Monday, February 28, 2011

DAH 15 TAHUN USIA SI TERUNA NI...

Assalamualaikum...28hb Februari 1996 adalah tarikh lahirnya anak akak yang sulung ni. Dah 15 tahun pun dia..Tengah malam semalam tetiba akak teringat saat2 kelahirannya. Maklumlah anak sulung & akak ni pon jenis tak tahan sakit, kena suntikan pon dah rasa mcm nak pengsan tengok jarum tu apalagi nak melahirkan anak. Ditakut2kan pula oleh kawan2 tentang saat2 melahirkan tu, eei ngerinya dihati pada masa tu...nak tergelak pula sekarang ni bila teringatkan hal 15 tahun sudah... Tapi, akak bersyukur kerana walau kesakitan melahirkan itu diibaratkan seperti antara hidup dan mati, tetapi Allah memudahkan akak kerana akak tidak perlu dijahit2 (mcm kain pulak daaa... :) 1 jahitan pon idak sedangkan itu adalah kelahiran yang pertama. 2 jam lepas melahirkan akak dah boleh duduk seperti biasa sehinggakan yang melawat akak pulak yang merasa hairan..Aik, dah boleh duduk, kata mereka...Petang dah pon balik ke rumah. Senangnya melahirkan anak ni rupanya...

Sekarang dah pon besar, dah jadi anak teruna pon. Seorang abang yang baikhati kepada adik2nya, sentiasa bersedia menolong mama menjaga adik, buatkan susu adik, pandai melayan adik2, pandai juga memasak walaupun sekadar telur mata kerbau, telur dadar, ayam goreng, mee segera, masak nasi pon dah pandai..oh ya mama lupa pulak, buat air milo pon pandai, sedap pulak tuu...hehe..Walaupun ada pembantu, pandai gosok baju sendiri. Kadang2 mama tengok baju pon basuh sendiri..mmm...Sampaikan mama tak terasa ketiadaan anak perempuan di rumah ni...Terima kasih Ya Allah, walaupun tidak dikurniakan anak perempuan tetapi dianugerahkan anak lelaki yang sentiasa menyejukkan hati...

Yang paling penting tak pernah sekali pon menyusahkan mama dengan meminta yg bukan2, kalau dah buat salah sentiasa datang pada mama sambil cium tgn mama, menangis & minta maaf...ha yang ni mama pon sama2 termenangis jugak....

Terima kasih sebab sentiasa ingin menjadi yang terbaik walaupun mama tidak pernah mengharapkan yang terbaik darimu...Dah lebih dari cukup sekiranya dapat membahagiakan mama & babah dengan peribadi yang baik & soleh...

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YG KE 15 BUAT ANAK MAMA,

AMIRUL SYAQIF @ ALONG

Kek harijadi sedang diusahakan..akan menyusul selepas ini... :))

Sunday, February 27, 2011

APAM PISANG...KENAPA LA APAM NI SEDAP SANGAT? :))


Assalamualaikum semua!!! Petang ni baru berpeluang ke sini setelah beberapa hari menyepikan diri lantaran kesibukan yang melanda. Alhamdulillah segala urusan tempahan katering sudah pun selesai dan Alhamdulillah kerana pihak yang menempah pun berpuashati dengan segala hidangan yang telah akak sediakan. 

Akak nak cerita about kuih apam yang kat gambo tu. Actuallykan, sebelum ni kuih apam bukan la kuih favourite famili akak, sebab tu la jarang buat kuih ni. Bila tengok ramai sangat yang dah buat apam labu di sana sini & bercerita tentang keenakannya timbullah keinginan nak cuba. Tapi memikirkan labu tu bukan makanan kegemaran anak2 akak pun tukarkan kepada pisang yang sememangnya diminati anak2. Seronoknya hati akak bila apam tu berjaya memikat selera anak2 akak...(mama & babah depa usah ditanya la...) Akak buat lepas Isyak, malam tu jugak habis kami kenduri apam anak beranak.

Resepi asal apam ni asalnya dari Madihaa. Terima kasih banyak2 yea Madihaa atas resepi apam yang tersangat lah sedap & gebu sehingga berjaya menawan hati anak2 akak yang sebelum ni tak minat apam. Terima kasih juga pada blogger masak2 seperti Yatie, Hana, Izah, Mas dll (maaf sesangat kalau tak tersebut nama disini) sebab mencetuskan keinginan akak untuk meng"apam" nie. 

Akak copy resipi ni dari Madihaa fotopages untuk future reference. 

Bahan2 A
  • 3 tbsp Tepong gandum
  • 2 tsp yis segera
  • 1 tsp gula kastor
  • 3 tbsp air suam
Bahan2 B
  • 200 gm keledek (dikukus) akak tukar ke 230 gm pisang
  • 150 gm gula kastor
  • 1 biji telur
  • 150 ml santan pekat
Bahan C (di ayak bersama)
  • 200 gm Tepong gandum
  • 1 tsp D.A.B. Powder (double action baking powder )
Cara2 Membuatnya
  1. Campurkan bahan2 A dan kacau sampai sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 min
  2. Campurkan semua bahan2 B dan dikisar halus.
  3. Masukkan bahan C ke dalam adunan yang dikisar sedikit demi sedikit dan dikacau rata.
  4. Masukkan pula bahan2 A dan kacau lagi hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam.
  5. Panaskan kukusan dan bolehlah dikukus apam tadi samada dlm loyang besar atau acuan kecil2 sehingga masak. (pastikan sapukan sedikit minyak masak pada dasar loyang atau acuan) Akak kukus selama 20 minit
Sengaja buat warna hijau ni untuk tarik perhatian anak2....


Alhamdulillah...anak2 sangat suka apam ni, gebu tersangat2....

Thursday, February 24, 2011

RENDANG PEDAS KERANG

Assalamualaikum...balik rumah kejap, baru kejap tadi angkat kain jemuran. Cadang nak terus lipat tapi bior le..tengah ada penyakit malazzz nih...Start besok sampai lusa akan kebizian semula memenuhi tempahan2 masakan. So, sekarang nak lazy2kan diri dulu sampai ke malam..eh eh sampai ke petang..no way le nak lama2 malas, banyak keja tgh menunggu tu... Rendang pedas kerang yang akak masak ni tersangat la pedasnya tau..sampai akak sendiri pon tak sanggup nak makan, apa lagi mr hubby n anak2 akak yg sememangnya kalah dgn kepedasan. Padan muka kan, bila time senduk cili kering kisar tu macam tak ingat apa dah...Actually masa tu akak tengah berfikir macam2, apa yg nak dimasak esok, apa yg nak dimasak lusa, apa yg nak dimasak tulat, macam tu la ceritanye...sampai la terlebih ceduk cilinya. Takpe lah, tak dpt makan tengok gambo pon jadi le...huhu :( BAHAN BAHANNYA
  • 2 kg kerang
  • 3 sudu besar cili kering kisar (akak dah terbabas 6-7 sudu kot...)
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 batang serai diketuk2
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus2
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan2 yang perlu dikisar bersama2 :

  • 10 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 6 biji bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 batang serai
  • 1 cm lengkuas
  • 2 biji buah keras
  • Sedikit kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA

  1. Masak air dalam periuk dan sebaik saja air mendidih masukkan kerang yang telah dicuci terlebih dahulu, tutup api sebaik saja dimasukkan kerang dan kacau2kan biar rata
  2. Angkat kerang, toskan dan boleh la dikopek keluarkan isi kerang
  3. Panaskan 3 sudu minyak masak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar, cili kering kisar & sebatang serai, kacau2kan sehingga garing dan naik baunya
  4. Masukkan santan pekat & kerisik, kacau2kan lagi
  5. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan kerang dan kacau biar sebati
  6. Tunggu kuah rendang menjadi agak pekat, baru masukkan asam gelugur, garam & gula secukup rasa yang diingini.
  7. Yang terakhir masukkan daun kunyit yang dihiris halus dan kacau2kan biar rata & sebati dan kuahnya menjadi agak kering barulah ditutup api & sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, February 23, 2011

DAGING SOS LADA HITAM

Assalamualaikum...Daging ni salah satu masakan tengahari tadi. Masak dalam suasana kelam kabut hari ni sebab ada la sorang tu dah terpotong jari, suruh potong ikan kering kok dipotong jarinya...pusing3...nasib baik ngak putus...kalau putus tak dapat la akak nak tolong sambungkan eh...Ada ke patut dah tau terpotong jari (sebab sendiri yg kuat angan2...) boleh selamba tunggu akak sampai utk settlekan masalah macam tu. Idak le reti nak bubuh ubat ke, apa ke...hai..macam la aii ni sanggup sangat nak tengok tangan berdarah2 tuuu...kushhh semangat tau! 

Tapi nasib baik la aii ni mulut je suka bising2 sikit tapi hati baik beb! (Perasan puji diri sendiri, boleh?? :))) Segera akak rawati jari yang terpotong itu, ku lumur dengan minyak gamat sebanyak2nya dan ku tekap2 dgn kapas..berhenti pon darahnya. Sambil2 tu membebel la jugak mulut akak ni kan! perkara wajib tu.... :) So finally, terpaksa akak rehatkan dia dari kerja2 berat sampai jari tu ok! Dan bermakna kerja akak menjadi2lah banyaknye...

Okaylah, jom kita tengok resepinya, selamat mencuba...
 
BAHAN BAHAN
  • 500 g daging dihiris nipis
  • 8 ulas bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • Sedikit halia *
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar tepung jagung (campurkan dgn 1 cawan air)
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 1 cili merah & 1 cili hijau dipotong memanjang
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat
  • 1 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
bahan * hendaklah dikisarkan bersama

CARA MEMBUATNYA
  1. Daging dihiris nipis dan direbus sehingga agak empuk
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau
  3. Masukkan sos tiram, sos lada hitam, serbuk lada hitam & kicap pekat manis dan kacau sebati
  4. Masukkan daging & air rebusannya dan biarkan ia merenih sebentar sambil dikacau2kan
  5. Masukkan campuran air tepung jagung tadi dan kacau2kan, kuah akan menjadi agak pekat
  6. Diikuti dengan cili merah, cili hijau , tomato & bawang besar, kacau2kan lagi biar sebati
  7. Yang terakhir, masukkan gula & garam secukup rasa dan biarkan ia mendidih sebentar sebelum ditutup api & sedia untuk dihidangkan

Tuesday, February 22, 2011

JEMPUT JEMPUT NASI UDANG BILIS BERJAGUNG

Petang2 makan jemput jemput ni senang kerja. Semua rakyat jelata kat rumah ni suka makan. Kejap je dah pon licin. Jemput2 ni kalau tak habis pon tetap maintain lembut, kalau buat pagi sampai ke petang lembutnya. Sekarang rakyat jelata semua dah kekenyangan, malam ni xyah dinner boleh tak??? Terus supper ke?? Senang sikit kerja mama..Tapi, owh tak mungkin... Rakyat jelata yang begitu rajin study ni sikit lagi mesti lapar balik tu...No way la tak masak dinner.... Ni resepi jemput2 akak..jemput la membuatnya yea! BAHAN BAHANNYA
  • 300 g udang dibuang kulit & dibersihkan
  • 100 g ikan bilis dikopek dan dibersihkan
  • 1 tongkol jagung dihiris2kan kesemua isinya
  • Beberapa tangkai daun bawang dan daun sup dihiris halus2
  • 1 biji cili merah dihiris halus2
  • 1 labu bawang besar dihiris halus2
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan nasi putih
  • 2 cawan air
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
  1. Nasi putih dimasukkan ke dalam blender dan campurkan 2 cawan air, blend sehingga betul2 lumat
  2. Masukkan udang dan ikan bilis dan blend lagi sehingga sebati
  3. Keluarkan kesemuanya dan masukkan ke dalam bekas
  4. Masukkan tepung gandum, hirisan jagung, daun bawang & sup, cili merah, bawang besar & garam secukupnya dan gaulkan bersama2 bahan nasi yang diblend tadi
  5. Sesuaikan kepekatan adunan, jika agak kental, boleh tambah sedikit air
  6. Setelah digaul sehingga rata boleh la dijemput2 dengan hujung jari ke dalam minyak panas yang mencukupi
  7. Gorengkan ia sehingga berwarna kuning keemasan dan sedikit garing.
  8. Angkat, toskan minyaknya dan sedia untuk dihidangkan.

TELUR ITIK MASAK KARI NENAS

Assalamualaikum...Petang2 ni tentu semua tengah dok fikir2 apa nak masak untuk makan petang pulak kan! Akak pun tgh cari idea jugak ni nak masak apa yg mudah2 & senang. Tadi jln2 tengok ramai yang dah buat apam labu, kalau akak memang suka sangat kuih apam ni, tapi anak2 tak minat. Nampaknya terpaksalah simpan je niat tu dulu.
Telur itik ni akak masak sikit je untuk sendiri makan. Dah tak lalu tengok ayam, daging & yang sewaktu dengannya so akak layan je la telur itik ni. Masak lembut2 kat bahagian kuningnya tu, jgn masak lama2...memang tak suka makan kalau masak kuning telur sampai keras, baik telur itik atau ayam. Ok lah, resepinya ada kat bawah ni..
BAHAN BAHANNYA
  • 3 biji telur itik
  • 1 potong nenas
  • 5 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • Sedikit halia *
  • 2 sudu besar rempah ikan
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 1 batang serai diketuk2
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih & sedikit halia dihiris2 utk ditumis

CARA MEMBUATNYA

  1. Semua bahan2 bertanda * hendaklah dikisar sehingga lumat
  2. Tumiskan daun kari, serai, bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris2 dengan 1 senduk minyak masak sehingga kekuningan
  3. Masukkan bahan2 kisar tadi dan kacau2kan ia sebentar
  4. Diikuti serbuk kari ikan & serbuk cili, kacau2kan biar sebati & tunggu sebentar sehingga naik bau dan garing rempahnya
  5. Masukkan tomato diikuti santan pekat & air asam jawa dan kacau2kan sebentar
  6. Apabila kuah sudah mendidih masukkan nenas yang dipotong2 agak kecil dan kacau2kan lagi kuahnya
  7. Pecahkan telur itik satu persatu ke dalam kuah dan masak atas api sederhana sehingga masak telurnya
  8. Sesuaikan rasa dengan sedikit garam dan gula, tunggu kuah mendidih sebentar baru ditutup api dan boleh la dihidangkan

Monday, February 21, 2011

AIR KELAPA GADING MUDA SIRAP JELI

Assalamualaikum...tengahari panas terik ni dapat pulak minum air kelapa muda, huisshhh lega betul la..nyaman rasa tekak. Kelapa muda ni dapat dari jiran sebelah rumah. 6 biji kesemuanya. Memang puas la minum air kelapa muda ni...manis sangat & isinya pun lembut2 gitu.
Tak dapat diterjemahkan dengan kata2 lah...Ditambah pulak dengan jeli sirap yang lembik2 tu, dapat dihirup bersama dengan air kelapa tu...emmmmm....best betul!!!
BAHAN BAHANNYA
  • Kelapa muda
  • 1 paket serbuk jeli Halagel
  • 3 gelas air panas
  • 1 cawan air gula sirap pekat
  • Air gula secukup rasa
  • Air batu secukupnya

CARA MEMBUATNYA

  1. Kelapa muda dibelah dua, asingkan airnya. Isinya dikopek keluar menggunakan sudu
  2. Campurkan serbuk jeli ke dalam air panas dan kacaukan sehingga jeli betul2 hancur
  3. Masukkan air sirap pekat ke dalam jeli yang sudah hancur dan kacau2kan, tuangkan ke dalam bekas dan masukkan ke dalam freezer supaya ia cepat keras
  4. Ambil air kelapa muda tadi dan tambah sedikit air gula dan kacau2kan
  5. Tuangkan ke dalam gelas, masukkan pula ais batu diikuti isi kelapa muda secukupnya
  6. Gunakan sudu dan hancur2kan jeli sirap yang sudah keras tadi dan tuangkan ia ke bahagian atas air batu tadi sebanyak mana yang disukai
  7. Sedia untuk diminum...

Saturday, February 19, 2011

SERIMUKA DURIAN

Assalamualaikum...Akhirnya setelah jenuh geledah resepi kat rumah Hana Kanazawa, terbuat lah juga kuih serimuka durian seperti yang diidam2kan. Buah durian ni emak akak yang berhajat sangat nak belanja kami anak beranak. Tapi yang sebenonye mak akak ni dah teringin sangat nak makan buah durian. Bukannya senang pulak nak tunaikan hajat mak dalam pencarian buah durian time bukan musimnya ni.
Tapi dah nak jadi rezeki emak akak, 1 hari tu ada pulak orang jual durian kat simpang keluar taman. Mahal nya usah dikenanglah...4 biji RM 70.00, beso2 gedabak duriannya. Tapi mak akak kata, tak kisah la mahal pon nak belanja jugak. mamaku oh mamaku...
Dah sampai muak la memakannya,isinya berlambak2 betui...jenuh nak perabih. Tu yang datang ilham nak buat kuih serimuka durian ni. Dari aritu lagi dah teringin nak buat bila tengok kat rumah Hana. Hana yang sekarang ni tengah dok menghitung hari je tu, kalau memasak apa pun semua nampak sedap & cantik2 pulak tu. Betui2 surirumah contoh la dia tu....
Ni resepi yg akak copy untuk future reference dari Hanamemories dan Hana pulak dapat resepi ni dari Rima.
Arigato gozaimasu buat Hana dan thank you buat Rima... :)
Bahan-bahan
Lapisan Bawah
  • 250g beras pulut - rendam 1jam dan toskan
  • 1/2 sk garam
  • 170ml santan cair
  • Daun pandan simpul
  • 1/2sk gula - rima tambah

Cara-cara

  • Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati.
  • Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak.
  • Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar. (hana guna tips kak.hanieliza gunakan loyang spring form dan alas dengan plastik wrap)

Lapisan Atas

  • 150g isi durian
  • 125g gula
  • 3 biji telur (anggaran 30g setiap satu)
  • 35g tepung gandum
  • 10g tepung jagung
  • 375ml santan pekat (hana buh 200ml santan pekat + 175ml air)
  • secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning
Cara-cara
  1. Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati.Ketepikan.
  2. Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk.
  3. Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih.
  4. Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
  5. Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.
  6. Tunggu benar2 sejuk baru dipotong.
Durian......Love it or hate it?

Friday, February 18, 2011

SUNKIST ORANGE JELLY ICE

Assalamualaikum...Salam petang Jumaat buat semua! Panas betui la cuaca tengahari ni. Dapat pekena jelly ice ni amboi lega sungguh la kan! Sekejap je dah habis licin semuanya. Tak sempat nak 2nd round pun...Almaklumlah ramai rakyatnya pun..hehe..Rakyat jelata semua nampak kehausan, kesian lah sgt2...Takpe3, nanti boleh buat lagi. Resepinya senang lah sangat. Kalau diajar anak akak yang 4 tahun tu pon reti dia buat nyer...( iyo lah tuuuu...) BAHAN BAHANNYA
  • 6 biji oren sunkist 4013
  • 1 paket gelatin halagel
  • 3 gelas air panas
  • 5 sudu besar bes minuman sunquick orange
  • 1/2 gelas besar air gula
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1/2 jag air sejuk

CARA MEMBUATNYA

  1. Perah kesemua oren sunkist dan asingkan jus orennya
  2. Ambil jus oren dan campurkan air gula dan tambahkan setengah jag air sejuk dan kacau2kan supaya sebati jusnya
  3. Masukkan pula gelatin ke dalam 3 gelas air panas dan kacau2kan supaya larut
  4. Tambahkan 5 sudu besar bes minuman sunquick oren + 3 sudu besar gula pasir ke dalam larutan gelatin tadi dan kacau2kan lagi sehingga gula larut
  5. Tuangkan larutan gelatin sunquick tadi ke dalam bekas yang sesuai, biarkan gelatin mengeras seperti agar2, nak cepat keras masukkan je ke dalam fridge
  6. Apabila sudah keras, gunakan sudu atau garpu dan pecah2kan gelatin tadi supaya jadi hancur
  7. Tuangkan jus oren secukupnya ke dalam gelas, masukkan kiub ais batu secukupnya, diikuti gelatin oren yang telah dihancurkan tadi di bahagian atas jus oren sebanyak mana yang disukai
  8. Sedia untuk diminum..emmmm...lega rasa hilang dahaga.. :)

Thursday, February 17, 2011

PARU GORENG BEREMPAH

Assalamualaikum & salam petang Khamis. Cuaca petang ni sekejap nampak mendung sangat, sekejap nanti panas terik pula. Agak lama juga tak hujan kat area sini... Harap2 petang ni turun lah hujan. Hari ni hati akak berbunga2 sangat. Bunga ros, kekwa, dahlia dll...kecuali bunga taik ayam...hik3. Setiap kali Allah bagi masalah kepada kita, haruslah kita berfikir secara positif bagaimana nak selesaikannya. Fikir punya fikir, dapat idea & terus gerakkan minda hubby supaya bertindak segera. And the result...YES!!!  

Lauk masakan paru ni akak masak untuk tengahari tadi. Anak2 memang suka makan paru yang digoreng garing2 macam ni. Tapi akak jarang sangat memasaknya untuk depa. Orang kata tak elok selalu sangat makan organ dalaman ni. Especially untuk yang sedang belajar. Tapi makan sesekali no hal lah kan (ini akak yang kata ok...) Resepinya seperti kat bawah ni, macam biasa lah yeaaa.....  

BAHAN BAHANNYA
  • 1/2 kg paru direbus hingga lembut
  • 6 biji bawang merah *
  • 3 biji bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 1 batang serai *
  • Sedikit lengkuas *
  • 1 sudu makan rempah kari daging
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 1/2 sudu teh jintan putih
  • 3 tangkai daun kari (ambil daunnya saja)
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu makan tepung ubi ) bancuh dgn sedikit air
  • 1 sudu makan tepung beras )
CARA MEMBUATNYA
  1. Hiriskan paru yang telah direbus tadi agak nipis2 dan ketepikan
  2. Semua bahan bertanda * dikisar bersama hingga lumat
  3. Campurkan kesemua bancuhan tepung dan lain lain ke dalam satu bekas dan masukkan bahan kisar tadi, gaulkan sehingga sebati
  4. Masukkan hirisan paru kedalam campuran tepung tadi dan perapkan selama 30 minit
  5. Gorengkan paru didalam minyak yang agak banyak sehingga garing dan angkat serta toskan minyaknya

Wednesday, February 16, 2011

KUIH LAPIS PELANGI

Assalamualaikum...Salam petang Rabu yang indah!!! Petang ni akak lepak kat rumah je setelah beberapa hari dilanda kesibukan yang tak henti2. Bila ada peluang lepak kat rumah dapat la jugak selesaikan kerja2 rumah yang tergendala. Seronok dapat lepak sesekali waktu petang kat rumah ni. Tambahan pulak ada emak akak datang tinggal dengan akak sekarang ni. Kuih lapis pelangi yang takde la pulak 7 warnanya ni akak buat bermula dari pukul 1 pagi dan siap pukul 2.45 pagi tadi. Woit...lamanya buat kuih ni, sambil melapis tu mata akak pon dah nak terpejam2 je. Sabo aje la....Tapi, hasilnya teramatlah memuaskan & rasanya pulak tu tersangat2lah sedap. Actually ni salah satu menu tempahan dari LAP Tapah untuk sarapan pagi tadi. Menu lainnya mee rebus & karipap pusing tuna. Kalau nak diikutkan memang dah tak larat nak preparekan sarapan untuk depa pagi tadi sebab semalam dah berhempas pulas dari pagi ke malam menyiapkan tempahan tapi memandangkan LAP ni dah selalu menempah masakan akak so tak mungkin katakan tidak... Yang pelik tu dalam penat2 pon sempat pulak akak buat kuih lapis ni untuk depa, emmmm..... Akak gunakan resepi dari Yatiememories. Setiap resepi Yatie ni hasilnya sangat memuaskan & tak pernah menghampakan. Terima kasih akak ucapkan ya sebab sudi berkongsi resepi kuih lapis yang sedap ni. Anak2 & emak akak yang ada kat rumah ni semuanya suka kuih lapis ni. Lain dari yang jual kat kedai tu. Kat bawah ni akak letakkan resepi yang dicopy dari Yatie untuk future reference. Bahan-bahan
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 tepung beras
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 8 cawan santan sederhana pekat( 1 1/2 biji kelapa parut)
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna merah, hijau, putih, kuning

Cara Penyediaan

  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
  3. Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar....nak lagi selamat alas loyang dngn plastik.
  5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
  6. Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
  7. Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna putih.
  8. Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
  9. Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.

Monday, February 14, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIUL AWAL 1432 H

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ أَشْرَقَ البَدْرُ عَلَيْنَا فَاخْتْفَتْ مِنهُ البُدُورُ مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُورِ أَنْتَ شـَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ أَنْتَ نُورٌ فَوْقَ نُورِ أَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِي أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد يَا عَرُوسَ الخَافِقَيْنِ يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد يَا إِمَامَ القِبْلَتَيْنِ مَنْ رَّأَى وَجْهَكَ يَسْعَد يَا كَرِيمَ الوَالِدَينِ حَوْضُكَ الصَّفِى الـمُبَرَّد وِرْدُنَا يَومًا النُّشُورِ عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى مُسْتَجِيبُ الدَّعَوَاتِ رَبِّ اِرْحَمْنَا جَمِيعًا بِجَمِيعِ الصَّالِحَاتِ وَصَلاَةُ اللهِ عَلَى أحْمَد عَدَّ تَحْرِيرِ السُّطُورِ أَحْمَدُ الهَادِى مُحَمَّد صَاحِبُ الوَجْهِ الـمُنِيرِ صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ أَشْرَقَ البَدْرُ عَلَيْنَا فَاخْتْفَتْ مِنهُ البُدُورُ مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُورِ أَنْتَ شـَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ أَنْتَ نُورٌ فَوْقَ نُورِ أَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِي أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد يَا عَرُوسَ الخَافِقَيْنِ يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد يَا إِمَامَ القِبْلَتَيْنِ

Saturday, February 12, 2011

SAMBAL TUMIS UDANG PETAI

Assalamualaikum....Salam petang Sabtu buat semua yang sudi ke sini. Dah minum petang ke belum? Akak ni baru tengah2 dok fikir2 apa nak buat utk makan petang ni, yg simple2 je kot.
Sambal tumis udang petai ni akak masak tengahari tadi. Hari tu ada tempahan katering, salah satu menunya sambal udang ni la, tapi entah kenapa akak rasa tak puas hati sebab tak berapa pedas sambalnya tu, mcm tak ngancam je...Biasa la akak ni kalau masak sambal2 mcm ni kalau tak pedas sendiri yang terasa tak puas hati. Reason tak buat pedas tu sebab takut ada yang tak gemarkan pedas. So, kali ni buat yang betul2 pedas baru terangkat...
Resepinya seperti di bawah ni yea....
BAHAN BAHANNYA
  • 1 kg udang sederhana besar, dipotong bahagian kepala & dibersihkan & ditoskan
  • 5 papan petai, dikopek isinya seperti biasa
  • 3 senduk besar cili kering kisar
  • 10 biji bawang merah *
  • 1 labu bawang besar *
  • 5 biji bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 2 sudu makan belacan
  • 1/2 cawan air asam jawa pekat
  • 1/4 cawan santan pekat
  • 3 biji buat tomato dibelah 4
  • Bawang besar dipotong bulat2
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

  1. Kisarkan kesemua bahan bertanda * sehingga betul2 lumat
  2. Panaskan 1 senduk minyak, masukkan belacan & goreng sebentar je
  3. Masukkan semua bahan kisar termasuk cili kering kisar dan tumiskan agak lama & biarkan ia agak garing
  4. Masukkan udang dan kacau2kan biar sebati dengan sambal tadi
  5. Diikuti santan pekat, buah tomato dan bawang besar, kacau2kan lagi
  6. Yang terakhir baru masukkan petai, garam dan gula secukup rasa
  7. Boleh la ditutup api apabila sudah mendidih dan sambalnya pekat.

Friday, February 11, 2011

CUCUR UDANG RANGUP

Assalamualaikum....Dah beberapa hari jugak tak dapat menjenguk kesini gara2 sibuk dengan tempahan katering. Hari ni pun sampai ke petang kerja membasuh & mengemas, Alhamdulillah selesai dah semuanya...lega betul lah!!! Ni hidangan yang famili akak makan sebelum Maghrib tadi. Agak lambat makan petangnya sebab makan tengahari pon dah terlajak sampai ke 3 petang. Biasa la kalau hari Jumaat ni memang agak kelam kabut suasananya. Seronok tengok anak2 menghadap cucur udang ni sebab memang favourite depa. Macam biasa la resepi dia akak letak kat bawah ni ok!!! BAHAN BAHAN
  • 1/2 kg tepung gandum (diayak)
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 300 g udang sederhana saiz dibersihkan & tak perlu dibuang kulit
  • Segenggam udang kecil ditumbuk sehingga lumat
  • 2 cawan air
  • 1 labu bawang besar dipotong dadu
  • Secekak daun kucai dipotong2 pendek
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
  1. Campurkan kesemua bahan2 diatas kecuali udang yg tak perlu dibuang kulit dan gaulkan sehingga betul2 sebati
  2. Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng
  3. Guna senduk kecil dan sendukkan adunan cucur letakkan beberapa ekor udang diatasnya dan tuangkan ke dalam minyak panas dan buat agak leper supaya garing hasilnya nanti
  4. Terbalikkan supaya garing dikedua2 bahagian dan angkat apabila sudah betul2 garing gorengannya. Sedap dicicah dengan sos kegemaran.

Tuesday, February 8, 2011

AYAM KASHMIR

Kejap tadi baru dapat sms dari my hubby...berbunyi begini..."bla..bla...bla...bla....i dpt apartment besar tepi laut, dua bilik 4 katil, tido sorang2..kalau la dekat nak je amik u n anak2..." Wahhhh...dengkinya I baca sms u tuu tau !!! Apartment tepi laut tu...grrrrr....Enjoy la kat sana puas2 yea.... Bior la I kat sini... Kan I ni tukang masak full time, bibik full time, supir full time, atm machine full time & mcm2 lagi la yg full time....
On top of that yg paling akak tak tahan adalah keadaan jalanraya di Tapah ni yang kalau sesak mengalahkan bandaraya...uwekkkks....menyampah betui la drive kat Tapah ni....perjalanan yg hanya 2 km pon boleh ambik masa 30 minit, just imagine mcmana tak tension jiwa supir yg sorang ni...(luahan hati je ni tau...so sape org Tapah yg sayangkan Tapah & tak suka dgn fakta bukan auta ini jgn baca, tutup mata...) Eh eh macam dah lari tajuk je n3 this time kan..takpe la, blog kita suka hati la nak tulis apa pon...wahaha....
Betul sgt la kata anak2 kita tadi..."Babah saja2 nak riak la tu..mentang2 la kita semua tak dpt ikut babah..." Emmmm...wahai anak2 ku semua...sape kata setiap kali babah pergi mana2 kita mesti ikut sekali, so u all xyah gi school ke?
Jom la tengok resepi ayam Kashmir yang akak ambik dari Dayang Jack. Dah banyak kali buat masakan ayam ni, memang sedap. Kadang2 akak buat yg berkuah sikit, & pernah jugak buat jenis pekat tak berkuah macam yang kat gambo tu. Ada kelainan rasa ayam kashmir ni...Apa2 pon ucapan terima kasih buat DJ kerana sudi berkongsi resepi ayam yang sedap ni...Klik kat SINI for the recipe....

BERANGAN TALAM LABU YG DPT LEPAT LABU...

Assalamualaikum...Dah berminggu2 berangan nak buat talam labu, konon nak cuba resepi dari Yatiememories, sudahnya yang jadi lepat. Tu la kan tak baik berangan2 ni....yang penting tingkatkan usaha supaya tercapai apa yang dihajati. Memang salah akak lah ni sebab tak jadi kuih talamkan, tapi lepat pon sedap apa!!! Dah nak habis dah pon ni...(sebab tak buat banyak pon....)
Syarat nak buat kuih lepat ni bagi akak & tukang makan lepat kat rumah ni...no 1 inti kelapa parutnya mestila berlambak2 banyaknye. Cuba tengok kat gambo tu..banyak kelapa dari labu kan! Tapi takpe la sebab dah yang macam tu yang disukai oleh rakyat rumah ni...Tapi ada jugak orang yang buat lepat tak bubuh kelapa kat dalamnya tu. Tu pulak kes tak suka makan kelapa parut lah ehhhh?? Tak kisah lah kan, janji kita bahagia semasa memakan lepat tuu kannnnn.....
Resepi lepat labu akak, kot2 ada yang tak reti nak buat boleh tengok sini.....
BAHAN BAHANNYA
  • 1/2 biji labu dikupas kulit, dipotong kecil & direbus
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 biji kelapa parut digaul sedikit garam (kalau dpt yg muda lg sedap)
  • Daun pisang secukupnya dilayur atas api sekejap

CARA MEMBUATNYA

  1. Lenyek2kan labu yang sudah direbus tadi
  2. Masukkan gula dan kacaukan supaya gula sebati dengan labu
  3. Diikuti tepung gandum dan gaulkan sehingga betul2 sebati
  4. Ambil daun pisang secukup besar mana yang dikehendaki, sudukan secukupnya adunan labu diatas daun pisang dan ratakan
  5. Letakkan pula kelapa parut secukupnya dibahagian atas adunan labu tadi secukupnya dan cantumkan adunan labu dengan kemas supaya inti berada betul2 dibahagian tengah, lipatkan dihujung kedua2 bahagian dan kemaskan
  6. Masukkan air secukupnya ke dalam pengukus dan kukuskan lepat2 yang sudah siap tadi selama 2o minit.

Monday, February 7, 2011

NASIB BAIK DAH BAIK....

Assalamualaikum...Yeay yeay!!! Dapat berblog semula...Sebaik je hampir selesai tempahan2 masakan untuk campsite aritu akak pon terus demam seharian. Wah..dasyat betul penangan memasak dari awal pagi sampai ke malam 3 hari 3 malam berturut2 nih!!! Nasib baik dah baik, kalau tidak tak berasap la dapur akak tu... Kat sini akak nak tunjuk sedikit gambo2 campsite yang diambil oleh photographer tetap & berpencen akak. Best jugak tempat ni, nyaman je suasana. 

Teringat zaman persekolahan dulu2. Aktiviti camping, mendaki bukit, meredah anak sungai, keluar masuk gua bukanlah sesuatu yang asing bagi diri akak, semuanya dah akak rasa. Kiranya akak ni jenis yang agak lasak compare to my hubby...Nasib baik waktu single dulu dah puas dengan semua tu sebab kalau waktu dah jadi mak orang baru nak bercamping2 ni tersangat la tak sesuai pada pendapat akak.
 
Akak dah pernah rasa berkhemah betul2 sebelah anak sungai macam kat gambo ni. Memang sejuk giler i tell u...
Banyak jugak aktiviti yang dijalankan untuk peserta camping kat sini. Antaranya explorace & merentasi sungai. Kalau masih bujang nak je join...
Release tension dapat menikmati keindahan alam semulajadi... 


Nak enterframe jugak photographer akak nie...tenkiu la sebab tolong snap gambo2 kat campsite tu yea...luv u!!!

Thursday, February 3, 2011

KARI PUYUH BERTELURRRR PUYUH

Assalamualaikum! Waaa....tersangat la penat malam ni. Dapat mandi air panas tadi terasa lega seluruh badan yang dah letih lesu ni. Buat masa ni akak agak kesibukan dengan tempahan memasak untuk peserta2 tempat perkhemahan berdekatan. Dari petang tadi sampai ke hari Ahad nanti, memasak untuk breakfast, lunch, dinner & supper setiap hari. Lepas masak kena hantar pulak ke sana. Agak mencabar jugak memasak untuk campsite ni, sebab lepas satu, satu lagi kan..ditambah pulak nak kena masak untuk RTH lagi. Tapi buat akak lagi mencabar lagi akak suka3....Sambil masak2 kita boleh nyanyi2 lagi..lalala..lala.. :) Lain kali akak tunjukkan gambo campsite tu yea. Kot2 ada yang teringin nak camping boleh gi sana. Tadi memang suasana agak kelam kabut sebab bila tengah dok sibuk nak prepare untuk tempahan datang pulak order dari pelanggan RTH. Nasib baik dah berpakat dengan waiter akak yg sorang tu..hanya terima order nasi goreng kampung , mee goreng & nasi goreng biasa. Ada pulak customer tu cakap - Order yg lain tak boleh ke? Dan waiter aka anak sulung akak Aqif pon menjawap "Emak saya tengah sibuk dengan tempahan catering, kalau nak order jugak yang tu je boleh.." Ceh! cam serious bunyi suara anak akak tu. Bagus3...jgn kacau2 mama tengah berperang kat dapur. Sekali tengok2 datang jugak order yg berderet2 & bermacam2 jenis pulak tu..Tapi takpe lah, Alhamdulillah, tengok la tu bila Allah nak bagi rezeki, tak putus2 dia datang. Yang kat gambo tu kari puyuh yang akak masak semalam. Akak jarang masak puyuh ni, sekali sebulan tu ada la jugak. So kali ini akak masak kari pekat yang agak pedas rasanya. Memang pantang akak ni kalau masak kari tak pedas. Siap bertelur lagi puyuh tu dalam kuahnya...haha...Saja2 masukkan telur tu sebab sesuaiiii kan!!! Okey, sayang2 semua....sebelum ntah apa2 melalut lagi baiklah akak letakkan resepi kat sini ok! Jumpa lagi!!! BAHAN BAHANNYA
  • 6 ekor burung puyuh dibelah bahagian tengah
  • Telur burung puyuh direbus & dikupas kulit (ikut suka bape biji nak bubuh arrr...)
  • 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih & 2 cm halis dihiris2
  • Rempah 4 sekawan secukupnya
  • 8 ulas bawang merah *
  • 1 labu bawang besar *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kas kas
  • 1 sudu makan kerisik
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • 1 biji cili merah dibelah tengah
  • 4 biji ubi kentang dipotong 4
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

  1. Bahan bertanda * dikisar bersama2.
  2. Tumiskan bahan hiris, daun kari & rempah 4 sekawan sehingga agak layu
  3. Masukkan bahan2 kisar, rempah kari daging, kas2 & serbuk cili dan kacau2kan supaya sebati, tambah sedikit air jika terlalu pekat & biarkan ia agak garing
  4. Masukkan burung puyuh, diikuti ubi kentang dan kacau2kan biar sebati
  5. Dikuti dengan kerisik, air asam jawa & santan pekat dan kacau lagi
  6. Apabila dah mendidih masukkan tomato, cili merah, telur burung puyuh, garam & gula secukup rasa
  7. Biarkan kuahnya dimasak sehingga mendidih & pekat kuahnya tu baru ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, February 1, 2011

TOM YAM UDANG GALAH

Assalamualaikum, semua org dah tido nampaknye tuuu...Logik la kan dah tido sebab dah nak pukul 12 tgh malam ni. Lain la macam akak selagi tak pukul 1-2 pagi jangan harap la nak tido. Tapi bukan sebarangan tak tido tau. Nanti ada pulak yang ingat keja akak malam2 pergi curi ayam rumah jiran pulak..wahaha..acah je tu!!! Akak tidur lambat sebab ada agenda akak yang tersendiri ok...Tak payah bagitau la kat sini eh!
Udang galah masakan my hubby yang suka menunjuk2 kehandalannya memasak di dapur. Suami akak ni memang semenjak zaman anak teruna suka masak memasak. Kalau kat tempat kerjanya dulu, sempat lagi buat dapur mini kat bahagian belakang bank, sempat lagi main masak2 pulak dia kat tempat keja. Tapi takpe la sebab dia boss kat situ. Sape berani nak marah kan! Kalau kat bank akak dulu pulak jgn berangan la nak buat mcm ni...Cari nahas namanya weh... So, bila dia masak2 kat bank tu semua staff akan dapat merasai masakannya tu yang sememangnya sedap...Takpe kan puji laki sendiri!
Wokey la..resepi macam kat bawah ni...Selamat Tidooo...Tata titi tutu....
BAHAN BAHAN
  • 1 kg udang galah
  • 3 ekor sotong dipotong kecil2
  • 5 sudu besar pes tom yam
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 labu bawang besar jenis holland dipotong bulat
  • 1 hirisan lengkuas diketuk
  • 3 batang serai diketuk2
  • 10 bji cili padi diketuk2
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 tangkai ketumbar dihiris2
  • 3 biji tomato dibelah 4
  • 5 jagung muda dipotong kecil
  • Bunga kobis secukupnya
  • Garam jika perlu
CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan 2 sudu minyak dan tumiskan pes tom yam sampai naik bau
  2. Masukkan serai, cili padi, & pati ikan bilis dan kacau2kan
  3. Tambahkan air secukupnya, jgn banyak sangat biar pekat2 sikit baru terangkat
  4. Dah mendidih kejap tu masukkan sos ikan diikuti udang galah & sotong, biarkan ia mesra dengan kuahnya sekejap. Sotong tu sebagai penambah rasa je...
  5. Agak2 dah nak mendidih cepat2 masukkan tomato, diikuti bunga kobis, jagung muda, bawang besar & terakhir sekali daun ketumbar & daun limau purut
  6. Biar dia mendidih sebentar je, terus tutup api & sedia untuk dihidangkan
Syioknya hirup kuah tomyam ni musim sejuk2 gini...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...