Thursday, April 29, 2010

HOMEMADE KUI TEOW

Antara makanan yang akak gemari adalah kuey teow. Entah macamana haritu di kedai stok kuey teow kehabisan. Tunggu supplier hantar tak sampai2 sedangkan akak dah merancang untuk menggoreng kuey teow so memang frust la kan..tambah pulak akak takkan beli kuey teow bukan hasil tangan orang Islam, tak boleh terima la tekak ni.. Untuk tidak menghampakan diri sendiri akak pun cari resepi kuey teow yang dah disalin lama dahulu sampai dah tak ingat dari mana sumbernya. Buat dalam masa tak sampai sejam dapatlah lebih kurang 1kg. Ini resepinya...
  • 350 gm tepung gandum
  • 150 gm tepung beras
  • 1 biji putih telur
  • 200 ml air
  • tepung ubi secukupnya
  • minyak secukupnya
  • air utk merebus
  • garam secukupnya
CARA MEMBUATNYA
  1. Satukan kedua2 jenis tepung, putih telur & air dlm mangkuk adunan & uli doh. Jerang air hingga mendidih, masukkan sedikit minyak ke dalamnya.
  2. Ambil sedikit adunan & masukkan dalam mesin pasta pada no 1 & putar. (makin banyak tepung makin panjang kuey teownya)
  3. Putar adunan hingga tepung nampak rata & tukar pulak ke no besar ( no4 atau 5)
  4. Putarkan sehingga jadi nipis. Taburkan tepung ubi atas adunan supaya tak melekat.
  5. Kemudian masukkan ke dalam pemotong mesin pasta bergigi besar (biasanya ada 2 jenis aje, untuk mee atau kuey teow)
  6. Didihkan air & rebus kuey teow sedikit demi sedikit. Rebus sebentar je atau hingga timbul.
  7. Angkat dan toskan.
  8. Letakkan kuey teow dalam dulang & tuang minyak sikit, gaul rata. Harus dibuat pada masa kuey teow sedang panas jika tidak ia akan melekat antara satu sama lain.
  9. Ulang proses hingga selesai, sejukkan sebelum disimpan.

Siap digoreng...mmmm..sedapnya makan buatan air tangan sendiri..

Wednesday, April 28, 2010

ALHAMDULILLAH...SIBUK YANG TERAMAT SANGAT

Alhamdulillah sekarang saya terlalu sibuk. Kalau nak diikutkan terlalu banyak hidangan yang ingin saya paparkan di blog ini tapi disebabkan kesibukan semua itu terpaksa saya lupakan. Dalam sibuk-sibuk tu sempat juga saya buatkan kek harijadi untuk anak lelaki saya yang ke 4, Muzany. Hidangan lain yang sempat saya buat pada hari itu adalah satay. Satay ni memang kegemaran keluarga saya. Buatlah berapa cucuk pun gerenti habis..
Inilah Muzany di harijadinya yg ke 7...
Kek harijadi yang saya buat dalam masa 3 jam..

Thursday, April 22, 2010

MASAK LEMAK CILI API TELUR ITIK

Telur itik ni selain boleh dibuat telur masin teramatlah sedap jika dibuat masak lemak cili api. Kalau style akak memasak telur yang macam gini, akak suka dia lembik2 sikit kat bahagian telur kuningnya tu. Ramai peminat masakan ni, jangan tak tau... Resepinya sangat mudah dan cepat disediakan. Jom makan telur itik!  

BAHAN2NYA
  • 6 telur itik
  • 12 biji cili padi *
  • 5 biji bawang merah *
  • Sedikit kunyit hidup *
  • 1 btg serai dititik
  • Sepapan petai
  • Beberapa biji belimbing buluh dibelah 2
  • Dua helai daun limau purut
  • 1 mangkuk santan pekat (dari sebiji kelapa)
  • Garam secukup rasa


bahan * hendaklah dikisar bersama2


CARA MEMBUATNYA

  1. Masukkan bahan yg dikisar dalam periuk atas api yg sederhana, diikuti serai, dan petai.
  2. Masukkan santan. Dikacau selalu supaya tak pecah minyak.
  3. Agak2 petai dah lembut sikit masukkan belimbing buluh dan daun limau purut.
  4. Masukkan pula satu per satu telur itik. Pecahkan telur di bekas lain dulu sebelum dimasukkan dalam periuk.
  5. Akhir sekali garam secukup rasa. Dah mendidih tu angkat lah cepat2. Tak perlu masak terlalu lama, nanti keras sangat telurnya dan tak sedap. Cubalah...

    Tuesday, April 20, 2010

    ASAM PEDAS DAGING TETEL

    Walaupun baru 2 minggu restoran dibuka kadang2 akak dilanda kebuntuan jugak nak pilih menu untuk juadah tengahari. Almaklumlah background akak banking tapi buat bisnes restoran. Banyak jugak blog mama2 yang rajin memasak yang akak pi terjah. Datanglah juga idea. Thanks to mama2 semua. Ini salah satu lauk yg akak masak untuk tengahari. Actually akak tak pernah masak asam pedas selain ikan so ini 1st timelah kiranya..Rasa asam pedas ni kalau sape nak tahu tersangatla best nya. Nasib baik akak sempat ambil sikit untuk pose kat sini. Kalau ada yang baru belajar2 memasak tu silakan mencuba, tentu tak kecewa.

    Sumber : Buku Senangnya Memasak...Daging (Chef Hanieliza)
    Bahan A
    500 g daging (akak guna daging tetel)
    7 helai daun limau purut (akak guna 2 helai,petik dpn rumah je)
    1 pokok daun ketumbar
    2 tomato (potong 4)
    2 cwn air
    1 cwn air asam jawa
    3 sudu bsr minyak
    Garam secukupnya
    Bahan B (dikisar)
    10 cili kering
    6 bawang kecil
    3 bawang putih
    3 cm halia
    3 btg serai
    3 cm lengkuas
    3 buah keras
    2 cm belacan (ikut suka)
    CARA MEMBUATNYA
    Tumis bahan kisar dlm minyak sampai garing.
    Masuk daging tunggu hingga naik minyak. Masuk air asam jawa.
    Tunggu kejap dan masuk air sejuk.
    Sesuaikan rasa dan didihkan hingga empuk dagingnya.
    Last, masuk daun limau purut dan tomato. Biar ia mereneh hingga pekat dan naik minyak.
    Angkat dan hidangkan.

    Sunday, April 18, 2010

    KUIH PENERAM

    Kuih peneram ni diajar oleh sepupu akak, Sarini. Actually akak dah jenuh jelajah di internet resepi kuih tradisional ni. Tapi semuanya macam tak complete je. So dengan tunjuk ajar dari Kak Nie akak berjaya juga menghasilkan kuih yang lembut dan manis ni. Ada jual kuih ni kat kedai Hijrah dan memang laku. Ramai customer yang tertanya2 macamana cara membuatnya so bolehlah refer kat sini yea..

    Nak buat kuih ni memang bukan senang. Silap sikit alamat tak menjadi. Kenalah rajin mencuba dan jgn putus asa. Bagi yang tercari-cari resepi yang gerenti jadi apakata ikuti resepi kat bawah ni...

    BAHAN2NYA 

    • 1 kampit tepung beras cap 3 gajah (jgn guna yg gambar 1 gajah tu..)
    • 1 gelas penuh gula pasir )
    • 600 gm gula merah ) dimasak dgn daun pandan
    • 1 gelas air )
    • Sedikit tepung gandum
    • Secubit garam ( ini saya pandai2 tambah )

    CARA MEMBUATNYA
    1. Gula merah dan gula pasir dicampurkan segelas air, secubit garam & daun pandan dimasak hingga hancur gulanya. Ditapis.
    2. Dah sejuk, masukkkan sekampit tepung beras dan gaulkan perlahan-lahan hingga sebati. Agak-agak kalau masih lembik adunannya masukkan sesudu demi sesudu tepung gandum dan stop bila adunan dah tak melekit dan boleh dibentuk. Dicanai dan bentukkan bulat. 
    3. Ambil adunan bulat tu dan letakkan dalam piring yg telah diisi minyak masak. Dalam keadaan terendam dgn minyak gunakan jari dan lubangkan bahagian tengahnya.
    4. Panaskan minyak. Bab menggoreng ni kena jaga sebab kalau minyak tak cukup panas dia tak jadi cantik & kalau terlalu panas pun tak menjadi. Kuih ni memang banyak songeh..
    5. Buatlah sampai adunan habis.

    Tuesday, April 13, 2010

    BANANA MOIST CAKE

    Dah jenuh masak lauk pauk untuk restoran, so petang2 begini terasa nak buat something different pulak. Asyik cium bau ayam, daging, ikan terasa tension pulak akak. Nak release tension akak pun buat la kek pisang lembab ni. Resepi dapat dari blog bro Rozzan, thanks bro.. 

    BAHAN2NYA :

    250g mentega
    340g gula (akak buh 300g jer sbb on diet konon )
    4 telur gred A
    1 tsp vanila
    4 tbsp susu cair
    3 cwn pisang dilecek
    2 cwn tepung gandum
    1 tsp soda bikarbonat
    1 tsp serbuk penaik
    1/2 tsp garam
    kacang walnut, pecan & hazel (akak buh walnut sbb itu je yg ada)

    CARA MENYEDIAKANNYA :
     
    Pukul mentega & gula sampai kembang.
    Masuk telur 1 per 1 diikuti vanila, susu & garam.
    Masuk pisang & tepung, kaup balikkan.
    Tuang dlm tin pembakar yg dah digriskan, akak buat dlm cup sebab senang anak-anak nak makan. Letak kekacang kat atasnya sebelum dibakar.
    Bakar 180C 1 jam.
    Kek banana moist yg mama buat memang best ! 3 dari 5 hero kesayanganku...

    Sunday, April 11, 2010

    COLOURFUL CUPCAKES

    Dalam kesibukan sempat juga curi masa untuk buat cupcakes. Jual kat kedai Hijrah dengan harga RM 1.30. Sambutan yang diterima amat baik dan ada yang dah nak menempah untuk door gift. Memang enjoy sangat waktu buat cupcakes ni..hilang semua penat! 
      Ni pulak birthday cake untuk anak lelaki kedua, Husainy baru-baru ini. Orange butter cake yang sememangnya sedap.Sekali hadap dah licin...

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...