Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI BUAT SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM DI SELURUH DUNIA

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Maaf Zahir & Batin
Dari Azlina Sekeluarga @ Terminal Hijrah


POPIA BERSIRA PEDAS




Assalamualaikum semua, sempat lagi akak nak tayang popia pedas hasil resepi dari dapur Mas ni. Akak buat bersama anak2 semalam lepas iftar... bab menggulung kulit popia ni suka sangat la depa semua. Yang paling bongsu si Amsyar pun sibuk nak buat, kalau tak bagi menangis pulak. So, kami pun pakat buat beramai2.
 
Memang asyik rasanya bila mengadap popia pedas ni. Anak2 akak semuanya suka. Sebaik je siap depa berulangkali makan. Nasib baik buat banyak...Bagi sesiapa yang teringin nak rasa kerangupan popia pedas ni silalah cuba resepinya dibawah ni yang akak copy dari dapur Mas, terima kasih yea sebab sudi berkongsi resepinya. Anda juga boleh klik di SINI <<
 
 
Resepi : MasDuniaku
 
Bahan :
  • 1 bungkus besar kulit popia 
  • 1 biji telur - pukul sikit @ bancuhan tepung gandum pun boleh
 
Bahan untuk sambal :
 
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 biji sederhana bawang besar - dikisar
  • 1 ulas bawang putih - dikisar
  • sedikit udang kering - tak nak letak pun tak pe
  • garam secukup rasa
  • sedikit kiub ikan bilis
  • 5 sudu besar gula                              
 
Bahan sampingan :
  • ikan bilis - basuh, toskan dan goreng garing
  • kacang tanah - goreng tanpa minyak
  • bijan - goreng sikit tanpa minyak


Cara membuatnya :
  1. Ambik sehelai kulit popia dan gulung, kemudian lekatkan dengan telur @ bancuhan tepung gandum.
  2. Kemudian gunting serong - serong hingga habis dan goreng dalam minyak penuh hingga warna keperang - perangan.
  3. Angkat dan toskan sebentar. Jangan biarkan terlalu lama diluar. Sesudah habis goreng semua popia terus buat sambal.
  4. Tumis semua bahan2 kisar dan masukkan garam secukup rasa dan kiub ikan bilis, kacau, masukkan gula dan kacau lagi, biar hingga pekat dan gula hancur, tutup api dan terus tuang popia yang digoreng tadi, kacau sebati...masukkkan juga ikan bilis, kacang tanah dan tabur bijan jika suka. 
  5. Biarkan sejuk sebentar dan terus simpan dalam bekas bertutup rapat.

Sunday, August 28, 2011

CORNFLAKES MADU



Assalamualaikum...Bertemu kembali dengan cornflakes madu yang akak buat semalam. Dah beberapa tahun tak buat, sekali tu bila jenguk dapur Yatie ternampak cornflakes madu ni baru akak teringat nak membuatnya. Waktu dulu2 akak buat takde ikut sukatan, main agak2 je banyak mana nak letak. So, kali ni akak cuba resepi Yatie. Hasilnya memang sedap & rangup sangat. 
 
 
Resepinya akak letak di sini, copy dari dapur Yatie. Terima kasih daun keladi yea.. :) Bagi sesiapa yang nak mencubanya boleh lihat resepinya di bawah ni atau pun boleh juga klik SINI <<

SUMBER :  YATIE MEMORIES

Bahan A
  • 125 gm butter
  • 1/2 cwn brown sugar
  • 1 cawan madu
Bahan B
  • 1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
  • 1 cwn kismis
  • 1 cwn badam cincang panggang/gajus
Hiasan
  • Mangkuk kertas kecil
  • Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil
Cara-Cara
  1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata.
  2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
  3. Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
  4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Friday, August 26, 2011

KERABU MANGGA BILIS


Assalamualaikum...Sudah tentu ramai yang sedang sibuk berkemas & bersiap2 untuk pulang ke kampung masing2 sempena hari raya nanti. Pasti ada yang sudah dalam perjalanan menuju ke destinasi masing2. Diharapkan anda semua memandu dengan berhati2 dan ingatlah yang tersayang. Bagi akak nak balik kampung hanya ambil masa 20 minit saja. Jadi tak perlu bersiap bagai nak rak. Nak ulang alik 2-3 kali sehari pun boleh. Walau bagaimana pun, persiapan tetap ada dari segi biskut raya, kek dll yang serba sederhana untuk diberikan untuk bonda tersayang..

Oklah, actually kan agak lama nak makan kerabu mangga ni. Dah beberapa kali beli mangganya tapi tak terbuat2 sampai la mangga jadi masak. Kali ni beli mangga terus je buat. Seperti yang dijangkakan yang makan kerabu ni hanyalah akak & Yuni. Sedap kerabu ni tau...tak caya cubalah buat yea, tengok resepinya di bawah ni ok! :)

BAHAN BAHAN
  • 2 biji mangga separuh masak dihiris & potong memanjang
  • 1 bunga kantan dihiris halus
  • 2 ulas bawang merah dihiris halus
  • 5 biji cili padi dihiris halus
  • Segenggam ikan bilis digoreng garing
  • 2 sudu besar kacang tanah digoreng & ditumbuk 
  • 2 biji limau kasturi (diperah & ambil jusnya)
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1/2 sudu besar gula
CARA MEMBUATNYA
  1. Campurkan kesemua bahan2 kecuali kacang tanah & ikan bilis ke dalam mangkuk dan kacaukan biar betul2 sebati
  2. Masukkan kacang tanah yg ditumbuk dan ikan bilis goreng apabila sudah masanya untuk dimakan (maksud akak bila dah hampir waktu berbuka la kan..) supaya tetap rangup. Sedia untuk dihidangkan



Thursday, August 25, 2011

BISKUT SAMPERIT JANTUNG HATI


Assalamualaikum...Nyaman sungguh rasanya petang ni, hujan gerimis turun tak henti2 dari awal petang tadi, Alhamdulillah. Sambil2 memasak tu sempat la singgah kejap sini untuk update biskut raya yang sempat akak buat petang semalam. Biskut ni sangat2 digemari oleh semua anak2 akak. Semalam lepas terawih semua berpakat makan biskut samperit ni beramai2. Macam tak boleh berhenti je tengok depa makan. Takpe2, memang mama dah buat lebih ni untuk anak2 tersayang yang dah lama request nak biskut ni.

Nak lama2 disini pun tak boleh, sebab tengah masak2 di dapur tuuu, nanti hangus padan muka aiii kan! Ok, untuk resepinya macam biasa ada di bawah ni. resepi ni adalah resepi yang akak gunakan sejak zaman anak dara lagi..... :)  
  

 BAHAN BAHANNYA
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 biji kuning telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (atau secukupnya)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Buah ceri untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA
  1. Pukul gula bersama mentega sehingga betul2 kembang
  2. Dalam bekas berasingan pukul kuning telur sebentar saja, lalu dimasukkan ke dalam adunan gula & mentega tadi, gaulkan biar sebati
  3. Masukkan esen vanuilla dan kacau2kan lagi
  4. Akhir sekali masukkan kesemua tepung2 yang telah dicampurkan bersama2 & diayakkan terlebih dahulu, kacau2kan lagi biar rata kesemua bahan
  5. Masukkan ke dalam acuan samperit berbentuk bunga dan tekan perlahan2 ke atas loyang pembakar
  6. Bakar pada suhu 170C selama 15 minit atau sehingga betul2 masak.
  7. Jika inginkan dua warna, asingkan sedikit adunan tepung dan campurkan dengan beberapa titis pewarna merah, setelah digaul sebati campurkan sedikit dengan adunan yang tidak berwarna barulah ditekan dengan acuan


Wednesday, August 24, 2011

IKAN TERUBUK PANGGANG SAMBAL KELAPA


Assalamualaikum...Ikan terubuk adalah salah satu ikan yang digemari di rumah ini. Memang agak susah nak jumpa ikan ni di pasar especially yang besar saiznya. Kalau yang bersaiz kecil tu rasanya kurang lemak. Ada jugak orang yang tak berkenan ikan ni disebabkan tulangnya yang berselerakan tu. Actually ada caranya untuk elakkan dari tulangnya. Cara yang biasa akak guna adalah dengan menarik bahagian ekor dan kepalanya dari arah yang berlawanan. Boleh dengar bunyi tulangnya waktu kita buat begitu. 

Biasanya kalau dapat beli ikan terubuk yang besar sebegini memang akak akan panggang cara ni. Dibelah bahagian tengahnya, dan disumbat dengan sambal kelapa cili padi. Memang asyik semasa memakannya. Tengok kat gambar di bawah ni, nampak tak telur ikan terubuknya..banyak betul telurnya tuuu! Sedapnya kalau dibuat telur ikan masin kan...tapi akak tak reti membuatnya, ada tak sesiapa nak tunjuk ajar?? :D


Macam biasa akak letakkan resepinya dibawah ni, mana lah tahu ada yang teringin nak cuba panggang ikan terubuk cara ni boleh lah mencubanya yea... :)

BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ikan terubuk disiang tanpa dibuang sisiknya
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • Sedikit kunyit hidup *
  • Belacan sebesar ibu jari *
  • 10 biji cili padi  *
  • 2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukupnya
CARA MEMBUATNYA
  1. Belahkan ikan terubuk dibahagian tengahnya jangan sampai terputus. Lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit dikeseluruhan ikan tersebut
  2. Tumbuk kesemua bahan yang bertanda * sehingga lumat, masukkan pula kelapa parut, garam dan gula dan tumbukkan kesemuanya sekali biar sebati dengan bahan bawang & cili tadi
  3. Keluarkan dari lesung batu dan campurkan perahan jus limau kasturi dan kacau2kan biar sebati
  4. Masukkan sambal kelapa ke bahagian dalam ikan terubuk sehingga penuh & padat
  5. Panaskan kuali leper, letakkan sedikit minyak dikeseluruhan kuali dan letak ikan di atasnya dengan api perlahan. Jika ada telur ikan, keluarkan dan letak atas kuali, tunggu ia masak baru dimasukkan ke dalam ikan semula
  6. Apabila sudah garing, terbalikkan ikan perlahan2 dan biarkan ia garing di kedua2 bahagian. Masak api perlahan ambil masa 40 minit untuk betul2 masak disebabkan saiznya yang besar tu. Apabila sudah masak, angkat dan hidangkan.


BISKUT CREAM CAL


Assalamualaikum...Biskut raya kali ini adalah resepi turun temurun dari emak akak. Setiap kali menjelang raya biskut ini mesti ada dalam list. Emak akak ni jenis yang rajin ke dapur. Kalau bab buat biskut raya ni setiap tahun mesti ada berbelas2 jenis kuih raya. Memang seronok bila ingat time dulu2 waktu buat biskut raya, tapi sekarang ni akak memang tak dapat nak ikut kerajinannya tu. Emak akak pun sekarang ni langsung tak buat kuih raya sebab dia sendiri pun dah tak sekuat dulu..

Oklah, bagi yang minatkan mentega kacang mesti suka makan biskut ni. Waktu membakarnya tu memang harum semerbak satu rumah. Bagi yang rasa teringin nak cuba membuatnya, resepinya ada di bawah ni..... :)

BAHAN BAHAN
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 1/2 cawan mentega kacang (peanut butter)
  • 1/2 cawan mentega
  • 2 biji telur ayam ( ambil kuningnya saja )
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh baking powder
  • Buah ceri merah secukupnya untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA
  1. Kacaukan gula dan mentega sehingga kembang, masukkan kuning telur dan esen vanila dan kacau lagi sehingga betul2 rata
  2. Masukkan mentega kacang dan kacau biar sebati, diikuti dengan tepung gandum (ayak terlebih dahulu) dan baking powder, gaulkan biar rata kesemuanya
  3. Adunan tepungnya hendaklah berderai, bukan seperti doh
  4. Ambil acuan dan sapukan dengan sedikit mentega dulu, kemudian penuhkan dengan adunan tepung tadi sehingga penuh, tekan2kan sedikit saja
  5. Panaskan oven pada 170C dan bakar selama 15 minit atau sehingga agak gelap warnanya
  6. Keluarkan dari oven dan telangkupkan serta ketuk biskut perlahan2 supaya keluar dari acuannya
  7. Letakkan ceri yang dipotong agak kecil sebagai hiasana dibahagian tengahnya


Tuesday, August 23, 2011

IKAN TILAPIA PANGGANG JINTAN BERSANTAN


Assalamualaikum...Tentu anda semua sedang sibuk menyiapkan biskut raya memandangkan tinggal beberapa hari je lagi hari raya Aidil Fitri akan menjelang tiba...Bagi akak memang sedang dalam proses menyiapkannya. Sepatutnya semalam dah siap 1 biskut tapi terlupa pulak nak ambil acuannya dari rumah emak. Petang semalam selepas dah siapkan semua bahan2 yang diperlukan di atas meja kerja, akak pun pi la cari acuannya dalam kabinet, cari punya cari tak jumpa2, rupa2nya acuan tu takde pun kat rumah...Ni gara2 excited sangat nak buat biskut raya la ni sampai acuan takde pun tak perasan...Akhirnya tersadai la projek biskut raya semalam.

So kat sini akak tunjukkan ikan tilapia yang akak panggang. Jemu sungguh dah nak makan ayam ni, tengok rupa ayam pun dah tak lalu...Ingatkan akak sorang je yang jemu rupa2nya anak2 pun sama...Bosan la mama hari2 makan ayam...kata Muzany yg 8 tahun umurnya tuu...Alhamdulillah reti pun bosan. Ikan ni akak panggang atas non stick pan je yang bersaiz besar, dilapik dengan daun pisang. Aroma dia waktu membakar memang menusuk lubang hidung tau...Manis je isi ikan ni sebab beli yang hidup2. Cicah dengan air asam...emmmm sedapnya diratah2...

Resepinya macam biasa akak letak di bawah ni, bagi sesiapa yang teringin nak buat ikan panggang selamat mencuba... :)

BAHAN BAHAN
  • 5 ekor ikan tilapia bersaiz agak besar
  • 8 ulas bawang merah kisar
  • 4 ulas bawang putih kisar
  • 1 inci halia kisar
  • Sedikit lengkuas kisar
  • Sedikit kunyit hidup kisar
  • 1 batang serai kisar
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu besar gula
  • Garam secukupnya
CARA MEMBUATNYA
  1. Ikan dibersihkan dan dikelar2kan sedikit.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bahan2 kisar sehingga naik aromanya
  3. Masukkan jintan manis & jintan putih dan kacau2kan biar sebati
  4. Apabila nampak agak garing, masukkan santan dan kacau2kan lagi
  5. Akhir sekali sesuaikan rasanya dengan gula dan sedikit garam, biarkan seketika sehingga kuah agak pekat dan tutup api
  6. Lumurkan ikan dengan kuah yang dimasak tadi dan perap kan 15 minit
  7. Sapukan non stick pan dengan sedikit minyak masak & lapik dengan daun pisang secukupnya. Letakkan ikan di atas daun pisang tu dan bakarlah sehingga ikan garing. Terbalikkan ikan perlahan2 dan sapukan lebihan kuahnya dan sambung bakar lagi sehingga ikan betul2 masak & garing
  8. Angkat ikan dan sedia untuk dinikmati bersama dengan air asam.
 

Monday, August 22, 2011

BISKUT SNOW ALMOND

Assalamualaikum...Bertemu di pagi hari Isnin dengan entry biskut Snow Almond yang akak buat semalam. Amboi sedapnya biskut ni, rasanya yang rangup, lemak2 kacang badam, tambah pula disalut dengan coklat memang sangat2 memuaskan hati semasa memakannya.

Buat 1 bancuhan dapat 98 biji. Akak guna cutter bulat yang agak besar ni, cuba kalau guna cutter yang kecil sikit mesti dapat lebih dari 100 biji. Resepinya akak ambil dari Noorma @ Cendana Kasih. Waktu akak BW, bila ternampak je biskut ni, terus akak salin resepinya tu. Terima kasih yea sebab sudi kongsi resepinya dengan akak..Suka sangat biskut ni... 

Akak copy resepinya di bawah ni untuk future reference akak & juga yang lain. Anda juga boleh klik SINI << yea....

Bahan-bahan

•250g butter
•90g gula halus 
•50g serbuk badam
•50g tepung ubi
•25g coffeemate
•25g nestum - kisar
•1sk esen coffee
•1 biji telur
•tepung gandum secukupnya (akak guna 400 g tepung gandum & 50 g tepung jagung)

Utk saduran
•Chocolate masakan - dicairkan
•breadcrumbs warna putih secukupnya


Cara-cara
•Pukul butter dan juga gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen kopi dan pukul lagi hingga berkrim.
•Masukkan badam kisar, tepung ubi, nestum dan coffeemate. Gaul menggunakan spatula.
•Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga tidak melekat di tangan atau boleh di terap.
•Bentukkan ikut suka samada terap menggunakan cutter, bentuk kiub atau bulat2kan.
•Bakar suhu 170-180 selama 15min atau hingga keperangan. Sejukkan atas redai.
•Cairkan coklat masakan secara double boiler. Celupkan kukis tadi. Kemudian golek2kan ke dalam nestum@breadcrumbs. Jika buat bulat2 bleh masukkan ke dalam paper cup yg comel2.
Simpan dalam bekas kedap udara


Sunday, August 21, 2011

BUAH KOLANG KALING ALAHAI SEDAPNYAAAA....


Assalamualaikum, setiap kali menjelang Ramadan buah kolang kaling ni pasti menjadi igauan. Semenjak kanak-kanak lagi akak memang tak pernah miss menikmati keenakan buah ini. Nama lain bagi buah ni biasa didengar orang panggil buah atap, buah kabong dan palm seed. Tahun ni susah betul nak jumpa buah ni. Kalau ada pun di Tesco Kampar tapi nampak macam tak berapa cantik buahnya..

Sewaktu ternampak hubby akak bawak balik buah ni semalam gembiranya hati aiiii.... Alhamdulillah, rezeki iftar malam ni...Cerr tengok buahnya tu beso2 gedabak, tak pernah lagi jumpa yg beso2 mcm ni.. Jangan kata akak, anak2 pun semua suka sangat buah yang hanya boleh jumpa setahun sekali ni. Agak mahal harga buah ni, mungkin sebab susah nak jumpa...macam yang di gambar tu RM 15.00.

Cara memasaknya senang je. Kot2 ada yang tak reti membuatnya boleh tengok di bawah ni yea... :)

BAHAN BAHAN
  • Buah kolang kaling
  • 1 liter air
  • 300 g gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • Perisa sirap ros secukupnya

    CARA MEMBUATNYA
    1. Buah kolang kaling dibersihkan terlebih dahulu
    2. Masak air bersama2 gula dan daun pandan sehingga larut kesemua gula
    3. Masukkan perisa sirap ros secukupnya dan biarkan air gula agak pekat diikuti dengan buah kolang kaling tadi dan biarkan ia mendidih sebentar.



    Saturday, August 20, 2011

    BISKUT SUJI BRUNEI


    Assalamualaikum...Ni lah biskut suji Brunei yang akak buat semalam. Rugi tak buat dari dulu sebab biskut ni sangat2 la sedapnya. Rangup, gebu & cair di mulut. Akak dah lama intai resepi ni di blog Cik Mat Gebu. Tengok ada juga resepinya dalam majalah. Tapi bila buat perbandingan rasanya yang Cik Mat punya resepi lebih mantap dari segi bahan2nya. 

    Lepas salin resepinya terus pergi beli bahan2 yang diperlukan. Senang buat biskut ni main gentel2 & salut2 aje. Satu bancuhan ni dapat 126 biji. Rasanya 16 biji dah masuk peyut masing2 semalam. Nampaknya balang biskut raya ni perlu disorok untuk elakkan dari habis sebelum raya..Mana nak sorok ehh??

    Bagi sesiapa yang teringin nak rasa keenakan biskut suji ni bolehlah mencubanya. Resepinya akak letakkan di bawah ni. Akak copy dari Cik Mat Gebu. Boleh jugak tengok di SINI << Terima kasih kerana sudi berkongsi resepinya :)

    RESEPI ASAL : HARLINA MAHDAR RN
    SUMBER          : DAPUR TANPA SEMPADAN CIK MAT GEBU

    BAHAN-BAHANNYA 

    • 200 gram minyak sapi
    • 100 gram lemak sayur @ shortening
    • 180 gram gula halus @ kastor
    • 100 gram cornflakes, kisar halus
    • 1 kuning telur
    • 80 gram suji (semolina)
    • 80 gram tepung jagung
    • Tepung gandum secukupnya @ 370 g

    BAHAN SALUT 
    • Nestum yang dikisar halus secukupnya
    • Susu tepung secukupnya
    • Sedikit gula aising (yang ni terpulang, nak letak atau abai kan)

    CARA MEMBUATNYA
    1. Putar minyak sapi, shortening dan gula halus hingga rata. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati dan rata.
    2. Perlahankan kelajuan, masukkan suji, tepung jagung, cornflakes kisar dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut (mat guna anggaran tepung 370 gram).
    3. Ambil secubit adunan dan gentel sebesar hujung ibu jari, susun dalam loyang pembakar. Akak timbang 8 g setiap satu biskut untuk dapatkan bentuk yang sama besar & kemudian dibulat2kan. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 20 minit atau hingga kuning keemasan.
    4. Biar kan sejuk atas dulang pembakar. Perlahan2 ambil biskut yang siap tadi dan golek-golekkan dalam bancuhan bahan salut tadi, isi dalam paper cup pilihan. 

    Friday, August 19, 2011

    DALCA ISTIMEWA ALA MAGHRIBI


    Assalamualaikum, Salam petang Jumaat yang penuh keberkatan. Tentu ramai yang sedang berada di dapur time petang2 begini. Sama macam akak juga, sambil2 memasak tu sempat juga jenguk2 mencari resepi. 

    Actually tengah dok mencari resepi biskut raya. Dah jumpa banyak sangat yang berkenan cuma bahan2 nya la pulak ada saja yang tak ada dirumah ni.

    Oklah, yang di gambar tu masakan dalca yang selalu akak buat jika ada tempahan nasi minyak. Lebih sedap jika gunakan daging kambing tapi disini akak gunakan daging ayam. 

    Untuk sesiapa yang teringin nak rasa dalca ala2 Maghribi ni boleh lihat resepinya di bawah ni. Resepinya dah akak ubahsuaikan sedikit ikut tekak tukang masaknya, selamat mencuba..... :)

    SUMBER : EDISI RAMADAN LEPAK BERSAMA MAWAR

    BAHAN BAHAN
    • 1 1/2 kg daging kambing (akak tukar ke ayam)
    • 2 cwn kacang dhal (direbus sampai lembut, 1/2 darinya dikisar hingga hancur)
    • Rempah penumis 4 sekawan : 
    • kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & cengkih
    • 5 ulas bawang merah dihiris
    • 3 ulas bawang putih dihiris
    • Sediit halia dihiris halus
    • 3 tangkai daun kari
    • 2 bawang besar kisar
    • 2 cm halia kisar
    • 4 ulas bawang putih kisar
    • 6 ulas bawang merah kisar
    • 2 sudu besar serbuk ketumbar
    • 3 sudu besar serbuk cili
    • 1 sudu besar jintanmanis
    • 1 sudu besar jintan kasar
    • 1 sudu besar rempah kari daging
    • 5 biji buah tomato dibelah2 setiap satu
    • 2 bji terung bulat dibelah 8 setiap satu
    • 1 batang lobak merah potong memanjang
    • 3 biji ubi kentang dibelah 4 setiap satu
    • 10 btg kacang panjang dipotong kecil
    • 1 capsicum hijau dipotong kecil
    • 4 biji cili hijau dibelah tengah
    • 2 keping asam gelugor
    • 1 mangkuk santan (dari sebiji kelapa)
    • 1 sudu besar gula
    • Garam secukup rasa
    CARA MEMBUATNYA
    1. Panaskan minyak dan tumiskan rempah 4 sekawan, bahan hiris & daun kari sehingga kekuningan
    2. Sementara itu, satukan serbuk cili, ketumbar, rempah kari, jintan manis & jintan putih dan campurkan dengan sedikit air, gaulkan sehingga jadi pes
    3. Masukkan semua bahan kisar dan pes rempah diatas dan kacau2kan biar sebati & tunggu hingga agak garing sedikit
    4. Masukkan kesemua kacang dhal diikuti dengan daging kambing atau ayam kacau2kan biar sebati dengan rempahnya
    5. Masukkan buah tomato dan 1 cawan air dan biarkan ia merenih sebentar sehingga daging kambing empuk, jika guna ayam sekejap saja sudah mencukupi
    6. Masukkan 1 mangkuk santan sederhana pekat, cili hijau & capsicum, kacau lagi, biarkan ia mendidih 
    7. setelah itu, masukkan sayur2an, yang keras dahulu baru dimasukkan sayur2 yang lembut pula
    8. Masukkan asam gelugur, garam & gula. Apabila semua bahan2 sudah sebati masaknya tutup api & sedia untuk dihidangkan


    Thursday, August 18, 2011

    BEGEDIL AYAM


    Tiba2 teringat pulak nak makan begedil ayam ni. Aisyyyy..ada2 je pulak teringat nak makan itu & ini. Nasib baik reti buat sendiri kalau tidak meleleh la air liur aiii sorang2..Buat begedil ayam ni petang tadi. Walaupun ketiadaan salah satu bahannya iaitu bawang goreng sebab dah tak sempat nak membuatnya. Biasanya rumah akak ni ada je stok bawang goreng yang akak buat sendiri, cari punya cari tak jumpa2 pulak bekas tupperwarenya tu...senang cerita tak yah letak laa...

    Cara membuat begedil ni memang sangat2 simple & mudah, rasanya semua orang dah tahu kan! Tapi disebabkan akak sangat2 rajin malam ni so akak type kan aje lah di sini yea...Ramadan tinggal beberapa hari je lagi, rebutlah sebaik mungkin!!!  :)

    BAHAN BAHANNYA
    • 2 ketulan isi ayam sederhana besar
    • 8 biji ubi kentang 
    • 1 sudu teh lada sulah
    • 3 sudu besar bawang goreng (akak tak letak...)
    • 3 tangkai daun bawang dihiris halus
    • 2 biji telur ayam
    • 2 sudu besar tepung jagung
    • Garam secukup rasa
    CARA MEMBUATNYA
    1. Goreng isi ayam sehingga cukup masak dan tumbuk ataupun kisar sehingga lumat
    2. Ubi kentang dipotong agak nipis, goreng sehingga masak dan lenyek atau tumbuk sehingga lumat
    3. Satukan kesemua bahan2 kecuali telur di dalam satu bekas
    4. Pecahkan sebiji telur dan kocak2kan sedikit lalu dimasukkan kedalam bekas tadi, gaulkan sehingga kesemua bahan betul2 rata dan sebati
    5. Bentukkan ia seperti yang dikehendaki sehingga habis kesemuanya
    6. Pecahkan sebiji lagi telur dan kocak2kan. Saluti setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak sehingga berwarna keemas2an. Angkat & toskan. Sedia untuk dinikmati.

    AYAM PERCIK SAMBAL YOGURT KETUMBAR


    Assalamualaikum...Set hidangan lengkap ayam percik sambal yang manis & cukup pedas beserta dengan nasi ayam & sup daging..Satu set murah je..kira2 RM 6.00, amacam boleh jual tak ni? ahahaa...Actually ni kita main masak2 untuk hidangan di rumah. Nak menambat selera anak2 waktu iftar terutama yang masih kecil2 ni sudah semestinya ada menu ayam. Dah depa tak reti jemu makan ayam nak buat camne...mama ikut kan je lah janji anak2 bahagia....

    Ayam percik ni rasanya manis, masam & agak pedas sebab akak campurkan sikit cili padi. Bagi sesiapa yang tak suka pedas abaikan saja cili padi tu, memadai lah dengan cili merah saja. Akak panggang seekor ayam yang bersaiz besar. Kecil ke, sederhana ke or besar macam mana pun ayam tu tetap habis sekali hadap saja. Iye lah kan, rakyat pun agak ramai, campur tolak semua ada 8 orang semuanya...Ditambah pulak dengan perangai suka meratah2 ni...

    Untuk resepinya boleh lihat di bawah ini. Bagi yang berkenan, selamat mencuba yea.... :)
      
    BAHAN BAHAN

    • Seekor ayam bersaiz besar dibelah 2 bahagian
    • 2 sudu besar cili kering kisar
    • 6 biji cili padi merah kisar
    • 10 ulas bawang merah kisar
    • 6 ulas bawang putih kisar
    • 1 inci halia kisar
    • 2 hirisan lengkuas kisar
    •  1 batang serai kisar
    • 2 biji tomato kisar
    • 3 tangkai daun ketumbar (dikisar dengan batangnya sekali)
    • 2 sudu besar yogurt
    • 2 sudu besar gula
    • Garam secukup rasa





    CARA MEMBUATNYA


    1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bahan kisar sekaligus, sehingga naik aromanya dan agak garing
    2. Masukkan kisaran ketumbar dan kacau2kan biar sebati, diikuti dengan yogurt sambil dikacau2 lagi
    3. Biarkan kuah sambal menjadi agak pekat, masukkan gula & garam secukupnya, kacau2kan & tutup api
    4. Letakkan ayam di dalam dulang pembakar, sapukan kuah sambal keseluruhan ayam dan perapkan 1/2 jam
    5. Sewaktu proses membakar ayam, sapukan kuah pada ayam sehingga habis kesemuanya
    6. Pada 30 minit yang pertama, keluarkan air ayam dari dulang pembakar dan sambung bakar semula
    7. Bakar pada suhu 200C selama 45 minit atau sehingga cukup garingnya
     
     

    BADAK BERENDAM LAGI, STYLE LAIN PULAK


    Assalamualaikum...Semoga semuanya sihat2 selalu didalam menjalani ibadah puasa, mudah2an puasa & segala amalan kita diterima Allah hendaknya. 

    Kuih badak berendam ni akak buat lagi sebab sambutan yang baik dari anak2. Tapi kali ni akak buat style lain pulak. Kali ni rasa dia lebih manis sebab di bahagian bawahnya tu akak taburkan dengan gula. Kemudian kukuskan sebentar & gula tu akan cair. Emmm...sedap tau. Ada jugak orang yang letakkan di dalam kelongsong daun pisang macam kuih tepung pelita tu tapi akak guna cara mudah saja sebab nak cepat..
     
     

    Resepi nya sama macam di SINI << cuma akak tambah lagi 1 sudu besar tepung beras dalam kuah santannya & tak letak gula. Bila dah masak sampai pekat santan tu akak curah dalam bekas yang dah siap tersusun bebola2 yg dibawahnya akak taburkan siap2 gula macam dalam gambar di bawah ni....Kukus selama 20 minit.
     

    Wednesday, August 17, 2011

    SUP DAGING TETEL


    Assalamualaikum....Kadang2 kita boleh terlupa memasak sesuatu yang sangat kita suka. Macam la sup daging ni, sememangnya favourite akak ni tau tapi dah lama betul tak memasaknya. 

    Memang puas dapat makan sup daging ni. Akak kalau nak buat sup daging suka bahagian tetel yang ada lemak2 manja macam ni..Sengaja akak buat sup yang tak berapa pekat kali ni. Lepas ni tak tahu la bila pulak akak akan masak lagi sup daging tetel. Sememangnya akak cuba mengelak dari selalu makan daging especially bahagian lemak2 ni..emmmm maklumlah usia dah meningkat memang kena berjaga2..

    Resepi sup daging ni biasa2 saja..Tapi resepinya akak letak la jugak di bawah ni yea...

    BAHAN BAHAN
    • 1 kg daging tetel dipotong kecil & direbus agak empuk
    • 1 sup bunjut
    • 1 sudu teh serbuk rempah sup
    • 3 ulas bawang putih dihiris nipis
    • 2 ulas bawang putih dihiris nipis
    • sedikit halia dimayang halus
    • Rempah 4 sekawan (1 kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 pelaga & 4 cengkih)
    • 8 ulas bawang merah dikisar
    • 5 ulas bawang putih dikisar
    • 1 inci halia dikisar
    • 2 batang serai diketuk
    • 1/2 sudu teh lada hitam kisar
    • 2 biji tomato dibelah 2 setiap satu
    • 3 biji ubi kentang dikupas & dipotong 4 setiap satu
    • Garam secukup rasa
    • Daun sup & daun bawang secukupnya dihiris halus
    • Bawang goreng
    CARA MEMBUATNYA
    1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan2 hirisan, serai dan rempah 4 sekawan sehingga kekuningan
    2. Masukkan bahan2 kisar, serbuk rempah sup & serbuk lada hitam dan kacau2kan, biar seketika sehingga naik aromanya
    3. Masukkan daging, air rebusannya & sup bunjut, tambah air jika tak mencukupi dan biarkan ia merenih agak lama supaya sebati rasanya
    4. Biarkan daging betul2 lembut baru masukkan ubi kentang dan biarkan ia empuk
    5. Masukkan tomato & garam secukup rasa dan biarkan ia merenih & mendidih sebelum ditutup apinya. 
    6. Taburkan daun bawang & daun sup serta bawang goreng di atas sup sebelum dinikmati.



    Tuesday, August 16, 2011

    TELUR BUNGKUS BERINTI AYAM


    Assalamualaikum buat semua yang sudi singgah disini, walau siapa jua diri anda amat akak hargai..terima kasih akak ucapkan walaupun sebenarnya akak sendiri dah beberapa hari tak sempat singgah sini atas beberapa urusan..hehe..macam la sibuk sangat kan..

    Salah satu yang menyumbang kepada kesibukan akak adalah aktiviti jahit menjahit akak...(ni berjangkit dari kerajinan kak Rosaliza kita tuuu..tapi akak jahit tak sebanyak kak Rosa cuma kesibukan tu yang mengalahkan Rizalman... 

    Bagi sesiapa yang minat menjahit ni pasti tahu keseronokannya. Bila kita dah mulakan dengan memotong kain tu, rasa macam tak nak berhenti selagi belum siap..betul tak? Betul3...Cadangnya nak kasi surprise la bila dah siap nanti baju ni..tu yang dok sorok2 kain tu takut ternampak...eh3...macam2 la pulak kan...

    Ok lah, telur bungkus tu permintaan rakyat di rumah ni yang sememangnya dah lama mintak akak buatkan untuk depa. Actually anak teruna sulung akak pun reti membuatnya tapi utk iftar ni bior mama yang buat..Buat pun last minute nasib baik sempat jugak...So, rakyat semua sangat2 berpuashati..lepas ni kena fikir nak buat apa pulak untuk makan lepas terawih nanti sebab petang tadi tak sempat buat kuih.

    Untuk resepi telur bungkus ni boleh lihat di bawah ni yea...Selamat berehat & beramal.... :)

    BAHAN BAHAN (dapat 2 telur bungkus)
    • 6 biji telur
    • 2 potong isi ayam bahagian dada
    • 1 labu bawang besar dihiris
    • 5 ulas bawang merah kisar
    • 3 ulas bawang putih kisar
    • Sedikit halia kisar
    • 1 sudu besar cili kering kisar
    • 1 sudu teh lada sulah
    • 2 sudu sos cili
    • 1sudu sos tiram
    • 1 sudu kicap cair
    • sayur campuran/mix vege secukupnya
    • 1 biji tomato dibelah 4
    • 1 sudu besar gula
    • garam secukup rasa
    CARA MEMBUATNYA
    1. Mula2 isi ayam dipotong ke bahagian yang agak kecil dan gaulkan denga sedikit lada sulah dan goreng dengan sedikit minyak sehingga masak, angkat dan ketepikan dulu.
    2. dengan lebihan minyak tadi tumiskan hirisan bawang besar sehingga agak layu & masukkan bahan2 kisar termasuk cili kering dan kacau2kan sebentar
    3. Masukkan sos tiram, sos cili & kicap cair dan kacau2 biar sebati, diikuti dengan sayur campuran, tomato, gula dan garam secukupnya
    4. Biarkan kuah memekat baru dimasukkan isi ayam tadi dan kacau2kan biar rata dengan kuahnya & tutup api. Angkat ke dalam mangkuk.
    5. Pecahkan telur ke dalam mangkuk yang sesuai dan masukkan 1 sudu susu pekat dan kacau2kan
    6. Panaskan non stick pan api sederhana, tuangkan sedikit minyak dan ratakan minyak kesekeliling pan
    7. Masukkan setengah dari telur tadi, ratakan biar betul2 nipis & memenuhi seluruh pan tersebut
    8. Apabila sudah masak perlahan api dan letakkan inti ayam tadi secukupnya ke atas telur tadi
    9. Lipatkan keempat2 bahagian sehingga tertutup bahagian inti didalamnya. 
    10. Padamkan api apabila sudah nampak agak garing dan telangkupkan ke atas pinggan. Buat satu lagi sama juga seperti tadi.  Selamat mencuba


    Friday, August 12, 2011

    SOTONG RANGUP BERSALUT TOMYAM


    Assalamualaikum....Sotong goreng ni akak buat untuk iftar semalam, menu kesukaan anak2. Dah selesai makan dengan nasi, depa berpakat meratahnya beramai2 pulak. Akak pun sengaja buat lebih, biar dapat diratah sambil dicicah dengan sos. Akak goreng pun dah hampir2 waktu berbuka, memang rangup sangat & sedap, especially rasa tomyam tu memang kena je dengan sotong ni.

    Ok, bagi sesiapa yang dah kehabisan idea nak masak apa dengan sotong boleh lah cuba buat sotong goreng ni, gerenti disukai ramai..Selamat mencuba.... :)


    BAHAN BAHANNYA
    • 12 ekor sotong (disiang seperti biasa & ditoskan)
    • 1 sudu besar serbuk lada sulah
    • 1 kiub pati tom yam
    • 1 sudu teh serbuk cili kisar
    • 3 sudu besar tepung beras
    • 1 sudu besar tepung jagung
    • 3 ulas bawang putih dikisar
    • Sedikit serbuk kunyit
    • Garam secukup rasa
    CARA MEMBUATNYA
    1. Potong sotong kepada beberapa bahagian. Masukkan ke dalam kuali dan biarkan sebentar sambil dikacau2 sehingga keluar air sotong. Angkat sotong, keluarkan dari airnya
    2. Lumurkan sotong tadi dengan serbuk kunyit & sedikit garam  sehingga betul2 rata
    3. Campurkan kesemua bahan2 lain diatas dengan sedikit air dan kacau biar betul2 sebati. Adunan agak pekat & jangan cair
    4. Gaulkan adunan tepung dengan sotong sehingga betul2 sebati dan perapkan selama 1/2 jam
    5. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga sotong berwarna keemasan dan garing
    6. Angkat & toskan minyaknya. Sedia untuk dihidangkan.
     

    Thursday, August 11, 2011

    BADAK BERENDAM


    Assalamualaikum...Agak lama tak makan kuih badak berendam ni, kali terakhir sampai dah tak ingat pun bila! Nampak ramai yang dah membuat kuih ni untuk iftar,  terus akak pun dah jadi teringin nak menjamahnya. So, bila dah teringin tu kenalah buat. Kalau nak beli di bazar Ramadan sememangnya ada tapi takkan sama dengan yang dibuat sendiri kan!

    Pencuci mulut yang manis ni akak buat semalam...Alhamdulillah sangat2 mendapat sambutan dari seluruh rakyat. Sekejap je dah abis, akak nak makan second round pun tak sempat. Emmmm, macam ni kena buat lagi nampaknya petang ni. 

    Terima kasih diucapkan kepada kak Besah @ MyResipi kerana berkongsi resepi kuih badak berendam ini. Akak salinkan semula disini untuk rujukan di kemudian hari. Jika ada sesiapa nak mencubanya boleh rujuk resepinya di bawah ini ataupun boleh klik di SINI <<


    BAHAN BAHANNYA (menghasilkan 20 biji)
    • 2 cawan tepung pulut
    • 1 1/2 cawan perahan air daun pandan
    • 1/2 sudu teh garam
    • Inti kelapa 

    CARA MEMBUATNYA
    1. Campurkan garam dan air daun pandan, masukkan ke tepung pulut sedikit demi sedikit & uli perlahan2 sehingga menjadi doh (tak perlu guna sampai habis air pandan sekiranya sudah mencukupi)
    2. Ambil doh sedikit dan bulat2kan dan letakkan inti kelapa di dalamnya, cantumkan tepung biar inti berada elok di dalamnya
    3. Isikan air dalam setengah periuk, tunggu sehingga mendidih & masukkan bebola tepung pulut tadi. Biarkan ia sehingga terapung sendiri 2-3 minit dan bolehlah diangkat
    4. Letakkan ia di atas plastik supaya tidak melekat2

    DADIH (KUAH SANTAN)
    • 2 1/2 cawan santan
    • 2 sudu besar tepung beras
    • 1/2 sudu teh garam
    • 3 daun pandan  (akak letak 2 je)
    • 1 sudu besar gula  (ni akak tambah)
    CARA MEMBUATNYA
    1. Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau diatas api sehingga menjadi betul2 pekat.
    2. Tuangkan kuah secukupnya ke dalam mangkuk yang berisi bebola tadi dan sedia untuk dinikmati.


    Wednesday, August 10, 2011

    AYAM MERAH MADU BEREMPAH


    Assalamualaikum buat semua yang hadir di sini..Si luncai dah terjun dengan labu-labunya! Biorkan...biorkan...siapalah akak untuk menghalangnya. Sekarang pasti si luncai dah tahukan..jika kail panjang sejengkal lautan dalam usah diduga...kelak yang susah diri sendiri & orang lain disekelilingmu juga akan mendapat tempiasnya....

    Menu ayam lagi nampaknya...Dah itu yang menjadi pujaan hati rakyat di rumah ni nak buat camne kan! Kalau sebelum ni masak kicap madu, kali ni masak merah madu pula & tambah rempah kari sikit biar berbeza rasanya. 

    Nak cerita sikit pasal berbeza rasa, kadang2 resepi yang sama tapi apabila dimasak oleh orang yang berlainan akan menyebabkan rasa masakan berbeza, tak sama..Inilah yang dikatakan -air tangan-. Jangan pulak disalahkan resepinya pulak. Ada juga sebab lain seperti cara memasak yang berbeza. Contohnya, jika menumis bawang kisar & cili, nak sedap mestilah dimasak agak lama,rempah juga mestilah tunggu sampai agak garing. Kadang2 ada juga orang yang tak faham sesetengah masakan perlu dimasak sampai pecah minyak tapi bagi masakan lain ada juga yang jangan sampai pecah minyak. Emmmm...akak cuma terkenang2kan si luncai, kesian2....Malu bertanya sesat jalan lah jawapnya! 

    Ok, dah nak masuk tengah malam nampaknya. Untuk resepinya ada di bawah ni yea...

    BAHAN BAHAN
    • 1 ekor ayam dipotong 14 bahagian
    • 12 ulas bawang merah dikisar
    • 6 ulas bawang putih dikisar
    • 1 inci halia dikisar
    • 1 batang serai dikisar
    • 3 sudu besar cili kering kisar
    • 1 sudu besar rempah kari daging
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 2 sudu sos tomato
    • 2 sudu besar madu
    • 1/2 cawan susu cair
    • 2 buah tomato dibelah 4 setiap satu
    • 1 sudu besar gula
    • Garam secukup rasa
    CARA MEMBUATNYA
    1. Lumurkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit & garam sehingga rata dan goreng seperti biasa. Angkat & toskan
    2. Kurangkan sedikit lebihan minyak tadi dan tumiskan semua bahan kisar sehingga naik aromanya
    3. Masukkan rempah kari dan kacau2kan biar sebati, tunggu rempah sedikit garing 
    4. Masukkan pula sos tiram, sos tomato, madu & susu cair, dikacau2kan 
    5. Biar kuah menjadi pekat baru masukkan belahan buah tomato, gula & garam secukup rasa
    6. Terakhir baru masukkan ayam yang sudah digoreng tadi dan gaulkan biar rata & sebati dengan kuahnya. Tutup api & sedia untuk dihidangkan.


    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...