Sunday, August 29, 2010

BISKUT DAHLIA

Assalamualaikum semua...seronoknya akak harini sebab sempat buat 1 jenis biskut. Walaupun biskut yang biasa2 saja tapi anak2 memang suka. Setiap kali raya mesti ada biskut ni tau! Anak2 akak ni banyak songeh (memilih..) tentang biskut ni. Sesekali tu akak buat la jugak biskut moden yang beriya2 designnya tapi depa buat tak heran. Makan pun macam kena paksa je... Yang pasti, biskut dahlia ni lah jugak yang tetap menjadi pujaan hati depa! Bahan2nya

225 g mentega

110 g gula ising
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil esen vanila
70 g tepung jagung
120 g tepung kastad
170 g tepung ros/gandum
Ceri merah (hiasan)

Gaulkan mentega dan gula ising sehingga sebati.

Masukkan kuning telur dan esen vanila dan kacau lagi hingga rata.
Ayakkan semua tepung dan satukan semuanya.
Masukkan sedikit demi sedikit sampai habis kedalam adunan mentega tadi.
Apabila dah sebati, gunakan acuan dahlia dan tekan ia di atas loyang.
Letak ceri merah ditengahnya.
Bakar dengan suhu 170C selama 15 min atau sehingga kekuningan.
Akak buat 2 bancuhan, dapatlah lebih kurang 140 biji.

Saturday, August 28, 2010

DONUT BERSALUT GARAM??? OOOPPSSS...

Salam semua....inilah donut2 yang akak buat tadi dan baru je kejap tadi digoreng dan sedang dalam proses dimakan oleh warga rumah akak ni. Ada macam2 jenis...bersalut coklat ada, bersalut gula ada, berintikan kentang + ayam ada, berintikan blueberi ada, bersalutkan garam pun ada...wahahahaaa...Riuh rendah rumah akak kejap tadi sebab one of my sons termakan yang bersalut garam. Ni gara2 bersembang sakan dengan babah sampai tersilap tangan boleh terambil garam yang kebetulan terletak betul2 bersebelahan je dengan bekas gula donut. Patutlah muka Muzany berkerut2 semacam jer...ala cayang anak mama, kecian dia!!! Nasib baik si abang, Wajdi menjerit "Mama, kenapa masin sangat donut ni " Lalu mama pun macam percaya tak percaya "Eh, takkan masin kot...issshhh" Bila akak ngap je sikit "Allah! masinnya...sorry Muzany, nanti mama buat yang lain, k!!! Tak pernah la pulak jadi macam nie tau....
Ni yang bersalut gula...bukan garam yaa !
Yang tak bersalut gula tu berintikan ayam + kentang dan yang bersalut gula berintikan blueberi.
N3 yang sebelum ni akak pernah letak resepi donut tapi yang ni akak guna resepi yang lain pulak. Resultnya, sangat lembut dan gebu. Dah lama ambil resepi ni kat MyR.
3 1/2 sudu kecil yis segera
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar (suam)
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening
5 cawan tepung gandum
Mula2 masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk dan tunggu hingga berbuih.
Masukkan pula susu segar yang dipanaskan sekejap, gula, telur, shortening dan 2 cawan tepung.
Gaulkan dan masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit sampai habis dan sampai jadi doh yang agak lembut.
Ulikan doh ini sehingga doh tak melekat di tangan.
Tutup mangkuk berisikan doh dengan tuala lembab dan tunggu hingga naik 2 kali ganda.
Taburkan tepung dulu di permukaan papan pencanai dan canaikan ia menggunakan acuan donut yang sesuai.
Rehatkan lagi 30 minit dan bolehlah digoreng dengan api yang sederhana perlahan supaya rata masaknya.
Salutkan ia dengan gula halus dan sedia dimakan.

PUDING MARBLE

Assalamualaikum buat semua pengunjung yang dirahmati Allah, didoakan semoga semua ceria disamping famili tersayang. Terima kasih kepada yang sudi singgah ke tempat yang tak seberapa ni, lama tak berupdate pulak tu! Akak agak busy menyiapkan tempahan masakan sejak kebelakangan ni. Memasak dalam kuantiti yang banyak agak mencabar di bulan puasa. Nasib baik semuanya berjalan lancar, Alhamdulillah! 


Tu yang kat gambar saja2 akak tunjuk puding marble yang selalu akak buat. Kot2 ada sesape yang masih tak reti membuatnya boleh la cuba buat ya!
 

BAHAN BAHANNYA
  • 18 g agar2 bertali
  • 1 liter air
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 80 g mentega
  • 5 biji telur ayam
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • sudu teh esen vanila
CARA MEMBUATNYA
  1. Mula2 masak agar2 dengan air dan gula sehingga mendidih dan tutup api dulu.
  2. Di bekas berasingan, pukul telur sampai sebati masukkan susu cair dan tepung kastad.
  3. Kacau adunan tu dan tapiskan.
  4. Masukkan kedalam larutan agar2 dan masak semula di atas api sederhana.
  5. Kacau2kan sehingga rata dan masukkan mentega dan esen vanila.
  6. Bila dah larut mentega tu tutup api.
  7. Bahagikan kepada 2 sama banyak.
  8. 1 bahagian warna asal dan satu bahagian lagi campurkan serbuk koko.
  9. Tuang 1 senduk setiap warna berselang seli sampai habis.
  10. Sejukkan sebelum dimakan.
Kalau nak buat warna warni macam ni pun boleh. Gambar blur sebab waktu shooting selepas tengah malam tu..Adunan dibahagikan kepada beberapa warna yang disukai, dan buat selang seli dalam loyang yang dialas dengan apa2 supaya tinggi sikit dihujungnya. Apabila dah selesai letak loyang dikedudukan asal, maka jadilah puding pelangi..

Sunday, August 22, 2010

NASI MAQLUBAH

Assalamualaikum...dah betul2 tengah malam baru sampai ke sini. Ni lah nasi maqlubah yang akak masak untuk anak2 makan selepas balik terawih tadi. Mula memasaknya pun dah lambat so tak sempat dimakan waktu berbuka. Memang dah adat kat rumah akak, makan berbuka disusuli lepas terawih 2nd round makan yg heavy2 jugak ...sebab anak2 dan babah dan mama juga tak reti makan nasi time sahur. Normally masa sahur semua minum susu, makan kurma dan telur separuh masak je. Nasi ni makan begitu saja pun dah cukup bagi akak. Buatnya pun senang, janji semua bahan mesti kena ada lah kan.... 
BAHAN2NYA
1kg beras basmathi
1 kg daging lembu
8 biji bawang merah )
4 biji bawang putih ) dikisar
2 cm halia )
4 sudu makan pes tomato
6 biji buah tomato dipotong dadu
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk lada hitam
3 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak
1 sudu makan garam
2 sudu makan gula
Sedikit daun ketumbar, bawang goreng dan kismis
Bahan tumis :
6 biji bawang merah )
3 biji bawang putih ) dihiris
2 cm halia ) nipis
1 labu bawang besar )
2 cm kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 4 bunga cengkih & 3 buah pelaga
2 helai daun pandan dicarik2 dan disimpulkan 

CARA MEMBUATNYA
Beras basmathi direndam selama 30 minit dan dibasuh seperti biasa lalu ditoskan airnya. Gaulkan daging dengan semua bahan2 kisar.
Serbuk jintan manis, jintan putih dan lada hitam dibancuh dengan sedikit air lalu digaulkan juga dengan daging.
Perapkan selama 1 jam
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan penumis dan daun pandan kemudian masukkan perapan daging tadi dan kacau2kan.
Masukkan tomato dan pes tomato diikuti air secukupnya untuk proses melembutkan daging. Apabila daging lembut masukkan beras tadi dan air secukupnya.
Masukkan daun ketumbar dan kismis, garam dan gula secukup rasa.
Bila airnya kering, tutup api dan balik2kan nasi menggunakan chopstick.

Saturday, August 21, 2010

KUIH LOPES TRIANGLE

Assalamualaikum....didoakan semoga kita semua sihat sejahtera disamping keluarga tercinta menjalani ibadah puasa tahun ni. Hehe..akhirnya terbuat jugak kuih lopes yang tak pernah akak buat selama 30 tahun lebih hidup di bumi Allah ini. Itupun sebab bengang dengan kuih lopes yang hubby beli di pasar Ramadhan. Udah le nipis, kuahnya pun cair jer. Hello...ini bukan mengata tau, tapi kenyataan. Kepada penjualnya akak nak pesan kalau nak untung banyak jangan jual kuih, tapi jual emas ok! (macam la dia ada baca blog nie...) Yang akak pun 1 hal, kenapa tak pernah nak cuba membuatnya ek? Finally, terbuka jugak hati bila akak jenguk kuih lopes kat rumah Bdaria. Resepi dari blog Bdaria. Terima kasih akak ucapkan pada Bdaria atas idea dan tunjukajar yang diberikan. Kalau tengok resepi Bdaria ni semuanya best dan sedap2 belaka. Resepi asal kuih lopes, kat SINI BAHAN BAHAN
  • 500 g pulut
  • 1 sudu makan air kapur
  • 5 daun pandan dikisar dengan sedikit air lalu ditapis dan dicampur sedikit pandan paste
  • Secubit garam dimasukkan ke dalam air pandan
  • Air secukupnya untuk mengukus dan merebus
  • Daun pisang yang cukup lebar
  • Tali rafia untuk mengikat di kedua2 hujung
  • Kelapa parut putih dari setengah biji kelapa gaul dengan secubit garam, kukuskan 5 minit
Untuk Kuahnya :
  • 300 g gula melaka
  • 2 helai daun pandan di carik2 dan disimpulkan
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 300 ml air (boleh tambah jika perlu)
  • 1 sudu makan tepung gandum / jagung (utk pekatkan kuah)
  • Campurkan semua bahan dan masak sehingga larut dan pekat
  • Bila dah mendidih tutup api.
Cara menyediakan pulut :
  1. Mula2 rendam pulut + air kapur selama 3 -4 jam.
  2. Basuh pulut seperti membasuh beras dan tos kering.
  3. Masukkan pulut kedalam bekas dan masukkan air pati pandan dan tambah sedikit air supaya sama paras pulut dengan airnya lalu ditanak seperti masak nasi.
  4. Kacau selalu sehingga kering air dan betul2 masak pulutnya.
  5. Layurkan daun pisang. Daun yang digunakan mesti lebar supaya boleh gulung 2 atau 3 kali.
  6. Sendukkan pulut yang dah siap ditanak tu keatas daun pisang. Banyaknya pulut yang disendukkan haruslah bersesuaian dengan daun pisang. Gulungkan ia memanjang.
  7. Ikat di satu hujung dengan tali rafia.
  8. Padatkan pulut dengan menekan2nya dengan sudu atau apa saja yang boleh membantu yang penting ia mampat.
  9. Ikat di satu hujung lagi.
  10. Masukkan ia kedalam periuk dan masukkan air ikut paras pulut dan rebus selama 1 jam atau hingga kering airnya.
  11. Untuk potongan yang cantik, sila gunakan benang untuk memotongnya.
  12. Bila dah siap dipotong, gaulkan dengan kelapa parut.
  13. Hidangkan dengan kuah gula melaka semasa hendak dimakan.

Friday, August 20, 2010

KETAM MASAK LEMAK CILI API


Assalamualaikum buat semua di pagi Jumaat yang mulia ini. Apa khabar semua? Didoakan semoga kita semua sihat sejahtera disamping menjalani kehidupan seharian.Ketam ni adalah lauk yang dimasak semalam. Ketam ni adalah antara lauk yang selalu akak masak untuk keluarga sebab disukai anak2 dan tak reti jemu dimakan. Resepi yang selalu dimasak adalah masak lemak cili api ataupun bercili. Kalau masak kari + nenas pun ok jugak, tapi kali ni dbuat masakan lemak cili padi.

Resepinya seperti dibawah ini...simple & mudah..:))

BAHAN BAHANNYA

  • 7 ekor ketam disiang & dibersihkan seperti biasa
  • 20 biji cili api
  • 6 bii bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 cm lengkuas ) diketuk
  • 1 batang serai )
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • 2 cili merah dibelah tengah
  • Santan sederhana pekat dari 1 biji kelapa
  • Garam dan sedikit gula

CARA MEMBUATNYA

  1. Cili api, bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup dikisarkan bersama.
  2. Masukkan kedalam periuk dan masak seketika. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.
  3. Masukkan pula lengkuas dan serai yang diketuk2 terlebih dahulu diikuti dengan santan. Kacau2kan biar sebati
  4. Apabila sudah hampir mendidih masukkanlah ketam2, buah tomato dan cili merah.
  5. Tunggu mendidih sambil dikacau2 selalu dan masukkan garam dan gula yang secukupnya.
  6. Biarkan sebentar sehingga ketam masak lalu ditutup apinya dan sedia untuk dihidang.

Wednesday, August 18, 2010

ACAR IKAN NAMPLA

Assalamualaikum semua...berlalu sudah hari ke 8 kita berpuasa. Di bulan mulia ini, kesibukan akak di dapur amatlah berkurangan. Mula memasak pun selepas zohor, so takde lah kelam kabut macam selalu. Ni adalah salah satu menu kegemaran akak di bulan puasa. Masak hari2 pun takpe. BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ikan tenggiri / nyok2 dipotong2
  • 4 biji bawang merah ) dikisar
  • 2 biji bawang putih ) bersama
  • 1 labu bawang besar di potong bulat
  • 1 batang lobak merah )
  • 1/2 batang timun )dipotong mancis (memanjang)
  • 2 biji cili merah )
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan sos ikan
  • 1/4 cawan cuka makan
  • 1 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

  1. Ikan digoreng seperti biasa dan ketepikan dulu.
  2. Lepas tu, tumiskan dengan sedikit minyak bahan2 yang dikisar.
  3. Masukkan pula sos tiram, sos ikan dan cuka makan. Tambah 1/2 cawan air.
  4. Masukkan pula lobak merah diikuti timun dan tunggu hingga ia agak lembut.
  5. Barulah dimasukkan bawang besar, tomato dan cili merah.
  6. Masukkan pula ikan yang dah siap digoreng tadi. Ratakan ikan dengan sos tadi.
  7. Akhirnya, sesuaikan rasa dengan garam dan gula. Siap untuk dihidangkan.

Monday, August 16, 2010

ASAM PEDAS IKAN TERUBUK DARI TAPAH KE KAMPAR

Assalamualaikum buat semua...waktu sekarang 1.15am, akak sekeluarga baru je balik dari Kampar. Lama betul tak balik ke Kampar menjenguk emak yang tinggal seorang diri. Entah angin apa tiba2 anak2 kata babah ajak berbuka di Kampar. Akak yang tengah lazy2 atas sofa terus bangun dan merancang apa nak masak untuk dibawa ke sana. Dalam masa yang sesingkat ini ( 1 jam ) apa sangat la yang boleh dimasak, teringat emak memang suka asam pedas dan kebetulan ikan kegemarannya pun ada. Selain dari asam pedas ni, akak sempat buat ikan terubuk goreng dengan air asamnya dan sotong goreng kunyit (ni lupa nak ambil gambarnya).
Resepi Asam Pedas Ikan Terubuk
1 ekor ikan terubuk
8 biji bawang merah )
4 bii bawang putih ) dikisar
1 cm halia ) bersama2
2 batang serai )
3 sudu makan cili kering siap dikisar
2 cm belacan
2 tangkai daun kesom
1 bunga kantan dibelah 2
8 kacang bendi
1/2 cawan air asam jawa
1 keping asam gelugur
1/2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak untuk menumis
Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, serai dan belacan, jika pekat tambah sedikit air, kemudian masukkan cili kering pula.
Tunggu hingga agak garing tumisannya (kalau tak garing asam pedas kurang enak rasanya), masuk pula air asam jawa dan asam gelugur dan tambah secawan air.
Bila dah mendidih masukkan ikan terubuk, diikuti bunga kantan, daun kesom dan akhir sekali kacang bendi.
Akhir sekali sesuaikan rasa dengan sedikit gula dan garam.
Sedia untuk dimakan.
Bahagian tengah ikan terubuk akak goreng garing2 dan dicicah dengan air asam
Sememangnya sedap...
Kalau dah berada di Kampar tu memang tak sah kalau tak meronda sekitar Taman Bandar Baru. Tempat ini penuh nostalgia buat akak sekeluarga. Mana tidaknya, 10 tahun akak menetap disana, lama kan...Azam akak untuk kembali ke Kampar satu hari nanti sekiranya semua rancangan akak berjaya, Insya Allah. Kat gambar tu Restoran yang akak saja2 singgah..

1/2 jam menunggu, akhirnya tibalah satu persatu makanan yang dipesan. Dah la lembab, rasa pun ntah apa2, yg sedap cuma ABC strawberry tu je..Tak mungkin datang lagi ke restoran ni.

Lepas makan yang ntah apa2 rasanya tu, jalan2 lagi....ni pulak Grand Kampar Hotel, pernah jadi lokasi penggambaran Cicakman 2.

Anak2 sempat turun dan main air basah2kan baju depa di air terjun bertingkat depan hotel tu, macam tak pernah jumpa air pulak kan! wahaha..malunya mama...Lepas tu kami semua pun balik ke Tapah, dan seperti biasa hati akak bertukar menjadi sayu....

Friday, August 13, 2010

KUIH LIMAS

Assalamualaikum buat semua...harap semuanya sihat menjalani ibadah puasa yang dah pun hari ke 3. Sewaktu berbuka, akak sekeluarga lebih suka layan makanan yang manis2. Dah 2 hari berturut2 akak buat kuih limas ni. Kuih ni hanya akak buat di bulan puasa aje, maknanya setahun hanya sekali la membuatnya. Orang lain jangan tiru macam akak pulak yea..Kalau buat kuih limas, akak lebih suka buat dalam bekas plastik begini sebab kalau tak habis boleh disimpan dulu dan sambung makan kemudian. BAHAN BAHANNYA

Lapisan atas

  • 3 1/2 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMBUATNYA

  1. Campurkan kesemua bahan dan dikisarkan.

Lapisan bawah

  • 3 1/2 cawan santan cair
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 3 helai daun pandan
  • Beberapa titik perisa pandan
CARA MEMBUATNYA
  1. Daun pandan dikisar bersama2 santan lalu diperah untuk diambil airnya. Campurkan dengan bahan2 yang lain dan dikisarkan.
  2. Di dalam mangkuk plastik, letakkan 1 sudu gula pasir.
  3. Kemudian tuangkan lapisan bawah (hijau) lebih kurang 3 sudu besar.
  4. Kukuskan selama 15 minit.
  5. Keluarkan dari pengukus dan tuang pula lapisan santan dibahagian atas.
  6. Kukuskan selama 15 minit lagi. Balutkan penutup dengan tuala bersih supaya lapisan atas nampak cantik bila siap dikukus.

Sedap dimakan panas atau pun sejuk

Tuesday, August 10, 2010

MARHABAN YA RAMADHAN

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN
Assalamualaikum semua...Akhirnya bulan yang sentiasa dirindui dan dinanti2kan telah tiba. Alhamdulillah, syukur ke hadratNya kerana akak masih diberi peluang sekali lagi untuk menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Selamat Menjalani Ibadah Puasa akak ucapkan buat semua pengunjung di sini dan semoga mendapat keberkatan dariNya di bulan yang penuh kemuliaan ini. Jomlah kita ambil peluang semaksimumnya untuk melipatgandakan segala ibadat sepanjang Ramadhan ini...Insya Allah..semoga berjumpa lagi!

Monday, August 9, 2010

MAKAN GAJI OR BISNES? NI PENDAPAT AKAK...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua. Malam2 gini akak baru sampai kat rumah, banyak sangat kerja yang perlu diselesaikan sebelum tibanya Ramadhan. Tiba kat rumah...wah! rumah begitu kemas dan tersusun indah..terima kasih wahai anak2 tersayang kerana memahami. Walaupun kesemuanya lelaki tapi tak pernah bagi masalah pada mamanya ini..Alhamdulillah!  

Tibalah masanya akak menjawap soalan teman rapat mengenai persoalan makan gaji atau bisnes yang telah lama terpaksa akak abaikan soalannya itu. Maafkan I yea...I am sooooo busy! So, sebelum Ramadhan akak paksakan diri memikirkan jawapan kepada persoalan tersebut. Sila baca di sini kerana perbincangan di telefon atau sms akan menjadi semakin panjang dan sukar ditamatkan. Amboi..macam keras je bunyinyee..hehe.. Hadis Rasulullah saw "9/10 rezeki datangnya dari perniagaan"..Siapalah kita untuk menidakkannya? Maka, itulah juga sebabnya dugaan dan ujian itu adalah lebih hebat bagi sesiapa yang berniaga tidak kira sekecil mana, atau sebesar mana perniagaan tersebut. 

1. Kalau makan gaji, kita terlalu terikat dengan masa bekerja. Seperti akak dulu, terkejar2 ke sana sini, mana nak masuk kerja, nak hantar anak, nak ambil anak, nak lunch, nak masuk balik after lunch, huissh..fikirkan ini memang tak sanggup akak kalau nak bekerja semula! Compare to bisnes sendiri, tenang aje...suka hati u nak start pukul berapa..lagi lambat u start lagi lambat duit masuk (haha padan muka kan!)Kalau makan gaji, lambat masuk siaplah mengadap bos, tambah teruk kalau dapat warning letter.. 

2. Jika bekerja makan gaji, sekiranya ada masalah, terdapat ramai staf dikeliling u yang akan cuba settlekan masalah tersebut, tambah lagi yang higher rank pasti takkan biarkan u dihimpit masalah kerja kan! Sebaliknya, bekerja sendiri, sekiranya ada masalah, pandai2la nak cari jalan settle sendiri sebab sekiranya selalu refer kat family or friends tak semestinya mereka akan menolong u, sebaliknya mungkin akan menganggap u sebagai orang yang bermasalah..huhu...tak suka kan! 

3. Sekiranya u memang dah gembira dengan suasana kerja makan gaji, dapat berbincang/bertukar pendapat dengan rakan2 sepejabat tentang hal2 berkaitan kerja atau lain2 hal so teruskan sebab...bila buat bisnes sendiri suasana bekerja dah jadi lain..tambah kalau dikelilingi oleh orang2 yang tak sependapat/sehaluan, atau dengan orang yang bermasalah yang mungkin akan memudaratkan bisnes u, ni memang paling sakit jiwa weh! Senang akak cakap bisnes boleh sebabkan stress bila bekerja dengan orang yang tiada kesungguhan! 

4. Pasal cuti yang u kata best sangat jika berniaga sebab tak terikat...Memang la kalau makan gaji cuti dah ditetapkan ikut la rank u, makin tinggi makin banyak cuti dapat..tapi kalau bisnes sendiri takde perkataan cuti tau sebenarnya..coz kalau cuti maknanya no income la on that day..lainlah kalau bisnes u dah tersangat2 la berjaya sampai dpt cover untuk hari u bercuti... 

5. Bekerja makan gaji, kalau u buat kesilapan pun everything boleh di rectify kan..right? Takde la sampai hancur hidup u disebabkan 1 mistake yang u buat di ofis. Tapi dengan bekerja sendiri, 1 mistake mungkin akan menghancurkan hidup u dan yang paling dahsyat jika mistake atau penipuan dilakukan oleh orang lain di dalam bisnes itu tapi u yang terpaksa menanggung kesannya..memang takkan dapat diperbetulkan sebaliknya untuk dijadikan pengajaran! Dalam bisnes tak boleh silap buat decision sebab akan effect almost everything (from my experience..) 

Finally, adakah dengan membaca semua ini u dah takut untuk tinggalkan kerja makan gaji dan mulakan bisnes ? Rasa ngeri ? Takut tak berjaya ?
Hey..hey..itu bukan tujuan akak okay tapi fikirkan sebaik2nya jangan terburu2 ya! Macam akak dulu, akak dah buat persediaan yang betul2 mantap (ececeh..) Selesaikan semua hutang dulu, seboleh2nya ZERO hutang. Buat simpanan yang secukupnya untuk 3-4 tahun. Pastikan dulu orang2 terdekat dengan u tidak dikategorikan bermasalah, sebab jika ada mungkin akan mendatangkan masalah pada u di kemudian hari. Oh ya, u juga MUST HAVE sumber pendapatan lain yang stabil kot2 bisnes yang u buat tak menjadi or kurang menjadi at least ada backup kan..kan...
Yang paling penting dalam bisnes, sentiasalah mengingati Allah sebab Allah sentiasa mendengar dan mengetahui segala2nya. Sekiranya u dianiaya dalam perniagaan banyak2lah bersabar kerana sebenarnya Allah amat menyayangi u sekiranya u terpilih untuk diuji dengan apa2 bala, bencana dan malapetaka Sekiranya u redha Insya Allah u akan dapat balik berganda2 kenikmatan dari Nya..wallahualam..

Friday, August 6, 2010

NASI TOMATO FRESH FROM SHAM GARDEN SYRIA

Assalamualaikum buat semua yang ada berkunjung ke sini. Terima kasih ya sebab sudi jenguk tempat yang tak seberapa ini. Bukannya selalu dapat update blog pun, masa terhad. Actually dengan berblog ni dapat juga release kan stress, tambah bila jalan2 cari resepi kat rumah kawan2, best je tengok macam2 masakan yang pastinya lazat. Hari ini betul2 stress, dengan macam2 hal tapi akak tenang2kan juga jiwa raga ni, tambah dapat tengok final Akademi Al Quran sambil mengupdate blog ni, lega dan hilang stress dengarkan alunan merdu ayat2 suci Al Quran dari para peserta.
Kat gambar ni botol tomato paste yang digunakan untuk buat nasi tomato. Akak hanya gunakan jenis ini, From Sham Garden dan satu lagi Al Ahlam, dua-dua dari negara Syria. Kalau takde stok rasanya lebih baik tak payah buat nasi tomato. Bukannya apa sebab tekak dah terbiasa dengan rasanya yang memang berbeza. Ni bukan akak yang kata tau...ni customer yang kata tau! Tak percaya, dapatkan ia di Suria Wholesale KL.

Resepi nasi tomato : 

1 kg beras basmathi ( direndam dulu 1 jam )
3 sudu makan pes tomato Syria 
2 biji bawang besar dihiris nipis 
8 biji bawang merah ) 
4 biji bawang putih ) di kisar 
2 cm halia ) 
2 helai daun bay ( boleh tukar ke daun pandan )
Bahan penumis : 3 cm kulit kayu manis , 1 bunga lawang, 3 buah pelaga & 4 bunga cengkih 
1 cawan susu cair
1 sudu makan gula pasir
Garam secukup rasa 
Air secukupnya 
4 sudu makan minyak sapi 

CARA MEMBUATNYA
Toskan dulu beras yang direndam.
Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan penumis, bawang besar dan bahan kisar diikuti daun bay/pandan hingga kekuningan. 
Masukkan pes tomato dan tambahkan air lebih kurang 1/2 cawan. Biarkan ia seketika hingga naik baunya dan pindahkan ke periuk nasi elektrik. 
Masukkan garam, gula dan susu cair diikuti air secukupnya. Bila dah mendidih masukkan beras dan biarkan ia masak hingga kering airnya.
Dah kering tu, gunakan chopstick dan lerai2kan nasi tomato dan siap untuk dihidang bersama lauk kegemaran.

Sunday, August 1, 2010

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API

Assalamualaikum buat semua yang singgah kat sini...Nasib baik akak okay je lepas disuntik semalam. Masih boleh memasak seperti biasa. Buat semua teman2 yang selalu mengucapkan rindu bertemu akak tu harap2 dah terubat la rindu tu walaupun hanya dengan menatap gambar kat blog ni ya ! Masuk je kat tempat ni, akak akan sentiasa ada disini.. Insya Allah, sekiranya dipermudahkan olehNya dapat la kita bertemu semula. 

Buat masa ini, akak memang tak dapat menjanjikan apa2 sebab takut tak tertunai. Tapi, yang pasti akak pun memendam rindu kat korang semua. Sekiranya ada sms dan phone call yang tak dijawap akak mohon maaf sesangat2 ya. Bukannya berlagak sombong atau melupakan kawan2 lama, bukan juga sebab akak dah bebas dari dunia teman2 dan bukan juga atas sebab tak mahu mendengar keluhan atau masalah yang ingin teman2 kongsikan dengan akak seperti dulu..Akak tetap Kak Ina yang sama, okay! 

Kadang2 macam terdengar2 je suara2 memanggil akak "Kak Ina...Kak Ina..." Kat bank dulu boleh dikatakan semua memanggil akak dengan nama nie...dari Manager sampai cleaner! Waah, tiba2 sebak tau...Cukuplah tu. Tuuuu...kat gambar lauk yang akak masak boleh dikatakan hari2 kat RTH. Siput sedut ni ramai peminatnya. Kalau lunch time tu terdengar bunyi sooot..sooot...bunyi menyedut siput tu sampai ke dapur akak membuatkan akak gelihati la pulak bila mendengarnya..Resepinya, so simple. Tu yang masak hari2 tu.. 

Bahan2nya :
  • 2 kg siput sedut
  • 20 - 30 biji cili padi *(nak kurang or nak tambah lagi pun boleh je)
  • 10 biji cili merah *
  • 3 biji bawang putih *
  • 2 cm kunyit hidup *
  • 2 batang serai dititik2 *
  • 1 keping asam gelugur
  • Pucuk paku secukupnya
  • Santan pekat dari 1 1/2 biji kelapa ( dapat 4 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
  • Garam dan gula secukupnya ( Yang bertanda * dikisar bersama2 )
  •  
CARA MEMBUATNYA
    1. Mula2 potong hujung semua siput2 tu (bab ni yang leceh sikit). Lepas tu gaulkan siput2 tu dengan hampas kelapa parut supaya bersih semua siput2 tu. Menurut kawan akak dengan cara begini siput2 tu akan memuntahkan semua kotoran dan menghasilkan siput yang bersih.
    2. Biarkan dalam sejam, cuci bersih2 dan ditoskan.
    3. Dalam periuk masukkan semua bahan kisar dan serai ,masak kejap.
    4. Masukkan 2 cawan santan cair, mendidih je sikit terus masukkan pucuk paku.
    5. Tunggu sebentar hingga pucuk paku separuh masak baru masukkan santan pekat.
    6. Diikuti dengan siput sedut.Api sederhana.
    7. Biarkan 2 kali mendidih santan, harus dikacau2 selalu supaya tak pecah minyak.
    8. Sesuaikan rasa garam dan gula ikut citarasa masing2 la.
    9. Sedia untuk dihidangkan.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...