Wednesday, December 14, 2011

BOM KELEDEK


Assalamualaikum....Di petang2 begini mungkin ada yang tengah sibuk di dapur membuat juadah untuk minum petang. Bagi akak, untuk makan2 waktu petang memang banyak pilihan sebab waktu cuti sekolah ini akak dah frozenkan banyak jugak kuih yang dibuat sendiri. Antara stok kuih muih yang masih berbaki dalam freezer tu adalah kuih bom keledek ni. Selain dari itu, ada juga kuih karipap, cucur badak & roti canai. Senang la sikit kerja bila ada kuih muih frozen.

Sewaktu anak2 masih kecil2 lagi, kuih sebegini memang tiada dalam list hidangan kat rumah. Sekiranya akak & hubby teringin kami akan beli saja. Depa tak suka semua kuih yg ada bijan2, inti2 kelapa, jangan harap la anak2 akak nak makan. Itu time dulu2, sekarang bila dah meningkat remaja, semua depa dah reti makan. Ni pun tinggal lagi 2 orang lagi anak2 yang masih kecil, 5 & 8 tahun tu, sama jugak mcm abang2 depa dulu tak reti makan kuih sebegini.

Resepi kuih bom keledek ni akak salin dari koleksi buku Senangnya Memasak Kuih Muih Bersama Chef Hanieliza.  Resepi yang cukup ringkas & mudah difahami. Yang paling penting dijamin sedap. Memang berbaloi beli kesemua buku Senangnya Memasak kak Liza. Terima kasih banyak2 diucapkan buat Kak Liza.. :)


BAHAN BAHANNYA

  • 500 gm ubi keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan bijan
  • 1 sudu kecil garam
  • Minyak secukupnya bagi menggoreng
BAHAN INTI
  • 1 cawan kelapa parut muda
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan air
CARA MEMBUAT INTI : Kacaukan kesemua bahan inti dengan api sederhana sehingga pekat. 


CARA MEMBUATNYA

  1. Ubi keledek di buang kulit dan di potong kecil2. Rebuskan dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Toskan lebihan airnya.
  2. Lumatkan keledek dan gaulkan dengan tepung sehingga betul2 sebati.
  3. Masukkan kesemua bahan inti ke dalam kuali dan masak sehingga kering.
  4. Leperkan adunan keledek dan masukkan satu sudu kecil inti diatasnya.
  5. Uli/bentukkan ia menjadi bebola kecil dan golekkan di atas bijan. Tekan2kan dengan telapak tangan supaya bijan melekat kuat & tak tertanggal semasa digoreng
  6. Goreng dengan api sederhana sehingga warna bijan menjadi kuning keemasan.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba... :))

Tuesday, December 13, 2011

KETAM KARI MASALA


Assalamualaikum & Salam sejahtera buat semua yang sudi menghadirkan diri di sini. Didoakan mudah2an anda semua didalam keadaan sihat & membahagiakan disamping keluarga tercinta. Musim cuti sekolah ni tentu suri rumah atau yang bukan suri rumah pun masing2 sibuk melayan karenah anak2 yang sedang bercuti. Semoga anak2 kita banyak mendapat manfaat dalam cuti sekolah ni & mudah2an cuti sekolah ni tidak berlalu dengan sia2 sahaja..

Ketam adalah menu kegemaran anak2 akak. Dah tak tahu nak masak apa, sekali nampak ada lagi stok rempah garam masala, so akak pun masak style kari begini. Masakan yang simple tapi tetap menambat selera seisi keluarga..ceewahhhh! Akak tambah potongan nenas supaya keluar rasa masam2 & manisnya pada kuahnya nanti. Oklah tanpa membuang masa di bawah ni adalah resepinya...Selamat mencuba... :))


BAHAN BAHAN

  • 10 ekor ketam
  • 1 sudu besar garam masala       )
  • 2 sudu besar rempah kari ikan ) campurkan & jadikan pes
  • 1/2 sudu besar serbuk cili         )
  • 1/2 cawan air                          )
  • 1 mangkuk santan pekat dari 1 biji kelapa
  • 1/2 biji nenas dibuang kulit & dipotong kepingan kecil
  • 3 tangkai cili hijau dibelah tengah
  • 5 tangkai cili padi diketuk2
  • 2 biji tomato dibelah 2 setiap satunya
  • 1 sudu besar gula
  • Garam secukupnya

BAHAN2 PENUMIS
  • 3 ulas bawang merah dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 2 cm halia dihiris nipis
  • Rempah 4 sekawan ( 2cm kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 pelaga & 4 cengkih)

BAHAN2 KISAR
  • 1 labu bawang besar
  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia

CARA MEMBUATNYA
  1. Ketam yang telah disiang, dibersihkan. Keluarkan semua bahagian sepitnya, ketuk2kan seluruh bahagian perlahan2 dan kopekkan isi ketam dengan cermat supaya tidak hancur. Buat begini untuk memudahkan memakan isinya. 
  2. Panaskan 3 sudu besar minyak masak, tumiskan kesemua bahan penumis sehingga agak garing, kemudian masukkan pula bahan2 kisar & kacau2kan sebentar
  3. Masukkan pula pes rempah2 dan hendaklah dikacau2kan biar sebati dengan bahan2 kisar, biarkan sebentar sehingga agak garing rempahnya & naik aroma
  4. Diikuti pula dengan ketam, jangan masukkan isi yg dikopek dari bahagian sepitnya dulu yea, nanti hancur pulak. Kacau2kan ketam biar sebati dengan rempahnya, baru dimasukkan pula santan pekat. Kacau lagi biar sebati
  5. Apabila santan agak mendidih, masukkan cili hijau, cili padi & buah tomato, biarkan ia mendidih perlahan2 & apabila kuah menjadi pekat baru masukkan pula, kepingan nenas dan isi ketam, tak perlu dikacau2 sangat
  6. Yang terakhir, masukkan gula & garam secukup rasa, kacau2 perlahan2 & apabila mendidih lagi baru ditutup apinya & sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, December 6, 2011

KUIH DADAR DURIAN


Assalamualaikum....Pagi2 lagi dah sampai disini.Nampaknya kesibukan akak dengan macam2 hal dah semakin reda. Cuma masih ada beberapa je lagi yang perlu disettlekan dan baru boleh tarik nafas lega. Alhamdulillah, kali ini langkah diatur dengan lebih berkeyakinan berbanding dulu. Iyaaa...belajar melalui pengalaman, sesuatu yang amat berharga!!!

Kalau sesiapa yang tak tahu, kuih dadar durian ni tersangatlah sedap tau. Akak sempat salin resepi ni dari Kak Wan @ Resipicitarasawan sewaktu bw tengok swiss roll zirafah tempohari. Dari adunan tu akak dapat 12 kuih dadar. Dadarnya bila bercampur inti durian tu sangat2 la lazat tak terkata, almaklumlah kan, dah memang peminat durian.

Resepinya akak C & P untuk dijadikan future reference. Terima kasih diucapkan buat kak Wan kerana berkongsi resepi yang sangat lazat ni....Bagi peminat durian apakata try resepi yang sangat sedap ni sebab rugi rasanya kalau tak cuba. Selamat mencuba!!!


SUMBER : KAK WAN @ CITARASAWAN


Bahan Dadar
  • 100 gr tepung gandum
  • 1/4 sudu teh garam
  • 3 biji telur di pukul ringan
  • 250ml susu cair
  • 1 sudu besar mentega cair
  • beberapa titik pewarna kuning / hijau
Inti Kastard Durian
  • 250ml susu cair
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 kuning telur
  • 150gm isi durian

Cara-cara :

  1.  Satukan bahan dadar dan whisk hingga rata, kemudian tapis.
  2. Panaskan kuali non-stick kecil tanpa perlu meleserkannya dengan minyak, ambil satu sendok adunan dan buat dadar yang nipis.  Pastikan setiap kali menuang adunan, kuali di angkat dari dapur supaya tidak hangus.
  3. Biarkan bahagian bawah masak, kemudian terus angkat dan terbalikkan dengan permukaan yang licin berada di bawah.  Buat hingga habis.
  4. Letak 2 sudu kecil inti di tengah dan lipat seperti membuat lepat dengan permukaan yang licin di bahagian luar.

Inti :  Larutkan tepung jagung dan susu segar hingga rata.  Kemudian satukan dengan bahan-bahan yang lain di dalam periuk dan masak hingga inti menjadi kental.  Sejukkan dahulu sebelum di isi ke dalam dadar.



Monday, December 5, 2011

BIRYANI KAMBING ISTIMEWA


Assalamualaikum semua.....Mudah2an kita sentiasa dalam lindungan Allah & diberkati didalam apa jua yang dilakukan. Insya Allah, niat yang baik pasti mendapat keredhaan dari Nya. Buat mereka yang suka berniat jahat, dengki mendengki sesama bangsa & agama, didoakan semoga satu hari mereka ini akan mendapat hidayah Allah. Kesian pun ada jugak pada golongan sebegini, pantang tengok orang Melayu nak maju sikit, mulalah depa tak senang hati, panas jiwa & raga kot...Menabur fitnah usah dicakaplah...biarkan ajelah depa2 ni kan! Jangan kita pun turut sama terikut2 perangai syaitan sebegini. Lebih baik kita jaga diri & peribadi, perbaikilah segala kelemahan diri sendiri kerana ada spesis tertentu ini nanti akan mencari2 kelemahan kita ini untuk menjatuhkan kita...Wallahualam....

Arini seronok rasanya sebab akak sempat nak singgah ke alam blog ni, actually tujuan asal untuk search resepi bubur Asyura. Bukannya tak reti memasaknya cuma nak mencari ilham & kelainan. Insya Allah, esok ada tempahan bubur Asyura di kampung hubby. Berbalik pada yang kat gambar tu adalah masakan kegemaran akak iaitu biryani kambing yang dimasak tak berapa lama dulu. Antara banyak2 masakan biryani, akak paling suka daging kambing. Cuma kalau makan tu jangan la makan banyak2 walau sesedap mana pun sebab nanti mengundang penyakit pulak, especially di usia sebegini..angka 4 dah muncul didepan... ;)  Seperti biasa resepinya ada dibawah ni yea, selamat mencuba bagi yang sudi....


BAHAN BAHANNYA
  • 2kg daging kambing dipotong kiub sederhana besar
  • 3 sudu besar rempah biryani ( dijadikan pes dgn mencampurkan sedikit air)
  • 1 labu bawang besar dihiris nipis
  • 4 sekawan - 2cm kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 buah pelaga & 4 cengkih)
  • 2 helai daun pandan ( dicarik & disimpulkan kemas)
  • 1 cawan yogurt
  • 6 tangkai cili hijau dibelah tengahnya
  • 3 biji tomato dibelah 4 setiap satu
  • 2 sudu besar minyak sapi Ghee
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa

BAHAN2 UNTUK DIKISAR BERSAMA2
  • 15 ulas bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 6 biji buah gajus
  • 2 tangkai daun ketumbar (dgn batangnya sekali)

CARA MEMBUATNYA
  1. Gaulkan sebati daging kambing dengan 2 sudu besar tepung, tujuan untuk menghilangkan bau (sekiranya ada), cucikan daging bersih2 lalu ditoskan sebentar
  2. Panaskan minyak sapi & minyak masak didalam periuk yang bersesuaian, tumiskan bawang hiris, rempah 4 sekawan & daun pandan sehingga agak layu
  3. Diikuti pula dengan bahan2 yang dikisar bersama dan pes rempah biryani, kacau2kan biar sebati dan agak garing serta naik aromanya
  4. Masukkan daging kambing dan kacau2kan terlebih dahulu biar sebati dengan rempahnya. Apabila sudah sebati masukkan 1/2 liter air dan biarkan daging kambing merenih sampai empuk
  5. Setelah agak empuk, masukkan cili hijau, tomato dan yogurt dan kacau2kan lagi. Biarkan lagi dimasak sehingga cili & tomato hancur & sebati dalam kuah rempahnya
  6. Yang terakhir kita masukkan gula dan garam secukupnya dan masak lagi sehingga agak pekat kuahnya. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...