 cm kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 pelaga & 4 bunga cengkih

BAHAN KISAR
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
- Hiris2kan biar agak kecil & kisarkan bersama 1/2 cawan air sehingga lumat

CARA MEMBUATNYA

  1. Bersihkan tulang lembu dan rebuskan dengan air secukupnya sehingga betul2 empuk
  2. Panaskan 5 sudu besar minyak masak, tumiskan bahan2 penumis sehingga kegaringan & naik aromanya
  3. Masukkan pula bahan2 kisar dan kacau2kan sebentar. Sementara itu, campurkan rempah kurma dgn serbuk jintan manis & jintan putih dengan sedikit air sehingga menjadi pes. Masukkan pes kurma ini ke dalam periuk tadi dan biarkan rempah agak garing sambil dikacau2kan
  4. Apabila sudah garing, masukkan tulang lembu bersama2 baki air rebusannya, gaulkan biar sebati & mesra dengan rempah2nya, masakkan sebentar
  5. Masukkan pula santan, biarkan ia merenih perlahan2 sambil dikacau2. Tambahkan ubi kentang, biarkan ia agak empuk, diikuti dengan tomato, cili hijau, lobak merah & bawang besar, kacau2kan
  6. Yang terakhir, masukkan garam secukup rasa & gula jika suka. Sesuaikan dengan citarsa masing2, biarkan ia mendidih dan bolehlah ditutup api serta siap untuk dihidangkan

Thursday, January 5, 2012

RINDUNYAAA........


Assalamualaikum pembuka bicara setelah agak lama tak bersiaran di sini. Semoga kita semua sentiasa diberi keberkatan & dilindungi Allah selalu didalam menjalani kehidupan sehari hari. Ketiadaan akak dengan n3 terbaru disini agak lama juga kali ini. Sepanjang cuti yang lepas akak mendapat tempahan demi tempahan katering yang boleh dikatakan tak putus2 jugak.

Ada untuk kenduri kawin, kenduri balik dari menunaikan haji, kenduri naik buai dll..Ada sekali tu kena memasak untuk kenduri 2 hari berturut2, tak tidur malam dibuatnya. Memang penat tapi seronok jugak dapat pengalaman sebegini kerana dengan pengalaman inilah kita dapat pergi melangkah lebih jauh lagi, Insya Alllah...Petang tadi pun  baru selesai memasak untuk tempahan dari Tapah Road. Alhamdulillah, rezeki di bidang katering nampaknya...

Kalau tengok tajuk RINDUNYAAA, memang akak rindu nak berblog semula. Hanya orang yang ada blog yang tahu rindunya tu kan!! Dengan berblog ni bagi akak la kan dapat meningkatkan daya kreativiti seseorang dalam apa jua bidang yang dipilih atau diminatinya. Rindu jugak nak bw ke dapur2 sahabat. Insya Allah, nanti nak jalan2 jenguk dapur la pulak, jangan marah yea kalau nanti akak geledah dapur anda semua..haha...

Selain itu, akak jugak sangat2 rindukan anak akak yang dah masuk sekolah asrama baru2 ini. Dah 3 hari tak dengar gelak tawanya yang special bunyinya tu, teringat2 dia suka letak kepala atas peha mama bila tengah duduk di sofa. Bila memasak pun terasa sedih bila mengenangkan anak yang sorang tu tak dapat merasai masakan yang disukainya...emmmm mcm2 lagilah gelagat anak yang bermain2 di mata.

 Begitulah perasaan seorang emak & akak pasti semua ibu2 berperasaan begini bila terpaksa berjauhan dengan anak2 kan! Semoga Wajdi dapat mengekalkan rekod akademik terbaiknya di sekolah menengah pula.



Oklah, berbalik pada gambar ni pulak adalah cupcakes pertunangan yang sempat akak buat di musim cuti sekolah baru2 ini. Tempahannya berupa cupcakes hantaran, kek steam buttercream & puding. Ada jugak beberapa kek lain yang akak buat atas permintaan dalam kesibukan musim cuti sekolah.


Teknik yang baru dipelajari, buat bunga ros tanpa guna kon. Bila buat deko atas kek hati berbunga2 cerianya seperti bunga ros itu...:))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...